2

FLORIA 2011~Seperti Di Alam Fantasi~Wangi & Warna-warni Di Putrajaya~Part 3

20:52 |



Wah Kenny Rogers ada,KFC ada,Rasamas ada,Burger OTAI ada dll.Senang mata dah penat tengok bunga,jom beratur order makanan.

 Tiang pun dihias bunga..






 Wah ramai singgah sini nak 'snap' foto
 Owh betul2 ada itiklah!Ada dua ekor itik dewasa(mak bapak kot) ngan 3 ekor anak itik

Dahlah cuaca panas,best pulak tengok itik ni berendam dalam kolam.
 Ye betul 1 Malaysia.Di Floria semua kaum dan rakyat negara luar pun ada.Betapa amannya Malaysia.Masih bebas untuk menikmati ciptaan Allah bila negara aman dan damai.


 Pokok buah ceri bonsai
 Korang pernah tengok tak Majalah 3 tentang pokok bonsai baru2 ni?Inilah owner Sanfong Bonsai & Art Garden.Ia terletak di Semenyih,Selangor.Korang Google jelah kalau teringin nak beli bonsai di sana.


 Japan Garden....wah rasa nak tidur sini je

 Penat...rehat dulu.Nak masuk maghrib dah,jom cari surau
 Sebelum kitorang cari surau,sempat lagi singgah sini.Hah dah tengok bunga2 antarabangsa,bunga kebangsaan dilupa jangan.Sayang BUNGA RAYA!


 Azan dah berkumandang....
Kat sinilah nanti pada pukul 8.30 malam,dapat tengok 13 bot hiasan.Dan juga persembahan bunga api.

Selepas solat anak2 lapar dan beraturlah hubby beli KFC.Tak sempat nak ambil foto bot2 hiasan dari jarak dekat.Sempatlah juga kitorang tengok bot2 dari Air Asia,Brunei,Tourism Malaysia,Johor,Perak,Pahang,I-City,Melaka dll.

Ini pula persembahan bunga api yang mendapat tepukan gemuruh pengunjung.Terasa bangga dapat bersama-sama semua kaum....ketawa bergembira dengan melupakan seketika persengketaan dunia politik.









Payung pun jadi hiasan

 Ramai yang beratur beli makanan


Wah seronok juga sebab ini kali pertama kitorang ke Floria.Sapa2 yang tak sempat pergi kali ni,tahun depan ada lagi.Oklah jumpa lagi di lain lokasi.Di mana???Tunggu...sedap dan manisssss.Apa ye?

2 comments

17/7/11 20:58

wah.. byk nye bunga...

17/7/11 21:19

@Cik Asma BLuppy

hye sis@he3 mmg best kat sini tau!tahun depan jgn lupa pergi ye!

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...