2

Debaran Seorang Mama,Mak,Ibu,Umi,Bonda,Mummy Di Bulan Puasa~Kamilah S.U.P.E.R.M.A.K !!!

02:12 |
[Sejarah tercipta pada hari Sabtu~30 Julai 2011~1/2 jam melukis + 1/2 jam mewarna huwaaaaa!!!]

Salam pagi Sabtu semuaaaaaa!Yarghhhh akhirnya...akhirnya...setelah sekian lama jeles tengok rakan blogger terror lukis pelbagai kartun.Hah inilah lukisan kite yang caca marba,comot dan menggeletar segala urat saraf di jari.Perghhh letih tapi hepi dapat lukis guna Photoscape.Nak guna perisian lain...minta maaf memang tak reti.

Bila tibanya bulan Ramadhan yang mulia,golongan ibulah paling sibuk!Mana nak bangun sahur,nak kejut 'abang cinta' dan 'anak sayang2'.Mana nak kemas rumah,nak bersiap lagi pergi office bagi yang berkerja.Tu tak fikir lagi nak menghadap paperwork kat office.Badan kite je kat office tapi hati dan otak melayang kat rumah.Mula fikir nak masak apa untuk berbuka nanti,ke beli je tunjuk2.

Dah punch out dari office heh 'eh kena punch card pulak kat rumah.Kelam kabut siapkan minuman dan makanan buka puasa.Solat Maghrib dan siap2 pulak sekeluarga nak berterawih pulak kat surau.Balik dari terawih,nak kemas rumah settle apa yang patut.Belum campur lagi dengan nak monitor homework si kembar.Kalau hubby balik awal,alhamdulillah ringan sikit beban kerja.Kalau hubby balik lambat perghhh kadang2 nak nangis juga rasanya buat sorang!

Apa2 pun alhamdulillah dan bersyukur kerana kami dilahirkan sebagai wanita!Dapat merasai nikmatnya sebagai isteri dan ibu.Gembira dapat menjalankan tugas di bulan yang penuh berkat,begitu juga bulan2 seterusnya dalam kehidupan.Alhamdulillah kami tak akan mengeluh walau pelbagai dugaan dan cabaran dalam menguruskan keluarga.Kami yang bergelar mama,mak,ibu,umi,bonda dan mummy akan menjalankan amanah yang diberi-Mu Ya Allah.

KAMILAH SUPERMAK!!!

2 comments

30/7/11 10:39

yup!!! betul sangat tu alea... izan plak mmg salute sgt pada ibu2 mummy yg berkerja cam u ni.... semua pun boleh handle dlm satu masa...

31/7/11 21:09

@Izan Ishak

hye sis!mmg kite kagum dgn kekuatan tenaga luar biasa tak kiralah surirumah ataupun yg bekerja.smga korang buat kerja dgn ikhlas dan Allah ldgi keluarga kita semua aminnnnnn!

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...