1

SOGO~Gempar Sebab Semuttttttt Kerumun Gulaaaaaaaa!!!

13:02 |
Lovely Created by AleaSaRa ~31st July~12.40 p.m

Salam semua!!!Hujung minggu??Hurm apa yang best di hujung minggu kalau tak pergi SHOPPING!

Al-kisahnya,semalam kite pergilah Sogo,Kuala Lumpur.Konon nak shopping baju2 budak sebelum masuk ramadhan.Nanti dah puasa leceh dan kesian kat anak2 shopping time berlapar dan menahan dahaga.

Tapi seksanya nak masuk KL.2 jam terperangkap dalam kesesakan jalanraya dari depan Istana Negara.Banyak jalan tutup perghhhhh...Nak masuk area Sogo pulak traffic jam!!!


 Tengah fikir nak parking kat mana.....penuh je semua tempat huhu



 Pergh kat entrance pun dah ramai
 Fuhhhh lautan semuttttttttt.Beli gula murah2.Gula pasir ada,gula melaka ada,gula perang ada....mari...mari....
 Pelanggan yang beratur untuk memohon kad keahlian Sogo

 Macam karnival kat depan tangga ni
 Gulppp....nak pilih apa ramai2 ni.Fenin...fenin...

Tengok tu semua tingkat full house!Owh dari 29-30 hb Julai(dah berakhir)ada sales khas untuk ahli kad Sogo.Yang bukan tu,tak dibenarkan masuk tau.Kena tunjuk kad masa kat entrance.

Tak jadi nak shopping kat Sogo,tak tahanlah ramai betul orang.Akhirnya kite melangkahkan kaki secara terpaksa ke.............WORLD OF SCARF....apalagi shopping TUDUNG!!!

 Tudung...innner pelbagai warna.Bikin hati gundah gulana
Ingatkan hari ni ramai yang balik kampung kan sebab Isnin cuti.Ingatkan hari ni ramai malas keluar.Kitorang nak cepat beli barang nanti ramadhan lagi penuh Jalan Tunku Abdul Rahman ni.Fuhhhh ramai juga kat sini hari ni.Erkkk diorang ni tak reti dok rumah je ke?Bagilah can pada kitorang yang dari jauh ni....
Adeih tumpang lalu.Masa ni kelakar sebab depan belakang dok mengomel "Heh kenapa ramai ye hari ni"~Lah ingatkan hari ni ramai balik kampung?"~"Kenapa tiba2 ramai ni?"
 Ramai yang dah beli awal2 baju kurung sebab fesyen pusing sana pusing sini sama je kan.Ada yang ambik peluang masa ni beli pakaian,tudung dll untuk mak,adik di kampung.Juga kepada awek!Semalam siap ada sorang bujang ni nak belikan awek dia di kampung,inner dengan tudung.Dia datang dekat ngan kite dan tanya "Kak,boleh tak tolong pilihkan untuk awek saya.Dia teringin nak pakai inner dengan tudung syria.Saya tak reti pilih.Nak suruh salesgirl ni dia indon.Kang pilihan dia jadikan awek saya pun Indon.Hahaha macam2 ragam.
 Kuih-muih membuatkan kaki kitorang terhenti lagi kat sini.Nyumm nyum...sedap.


Semalam kite pergi Kedai Rakyat 1 Malaysia di stesyen LRT Kelana Jaya.Apa yang menarik di sana?Hurm barangnya murah dan nanti kite akan berkongsi di lain entri.Selamat berhujung minggu.selamat menyambut bulan Ramadhan,selamat bersahur dan menunaikan ibadah puasa.Assalammualaikum!!!

Nota Comel-->PESANAN KHAS BAGI KAUM WANITA  : kalau boleh nak gi shopping tempat yang ramai orang,tak yahlah kot bawa handbag.Kite pun bawa beg galas je.Memang ramai semalam yang shopping bawa beg galas,cuma korang kenalah simpan purse kat tempat strategik.Selit dalam2 sikit.Dan bagi yang bawa anak2 pegang diorang erat2.Bahaya sebab ramai orang,kalau anak hilang kan susah.Ok itu je pesanan penaja.Bye.........

1 comment

10/7/13 13:41

wah3... xsuka tmpt y ramai org..heh~ rimas rasa nak pengsan je...kekekkek =) untunglah awek diaa~ kekekke

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...