0

Kak nak tanya.Mana Best?Pegang2 sebelum kawin ke atau selepas kawin yang best?Erkk....gulppppp!

01:57 |
Salam semua.Ada sorang officemate lelaki ni,baru berumur 20-an.Dia pelik kenapa kawan2 dia suka berpeluk2 masa keluar dengan awek masing2.Kiranya macam romantik tak kira tempat dan waktu.Hingga adakalanya timbul rasa meluat.


Dia pun ada awek,tapi katanya setakat pegang tangan jelah.Sebab dia kata kalau belum kawin pun dah pegang sana,pegang sini.Nanti dah kahwin takde apa yang menarik.Dia pun pelik awek2 kawan dia selamba je macam takde rasa malu.


Yelah itu hak masing2 sebab kubur lain2.Tapi sebagai lelaki dia kesian kat awek2 tu.Yelah dah diusung ke sana sini,dipegang sana sini..tup..tup.Dijadikan cerita,kot2 kawan dia tak mau kahwin dengan awek tadi..cam ner?Sapa yang malu?Sapa yang rugi?


Biasalah masa bercinta,semua lelaki bijak menaburkan seribu rempah-ratus.Cuma si gadis kena bijak mengadunkan 'resipi'.Korang faham tak apa yang cuba kite jelaskan?Ini bukan kelas masakan ye.


Officemate kite kata,biarlah berpada-pada masa bercinta.Dia pun dah couple 5 tahun.Masa ni dia nak kukuhkan karier dan mantapkan ekonomi.Sebab bila dah sah berkahwin,barulah halal untuk dia pegang si isteri.Barulah best nak pergi bercuti sana sini.Barulah best berkongsi diari kehidupan yang Allah redhai.Dia pun jarang dating sebab tahu ada syaitan menanti.Apatah lagi pesanan keluarga kedua pihak,maruah si gadis perlu dia jagai.Kalau itulah calon isteri di hati.


Kite bangga pada officemate kite ni sebab cara didikan keluarganya menjadikan dia lelaki yang matang,dan tahu tanggungjawab sebagai lelaki.Memikul amanah Allah untuk menjaga maruah wanita.Dia kata takut pada hukum karma.Hari ni buat tak baik pada anak orang,nanti keturunan anak cucu kite pulak dapat balasan!Di sebalik pelbagai kes lelaki yang merogol,membunuh,mengerat,membakar wanita..masih ada lagi lelaki yang baik hati.


Ya..syabas kepada kawan2 lelaki(KORANGLAH TU) yang sudi klik dan baca entri ini.Tahniah kerana korang di antara lelaki yang berjaya dan akan terus menjaga maruah kami sebagai wanita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...