17

Inilah Kisahku~Mawi

21:18 |


Lagu Kian~Mawi
[klik untuk lebih feel]

 17 0gos 2011~Rabu

Saya berasal dari Felda Taib Andak,Kulai,Johor.Saya dilahirkan pada 25/8/1981.Saya pernah merantau ke KL,dan kerja di hypermarket iaitu Carrefour,Subang Jaya.Kat situ saya belajar bagaimana susahnya cari duit.Dari dulu memang dah minat menyanyi,tapi dulu saya didedahkan dengan nasyid,marhaban dan musabaqah al-Quran.

Masih ada rezeki untuk makan dan teruskan hidup.Pendapatan masa tu tak lebatlah.Saya ingat lagi mak dulu kerja di kebun sayur kepunyaan orang cina.Gaji mak sehari RM6.00 dan mak kerja dari 7 pagi hinga 12 tengahari.Masih terbayang susah-payah mak.Saya masa tu ok je sebab apa yang saya minta,mak akan bagi.Bagi saya masa tu,pergi sekolah ada 50 sen atau RM1.00 pun dah ok,boleh beli nasi lemak,eh nasi ayam pun boleh tau!Yelah budak lagi,tak tau apa.

Saya dah banyak merantau termasuk ke luar negara.Tapi tempat paling tenang di kampung saya,di belakang rumah saya.Oh ye,kolam tempat saya pancing.Banyak kenangan tak dapat lupakan sepanjang membesar di kampung.

Perubahan amat besar dalam hidup.Nak tak nak kenalah terima.Mula2 susah nak sesuaikan diri.Ambil masa 3 bulan untuk 'balance'kan diri.Pesanan arwah bapak saya "Walaupun dah dikenali,jaga tingkah laku,buat baik dengan semua orang".Dari segi kehidupan selepas jadi artis,dulu ke mana pergi takde sapa peduli.Lepas keluar AF,apa saja saya buat semua ambil tahu.Mana je pergi,ada je mata memandang dan jadi bahan berita.

Mohd Nasir~Kawan/PA

Mawi sama je macam dulu gak.Tingkah laku pun sama,cuma pakaianlah up to date.Mawi ni seorang yang lurus,jujur.Saya first time kenal Mawi masa dia datang KL.Masa kerja Carrefour.Kat situ saya kenal dia.Doa saya semoga dia akan lebih berjaya di masa depan.

 ABP 2007
Sokongan peminat yang tak berbelah bagi

Saya amat berterima kasih kepada penyokong AF,Mawi FC,dari dulu hingga sekarang.Bukan mudah nak balas jasa.Apa yang boleh diucapkan hanyalah terima kasih dan tak lupa juga jasa ibubapa saya.Saya dapat terasa doa ibubapa yang mendoakan saya hingga ada di sini hari ini.Bukan mudah nak balas jasa,walaupun dah buatkan mereka rumah baru,masih tak terbalas lagi jasa mereka.

Masa mula2 nak pergi ujibakat,bukan saya yang nak.Sahabat saya yang ajak,ada audition.Sampai sana alhamdulillah,saya dapat daftar nama.Dalam pemilihan lagu,ada pulak lagu yang saya biasa nyanyi.

 Rezeki Mawi melimpah ruah masa zaman kegemilangannya

Mula2 nak terima benda ni.saya jadi fobia nak keluar.Takut nak jumpa orang.Walaupun saya kena keluar kerja,saya takut tengok orang.Ntahlah,takut diri sendiri ke orang ke,saya pun tak pasti.Bila di rumah,,buka je tv,baca suratkhabar tengok muka saya,tiba2 mengalir airmata.Mungkin airmata terharu,kot.

Saya hanya jadi diri sendiri.Masa dalam AF tak pernah fikir apa yang terjadi kat luar.Kat dalam AF tak boleh tengok tv,baca suratkhabar selama 3 bulan.Selepas 3 bulan,bila saya keluar,eh apa dah jadi ni.Masa setiap minggu konsert,saya dapat rasa jeritan orang ramai.Berdirilah bulu roma,kan.

Kalau saya tak jadi selebriti,mungkin jaga harta pusaka bapa saya,jaga ladang kelapa sawit.Saya anak lelaki tunggal,sayalah kena mewarisi kebun sawit.Hasil kelapa sawitlah saya dibesarkan.Saya nak fokus pada nyanyian.Saya sedang mencari 'single' lagu yang saya tak pernah lagi nyanyi sebelum ini.Semua saya dah cuba macam pop rock,ballad......Saya nak cuba lagu arab hip hop...eh ada ke?


Sekarang ni berkecimpung dalam bidang penerbitan.Selain itu,saya sedang usahakan selera makan,atau kedai makanlah di JB.Selain itu,berlakon sikit2.Nak ucapkan terima kasih banyak2 pada peminat,pada sahabat yang menyokong dari dulu hingga hari ini.Tak lupa juga kepada krew2 yang terlibat dlaam rancangan ini,TV9.Saya harap semoga semua selamat,ceria dan selalu doakan karier saya.


Nota Comel-->Alhamdulillah dapat sekali lagi kite kongsikan rancangan ini dengan kawan2 semua.Mawi...memang auranya lain macam.Itulah namanya rezeki.Cuma sejak dia berkahwin dengan Ekin,aktivitinya pun tak serancak dulu.Doa kite juga sebagai salah sorang yang meminati lagunya,agar kandungan isterinya dilindungi Allah,amin......

17 comments

17/8/11 23:14

mawi world

18/8/11 00:30

AF3 la yg pertama saya ikut.. sbb aura mawi..

18/8/11 01:09

mawi makin sunyi....

18/8/11 03:20

amiin..=)

jom berdoa?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/doakan-untuk-keburukan-saudara-seislam.html

18/8/11 05:58

@padlie

kite pun tgk AF3 je,the rest tak follow hehehe

18/8/11 05:59

@gedek!

yelah,sjk dia kawin dgn ekin.ntah ngape dah krg minat pulak

18/8/11 05:59

@abghani

dah tak kot hehehe

18/8/11 06:00

@L

:)

18/8/11 07:20

Salam aleasara & keluarga,
Terima kasih singgah blog abg eq dan komen. Kad raya 'cyber' kat blog abg eq tu abg eq alu2kan untuk letak kat blog aleasara k...ikhlas dari abg eq...
Selamat berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba...

18/8/11 08:36

@eqbalzack

slm kemabali utk bro eq.wah bestnya,ni 1st time tau dpt kad raya cyber sbb 1st time beraya as a blogger :)

skrg juga kite ambil otwwwww

18/8/11 08:51

terharunya abg eq...serius! terasa nikmat persahabatan. walaupun ramai blogger abg eq tak jumpa lagi...
terima kasih tak terhingga...

18/8/11 13:30

ssh btl hdp dia sblm jadi arts

kisah2 artis .. yg byk leh jadikan pengajaran

18/8/11 18:38

http://aerol-rianbow.blogspot.com/2011/08/doodlez-perempuan-bertudung-9.html

kakak,baca heeeeeee

18/8/11 20:21

@Aerol Hafiezi

owh tq tq...comel doodle bertudung edisi raya hehehehe

18/8/11 20:22

@Qaseh dalia adelia

ye sis qaseh,artis pun manusia biasa juga ada kelemahan/kelebihan.yg pahit dijadikan pengajaran ^_^

18/8/11 20:23

@ayanuts

ye betul tu.mmg rzki dia,kan...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...