14

Inilah Kisahku Di TV9~Perubahan Artis Sham Kamikaze

21:59 |
Petang tadi (Khamis 04 Ogos 2011)

Sham dan gitar tak dapat dipisahkan kerana gitarlah sumber rezekinya di dunia hiburan
Bersama isteri tercinta yang memang cantik.Sham;di antara artis yang ramai peminat sebab kehandalannya memetik gitar dan juga handsome.

Alhamdulillah Allah masih sayangkan hamba-Nya yang lemah,Shamril Mohd Salleh

Dulu dari kecil,ibu tak pernah putus2 ingatkan saya untuk solat.

Ibu Sham

Ibu-->Ya,makcik selalu ingatkan jangan lupa solat,ia pedoman hidup.Apa yang Allah perintah kena buat.Dengan solat Allah akan dengar apa yang kita pohon.Allah mungkin akan makbulkan doa2 kita,makcik sebagai ibu selalu harap dia jangan lupa solat.

Sham-->Satu hari tu,saya call kawan yang dah 13 tahun tak jumpa.Dia ajak pergi rumahnya di Nilai,Negeri Sembilan.Nama kawan saya tu,Ari.Waktu saya sampai elok je baru lepas azan Zohor.Ari ajak solat di surau berdekatan,tapi saya tak tergerak hati nak ambil wuduk.Saya kata nak tunggu dalam kereta je.Ntahlah padahal surau tu kat depan je.Lepas Ari solat,kami pun pergi makan borak dan lepak hinggalah masuk pulak waktu Asar.

Saya pun takda rasa bersalah,biar je Ari pergi solat.Dah habis solat kami berborak lagi dan dia ceritakan pengalaman hidupnya.Dia lebih dulu berhijrah.Tiba2 saya rasa macam nak solat Maghrib,saya mandi kat rumah Ari,kami solat Maghrib di Nilai.Tak lama kemudian bila saya balik rumah,saya rasa nak solat berjemaah kat masjid2.Saya 'call' Ari dan kami akan bertolak esok.
Saya tunggu Ari datang dan kami bergerak ke Utara.Kami bertolak pukul 2 pagi.First stop kat Ipoh untuk solat Subuh.Terus kami jalan ke Kuala Kangsar dan solat Zohor kat Masjid Ubudiah.Kami bergerak lagi dan berhenti masa nak solat Asar.Maghrib pula kami solat di Masjid Tanjung Dawai dan isyak di Alor Setar.

Kami menuju ke Kangar,Perlis.Di situ saya dapat tahu kedatangan Imam Satu Masjidil Haram iaitu Sheikh Abdul Rahman As Sudais.Saya tengok ramai betul orang kat situ.Ntah macam mana tiba2 kami berdua berpandangan.Beliau imamkan solat dan atas permintaan ramai,dia mengaji al-Quran.Sebelum beliau beredar,semua bersalam-salaman.Wah dalam hati saya rasakan takda peluang nak salam.Ramai juga orang kenamaan.Saya pun cakap pada Ari,jom keluar jelah.

Alhamdulillah saya tak tau kereta yang akan membawa imam,betul2 ada di depan saya.Masa tu saya guna kamera nak ambil gambar beliau.Saya nampak beliau makin lama makin dekat dan saya pun turunkan kamera.Saya nampak dia datang dan hulurkan tangan.Dan saya sambut.Sambil salam saya pandang mata Ari.Sampai juga hajat kami bersalam dengan beliau.Bukan senang nak jumpa.

Kemudian kami perlu pergi ke Hotel Seri Malaysia di Kangar,untuk dengar ceramah 'Berpegang kepada al-Quran & Sunah'.Sebelum tu masa kami berhenti untuk makan tengahari,topik kami masa tu masih rasa tak percaya kami dapat jumpa dan salam beliau.


Sekarang rutin saya ialah dari KL ke Kangar selalu,sebab setiap lepas isyak,ada ceramah,Macam tulah rutin saya sejak 2 bulan lepas.Saya selalu jumpa ustaz Asri.

Ibu-->Masa tahun 1987,kami nak pindah Johor.Masa tu dia dah nak khatam.Dia usaha sebelum pindah,akan khatam.Petang dan malam dia mengaji.Dia jenis buat kerja betul2,kalau dia minat,dia akan usaha.Dia ni panas baran,cepat nak marah,cepat melenting.Dan dia selalu abaikan perintah Allah,namun saya terus usaha berdoa agar dia berubah.


Isteri-->Saya bukan nak aibkan suami sendiri.Dia ni memang jenis moden,suka perempuan seksi.Keistimewaan;dia ada pendirian.Dia ni baik cuma kadang2 cepat terpengaruh.Sekeliling dia ada kawan2 yang membina,tapi kebanyakkannya jumpa salah orang.Bila saya pesan ke apa ke,dia 'more' pada kawan.Saya minta maaflah bukan nak aibkan sesiapa,tapi memang ada kawan2 yang niat tak betul dengannya.Cuma saya betul2 hormat kerana dia suami yang tak abaikan makan,minum dan pakai.

Ibu-->Makcik tengok dia dah jadi penyabar.Dia ada 'call' beritahu gitarnya jatuh.Dia tak marah,dia kata dia redha.Sebelum ni dia akan melenting kalau gitarnya jatuh.

Isteri-->Satu kejadian tentang gitarnya.Masa tu dia,saya dan sorang studentnya di rumah.Ramai tahu dia tu panas baran orangnya,dan tak nak dengar pendapat orang.Dia cukup sayang barangnya(gitar) sebab mahal kan.Secara kebetulan satu2 tulah punca rezeki dia,jatuh!Dulu2 kalau bukan salah saya gitar dia jatuh,pun saya kena marah.Kucing yang langgar gitar dia hingga jatuh pun,salah saya.

Tapi memang terkejut.kitorang terdiam,dalam hati habislah aku kena marah.Tiba2 nampak dia istighfar,susah sebenarnya nak nampak dia ucap istighfar sebelum ni.Memang nampak perubahan.Sebelum ni kalau dia ucap Allah Hu Akhbar pun,macam takda apa.Tapi sekarang nampak dia ucap dengan hati.Paling terharu perubahannya semasa solat Subuh.Ya,kami dulu sama2 jahil tapi dia dapat hidayah dulu.Saya terharu semasa dia dalam proses perubahan,sebelum bunyi azan Subuh,dia dah bangun.

Saya ingat,mungkin dia tersedar dan akan tidur balik.Tapi berhari-hari dia tersedar sebelum azan Subuh.Kalau Subuh mesti dia nak ke masjid.Kadang2 saya kata tak payahlah sebab dahlah dia balik lewat malam,then Subuh nak ke masjid pulak.Tapi dia jawab "I nak kejar jemaah".

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis


Ustaz-->Manusia ni bila dah sampai satu titik,dia pasti akan berubah.Agama meraikan orang2 yang ada kebolehan macam Sham.Saya selalu tengok gambarnya je di media massa.Bila saya baca barulah saya tahu dia ni banyak pencapaian yang membanggakan.Orang seperti Sham idola ramai anak muda nak ikut.Nak berubah jadi baik tak semestinya kena ubah pakaian.Cukup jika ubah jadi insan muslim.

Isteri-->Harapan saya sebagai isteri kepada Sham Salleh,nanti dia akan tukar kepada nama baru ni.Saya harap dia akan terus beristiqomah,jangan ulang.Saya bersyukur bila dah terima hidayah,dia terima terus dan terus berubah.Saya harap dia akan kuat.Kalau ada yang hina,ada yang suka anggap itu dugaan untuk berubah.


Nota Comel-->Alhamdulillah Allah mudahkan kite untuk salin laju2 nota.Kerana niat kite satu,nak sama2 kongsikan segala yang baik.Semoga kisah Sham Salleh dan juga Catriona Ross dapat membuka pintu hati kita semua.Hidayah kurniaan Ilahi datang dari pelbagai cara.Semoga kita diberkati usia untuk terus memperbaiki kesilapan dan memantapkan iman.Assalammualaikum.

14 comments

4/8/11 23:10

Ha ah... tengok tadi....

Ehem ehem... wife dia lagi hot bila pakai tudong!

5/8/11 08:40

@gedek!

yelah wife dia mmg cantik.owh wife dia dulu pun ada album tp tak famous

5/8/11 14:02

alamak..termiss pulak T^T tapi baca kat sini pun tetap terasa insaf jugak :') terima kasih sis aleasara :D update lagi tau, seronok singgah sini ;)

5/8/11 14:11

@nanad

hye sis nanad!insya Allah tiap2 mgu kite akan cuba kgsikan "ini kisahku" dgn tetamu undangan yg berbeza :)

kite lg suka sggh blg sis tgk doodle he3...

5/8/11 14:11

lawo ye wif dia.. ala2 muke lisdawati plak ..

syukur dia dh berubah ke jln benar... mmg suke kalau dia jd ketua pemuzik kalau dlm event2 tu .. mmg power cara dia main gitar

5/8/11 16:44

@fazilzura

mmg diorg ni dulu rugged punya couple.Allah sygkan diorg tu diberi hidayah.byk pengalaman yg kita semua blh jadikan iktibar dlm meneruskan kehidupan sbg muslim

5/8/11 16:46

alhamdulillah.. kedua-duanya (Sham dan isteri) mendapat hidayat dan petunjuk Allah..

5/8/11 22:48

wahh.sebijik macam dalam tv...!

5/8/11 23:46

@Saleem Wahab

:) khas utk kawan2 semua..kenalah salin nota laju2 dan cepat2 snap foto kat tv huhu...

5/8/11 23:49

bgs jgk awk buat post ni, at least sy yg xsempat tgk td, dpt tau jgk..thanks yeaa dear..

Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..syukur alhamdulliah saudara kita berubah ke arah kebaikan..

5/8/11 23:57

@-SheTi ZaLiHa-

kuasa Allah,kan.sbg manusia yg lemah jgnlah kita mudah menunding jari kepada rakan2 yg masih tak berubah,sbb kita tak tau satu hari nanti mgkn dia akan trma hidayah dan mjadi muslim lbh baik dr org yg mengatanya dulu.

28/10/11 22:32

Alhamdulillah ,satu2nye peminat teman dah berubah..harap brother sham dpt teruskan perjuangan yg baru...@dulu teman pon mcm sham..skang teman pon sdikit2 tgglkan string..love you sham..ana doakan agar sentiasa di beri rahmat dr Illahi..

29/10/11 18:35

@Unknown

alhamdulillah samalah kite pun minat sham dan bersyukur dia berubah ke arah kebaikan :)

Anonymous
10/12/11 17:18

4.12.2011 lepas isya'. Sempat dengar HIJRAH Sham bersama Abang Bob Lokman... Subhanallah...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...