2

Nak Berhimpun Pun Buatlah Kat Hutan!Menyusahkan Orang Jer!

20:20 |
Hah ini di antara kemarahan pengguna jalanraya di Kuala Lumpur,yang disiarkan di Buletin Utama!Seramai 1401 orang yang ditahan pihak berkuasa.Adil bukan sebab pemimpin kanan parti kerajaan dan juga parti pembangkang,antara yang ditahan.



Kesannya bukan saja di tengah pusat perhimpunan di KL,tapi juga melibatkan kawasan berhampiran.Hari ini sepatutnya office kite dibuka seperti biasa.Tapi bos arahkan agar semua tak payah datang.Risau sebab di kawasan kami ada Cina,ada India,ada Melayu.Kawasan kite itu juga turut ada hostel untuk pekerja pembersihan di KLIA antaranya ada Bangla,ada Myanmar,ada Indon.


Peniaga di KL merungut kerana kerugian,apatah lagi terpaksa fikir sewa harian yang perlu dibayar.Pengguna jalanraya rata2 terperangkap 4 jam dalam kenderaan.Rancangan kite untuk ke Gombak menjengok ibu bapa mertua yang baru tiba dari Taiping,juga terpaksa ditangguhkan.




Nota Comel-->Hurm apalah agaknya lagi yang akan berlaku dalam dunia politik Malaysia?Terkedu bila anak kembar kite kata "Mama,kenapa orang dewasa suka gaduh2 ye?Tak maulah jadi orang dewasa,jadi budak2 lagi best!"



2 comments

9/7/11 20:56

Mama pun terpk benda yang sama, sian para peniaga. HAri minggu ni laa biasanya bisnes laku, tapi hari ni mungkin diorang kerugian. Sapa nak tanggung semua tu?

9/7/11 23:00

@Mama Kembar 3

yelah sis.kesian peniaga..lenggang je KL hari ni.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...