0

SeMaNis KuRma TV9~Puasa 5 Pancaindera

23:58 |
Salam semua.Mood tak berapa nak ada sebab sedih Harimau Malaya tak reti BERLAKON macam Si Singaaaaa tu!Apa2 pun kite nak ucapkan TAHNIAH dan BANGGA sebab pemain anak2 tempatan yang lahir dan membesar di MALAYSIA.....TELAH SEDAYA UPAYA BERMAIN DEMI MARUAH NEGARA.Tahniah!!!

Malam ni topik Semanis Kurma best sempena menyambut ketibaan bulan mulia~R.A.M.A.D..A.N.Cuma kite dapat kongsikan sedikit je isi topik malam ni,gara2 tengok bola ^-*

Ustazah Siti Nor Bahyah dan Ustaz Wan Akashah

Khusyuk mendengar nasihat dan pendapat yang dikongsikan

Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

Hafiz Hamidun

Orang melatah suka terkejut
Bulan Ramadhan banyakkan tahajud

Apa perlu buat sebelum masuk Ramadhan???
  • Bertaubatlah
  • Minta maaf dengan ibu bapa/suami isteri

Nasihat untuk ibu bapa:
  • Kenapa masa bangun sahur,selalu ayat tu lebih fokus kepada-->Anak2 mesti bangun sahur,agar nanti kenyang,perut tak sakit esoknya.Sepatutnya beritahu kenapa dan apa fadhilat bersahur?
  • Kenapa mesti kata jangan tak puasa,nanti Allah marah.Sedangkan dalam masa yang sama,ibu bapa gagal mendidik anak2 untuk solat 5 waktu?Habis tu kalau tak solat,anak tak kena marahlah dengan Allah?Allah tak nampaklah?Ibu bapa lebih menitik beratkan bilangan hari anak berjaya berpuasa dan berapa banyak ponteng puasa.Kalau banyak puasa dapat pulak ganjaran duit.Sedangkan ibu bapa patut bertegas dalam soal solat,tiang agama.

Nasihat untuk golongan wanita:
  • Tutuplah aurat.Lelaki penat kena tutup mata supaya tak terpandang,tapi bila wanita asyik dedah?
  • Bukan setakat aurat fizikal perlu dijaga,aurat hati juga perlu dijaga.Apa tu aurat hati?Masa ramadan dan bulan2 seterusnya dalam kehidupan,janganlah mengumpat dan busuk hati.

Nasihat untuk remaja:
  • Rebutlah peluang untuk 'merempit' ke masjid.Banyakkan amal ibadat kerana ajal tak mengira tua atau muda.

Sedikit tips dari ustazah dan ustaz malam ni ialah;

  1. Ramadan ialah bulan latih tubi~ada sistem sahur,sistem puasa,sistem solat sunat.Maknanya di sini bulan Ramadan mengubah sistem hidup harian.Kita tidak makan dan minum di siang hari dan juga tidak melakukan maksiat demi mentaati perintah Allah S.W.T.
  2. Berazam dan berterusan kawal pancaindera sampai bila2~jangan melakukan kemungkaran dan kemaksiatan dengan 5 pancaindera yang istimewa ini.
  3. Jauhi tidur berlebihan~kalau tidur je,bagaimana nak merasa laparnya orang fakir miskin,bagaimana nak rasa Nabi berjihad di bulan puasa hingga menang?
  4. Banyakkanlah berdoa~banyak waktu mustajab di bulan Ramadan iaitu masa bersahur,masa berbuka puasa dan semasa tengah malam.
2 Doa sebagai penutup Semanis Kurma malam ini;

Surah Ali-Imran ayat 173
(Agar dimudahkan anda berpuasa dan melakukan ibadat)

Surah al-Mumtahanah ayat 5
(Menjauhi daripada fitnah dan gangguan syaitan)


Alhamdulillah semoga dengan sedikit perkongsian ini,dapat saling ingat-mengingati dan memperbaiki diri,sebelum menghadap ILAHI.Assalammualaikum dan salam pagi Jumaat..........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...