6

BEN ASHAARI : RAMADHAN #1 : SAHUR DI KALA BUDAK..

15:32 |
Salam petang 1 Ramadhan.Dah lama juga tak join segmen,tak kira nak join juga hari ni.

Santai Bersama BEN ASHAARI
[Klik]

PENGALAMAN BERPUASA KETIKA KECIL?

Taklah nakal sangat,cuma tak tahanlah tiap kali atok(panggilan untuk nenek di Johor),buat rempeyek dan muruku.Tau jelah baru tadika,meleleh air liur tengok cantik je atok tekan acuan muruku tu dalam kuali.Warna keemas-emasan bergaulkan daun kari perghhh!Setiap kali lepas atok goreng dan sejukkan muruku tu kat atas dulang,heh 'eh atok suruh pulak cucu bertuahnya ni masukkan muruku dalam tin2.
Sedar tak sedar krup..krup..krappppp...heh 'eh termasuk lak dalam mulut.Masa Ramadhan atok suka buat sirap awal2 untuk stok raya terus.Ada warna merah,hijau dan kuning.Atok buat sirap letak esen vanilla dan daun pandan pulak tu...wangiiii!Hurm mana tahan nak lagi baru balik sekolah,cantik je warna-warni kordial sirap atok letak dalam botol huhu.Sayang biarkan kecantikan warna sirap tu kat dalam botol je.
Dah masuk darjah 2 barulah tahan perut ni nak puasa penuh.Letih sebab pagi petang sekolah.Duduk pulak dengan atok.Manjakan cucu,nampak je cucu letih tak sampai hati he3.Tapi la ni kite memang didik si kembar dan alhamdulillah masa tadika diorang cuma ponteng satu hari je.

MAKANAN PALING SUKA WAKTU BERBUKA DULU2 MASA KECIL?

Tak boleh tahan bau asam pedas.Al-maklumlah orang Muar,kan,Nak lagi letak nenas perghhh terus pura2 sakit perut nak buka posa.
P1300038

Kuih-muih Wajib Beli
Puding jagung dan segala adik-beradik jagung.

Pencuci mulut cukup suka......
P1290719

Owhhh lapar terus perut baca entri semua kawan yang join segmen ni.Hah korang apalagi yang belum join tu.Jomlah kongsikan di segmen [di sana di sana...]

6 comments

1/8/11 15:34

wahhh eka pun suka bubur putih merah tu..lemak2 jer rasa...

1/8/11 15:47

@Cik Eka

hye sis!wah samalah kite ye.slmt berbuka puasa lps maghrib nanti he3!!!

1/8/11 16:35

Promosi Kek Lapis Sarawak utk hari raya kini DIBUKA =) http://asiarosehouse.blogspot.com

1/8/11 17:45

fuh asam pedas memang best...walaupun bukan orang muar tapi suka...haha...

1/8/11 20:28

@Eddy Dce

wah mmg sedpa asam pedas sampai negeri lain pun dah reti masak tau!

2/8/11 14:20

terliur tengok ...selamat berpuasa

http://cheritasesuatu.blogspot.com/2011/08/ramadhan-1-sahur-di-kala-budak.html

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...