0

Korang Admire Kat Seseorang Tapi Malu Takut Diibaratkan Perigi Cari Timba?Meh Beli Novel Ni!

21:39 |

Tajuk-->JAJA & DIN


Penulis-->NOOR SURAYA


Penerbit-->JEMARI SENI PUBLISHING


Harga-->RM 20.00


Cover Belakang

Kelam-kabut si bapa dan si ibu bila kena melamar bakal pengantin lelaki!!!


Pertama sekali nak ucapkan terima kasihlah khas kepada officemate kite,DIBA yang sudi pinjamkan.Novel ni best sebab jalan ceritanya umpama diari.Dari helaian demi helaian hingga tak sedar baca sampai ke muka surat terakhir 482!Kite cadangkan novel ni pada si gadis/lelaki yang sedang mencari cinta sejati.Atau korang admire pada seseorang tapi tak tahu apa langkah drastik yang perlu dilakukan.Sinopsis novel ni yang boleh kite kongsikan ialah;


Jaja merupakan anak kepada pasangan doktor,yang berasal dari Alor Setar.Dia bergaya,hidup moden,kerja hebat,free hair,suka bertukar warna rambut,kariernya hebat sebagai salah seorang media planner di syarikat antarabangsa.Pakejnya lengkap sebagai wanita idaman cuma....dia masih belum terbuka hati untuk berkahwin.Ibunya cuba ingin menjodohkannya dengan anak sahabat baik ibunya,tapi ia ditolak secara baik. 


Hinggalah hatinya terbuka gara2 terpandang wajah seorang lelaki,yang menjadi model iklan di suratkhabar untuk Hari Raya.Ada ketenangan pada wajah itu.Semoden-moden pun Jaja,tapi bila tiba saat memilih calon suami,dia terbuka hati dengan si dia,BURHANUDIN AL-HELMY.Si dia yang berkopiah,si dia yang rajin ke surau,si dia yang cita2nya ingin berjihad ke Afghanistan,si dia yang ingin bakal isterinya hidup secara zuhud.


Mampukah Jaja yang selalu culas tinggalkan solat,Jaja yang tidak reti bertudung,Jaja yang tidak pernah qada solatnya sejak dia sekolah menengah,Jaja yang hidup serba mewah---untuk hidup zuhud bersama ustaz DIN,Sastera Arab lulusan U Al-Azhar sebagai suami?Dan dia juga membikin gempar bila minta ibu,bapa dan uncle melamar si pengantin lelaki???



Namun terlalu banyak halangan bila dia sendiri pun tak tau siapa lelaki itu,di manakah dia tinggal,bagaimana nak cari si dia?Selama 2 tahun dia usaha untuk mencari lelaki di iklan itu,hingga akhirnya terlalu banyak kebetulan berlaku dalam hidupnya,menemukan dia dengan ustaz pujaan.Kalau jodoh tidak ke mana.


Kenapa kite cadangkan novel ni kepada korang?Sebab novel ni tak melekakan dengan kata2 cinta bermadah pujangga.Gaya penulisan yang bersahaja hingga adakala mengundang ketawa.Tapi ada unsur pengajaran,tertib sebagai isteri,sebagai menantu,sebagai suami,dan paling penting sayang kepada pasangan disebabkan Allah.Ustaz DIN mendidik JAJA secara halus dan berlembut.Ada hadis2 dan riwayat para nabi dan sahabat-NYA yang akan diceritakan kepada isterinya setiap malam sebelum tidur.Ustaz bijak memainkan peranannya mendidik isterinya dengan segala ilmu agama yang diperolehi.


Zaman sekarang ini bukan lagi lelaki seperti Seth Tan yang gadis inginkan tapi lelaki seperti Ustaz Din.Yang mampu membimbing isteri dan anak-anak ke jalan yang diredhai dan diberkati Allah S.WT.Ustaz Din juga hampir2 dijodohkan dengan seorang ustazah di kampungnya,tapi dia redha dan yakin Jajalah jodoh terbaiknya.Cuma seperti novel lain,cerita ini ada sedihnya bila Ustaz Din pergi berjihad selepas 3 hari kelahiran anak lelaki sulungnya.Apa yang terjadi?Redhakah Jaja di atas 'pemergian' suaminya?




Nota Comel-->Adakalanya otak perlu direhatkan dengan bacaan yang santai.Mencari ilmu tak semestinya di buku2 agama sahaja.Di novel juga ada jika bijak memilih.Mula2 kite tak nak pinjam novel ni dari DIBA,tapi bila sorang lagi officemate kata best novel ni,rugi tak baca...hurm.......akhirnya dah buat review novel pulak kat sini.Oklah korang berminat?Carilah di MPH atau kedai buku yang famous ye....salam malam.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...