4

Review Cerekarama Sumpahan Anjasmoro~Ending drama Mantera Anjasmoro

23:59 |

Ini drama bersiri yang disiarkan untuk Slot : Seram

Patutlah ending drama ni macam tergantung.Ingatkan sambungan drama ni akan dibuat pada tahun depan.Rupanya Cerekarama malam ni penamat kisahnya.Jom baca sinopsis(originally typed by : AleaSara )

Permulaan cerita diimbas kembali saat2 Sabrina(Eja) yang masuk ke 'alam gelap'.Suaminya Zahid(Ary Putra) masih terlantar sakit di atas katil di rumah ibu bapanya.Mak Sabrina,Mak Ton(Aripah Damanhuri) diganggu secara berterusan oleh Ratu Anjasmoro(Kak Ramona/Raja Norbaizura).Ustaz Kalam bersama bapanya,Ustaz Hashim juga turut menerina ujian dari syaitan yang dihantar si Ratu.
Usus Zahid diratah oleh syaitan walaupun bapa Zahid ada di sebelah menemaninya.Alhamdulillah setelah kedua-dua ustaz berusaha,akhirnya Zahid kembali pulih dan boleh bercakap.Namun Zahid sedaya upaya hendak mencari Sabrina.Rumah yang mereka duduki itu pula berhantu dan dipercayai Sabrina ada menyimpan 'sesuatu'.Puas dicari tapi tak jumpa.

Sabrina pula terperangkap dalam 'alam gelap di sebuah rumah kosong' dan diikat.Kak Mona dan Sabrina bertengkar dan Sabrina kata perjanjian mereka cuma Zahid dipulangkan kepada dia.Diimbas kembali saat janin dalam kandungan Sabrina diambil Kak Mona,minyak yang Sabrina selalu calitkan.Sabrina terus terperangkap dalam perjanjian dan Kak Mona mengambil kesempatan menjelmakan diri sebagai 'Sabrina'.
Diimbas kembali saat2 perjanjian Nyai belah keluarga Sabrina.Anak perempuan pertama semuanya adalah hak Ratu Anjasmoro.Ustaz Hashim menyedari kehadiran Ratu Anjasmoro dalam badan 'Sabrina',yang tiba2 balik ke rumah.Zahid yang gembira dengan kepulangan 'Sabrina',terkejut bila melihat imej Sabrina di cermin adalah Ratu Anjasmoro.

Rumah Sabrina dikepung rapi oleh kedua-dua Ustaz hinggakan Ratu Anjasmoro sukar menembusinya.Ustaz Hashim dapat 'berjumpa' Sabrina yang terperangkap di 'alam gelap'.Ustaz mengajak Sabrina mengucap 2 kalimah syahadah namun tiba2 muncul Ratu Anjasmoro.Sabrina akhirnya dapat mengucap setelah Ratu Anjasmoro kalah 'seketika'.Dia diminta untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.Jalan keluar dah ada dan dia perlu ikut cahaya yang ada sambil terus berzikir.
Ustaz Kalam

Berkat zikir yang dibaca,Sabrina dapat melepaskan diri.Zahid sendiri dapat menyaksikan Ratu yang leka membaca mantera.Ratu marah sebab gagal menghampiri Zahid yang sudah ada pendinding.Akhirnya Zahid terjatuh dari katil dan Ratu terus mencekiknya.Tapi laungan Allah Hu Akhbar menyelamatkan Zahid.Sabrina yang berjaya menjumpai cahaya terus keluar dan terjaga dari tidur.Dia terkejut apabila mendapati dirinya di rumah Wardina(Neelofa),yang telah meyelamatkan Sabrina 3 hari lepas.

Ratu cuba menyerang Sabrina tetapi sekali lagi gagal berkat wuduk dan doa yang dibaca Sabrina.Wardina bersyukur kerana Sabrina telah ingat kembali segala yang telah berlaku sebelum ini.Berkat zikir;

LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINADZHAALIMIIN

Sabrina akhirnya selamat kembali ke rumah lalu meminta maaf kepada ibu dan suaminya.Zahid memaafkan segala kesilapan isterinya.Kerana dia juga turut bersalah hinggakan Sabrina terpaksa mempertahankan haknya sebagai isteri dengan cara 'kotor'.Ustaz Hashim menasihati agar Sabrina segera membuang 'barang' untuk mengelakkan gangguan Ratu.
Ustaz Hashim(Fadhil Dani)

Sabrina akhirnya memberikan 'barang' kepada Ustaz.Barang itu adalah cucuk sanggul pemberian nenek di masa dia kanak2 lagi.Sejak itu sahlah Sabrina hak Ratu.Semasa Ustaz Hashim baru hendak mulakan doa,dia masuk ke alam 'Ratu' dan bertempur.Alhamdulillah akhirnya Ratu berjaya dihapuskan.Zahid dan Sabrina di bawa ke tepi sungai untuk melihat 'barang' itu dibuang oleh Ustaz Kalam.Alhamdulillah Zahid menjadi imam semasa solat berjemaah dengan isterinya,perkara yang tidak pernah mereka lakukan sejak berkahwin.Mereka akhirnya menunaikan umrah.........................

"Setiap manusia yang melakukan kesilapan hendaklah bertaubat"

Nota comel-->Best dengar lagu Taubat oleh Opick......

4 comments

24/7/11 02:00

layan jgk cite ni td.nice drama. buat pengajaran.. :D

24/7/11 02:02

salam, bagus reviewnya...

24/7/11 02:07

@Abhamz

terima kasih ^-*

24/7/11 02:08

@aleya

betul tu sis(nama samalah he3)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...