15

Inilah Kisahku~Wardina Saffiyah

00:35 |
 Rabu 10 Ogos 2011



[Penyanyi Afgan~Pada Mu ku bersujud]

 Salam semua!Alhamdulillah sekali lagi dapat kite kongsikan Inilah Kisahku buat kali ke-3.Selebriti yang kite sayang dan kagum,baik dari segi lakonan dan juga pengacaraan.Dan dia memang cantik!

Saya keliru kerana membesar dalam  keluarga Islam dan juga Barat.Ayah memang risaukan perkembangan kami adik-beradik,jadi ayah mengambil keputusan pulang ke Malaysia,supaya kami dibesarkan dalam Islam.Ibu anak imam,ayah pula terkenal sebagai pendakwah.Saya banyak dipengaruhi persekitaran.Ayah tak bagi kami tengok TV,tapi ayah bagi kebebasan untuk baca buku pelbagai genre.Saya banyak baca buku remaja Barat.Masa tu saya nak ikut macam apa yang saya baca.Bagi saya masa tu,you are what u eat,you are what you read.Saya terpengaruh dari buku dan juga TV.

Ibu memang risau.Pendekatan ibu sebagai anak imam,suruh saya solat,suruh pakai hijablah.Tapi ibu tak terang kenapa saya perlu solat,perlu pakai hijab.Saya membesar sebagai anak orang Barat,jadi tak berkesan suruhan ibu.Lainlah ibu sebab dia dulu membesar di kalangan orang yang tinggi pegangan Islam.Jadi memang dari kecil ibu dah solat,pakai hijab.


Bila dah besar,ada yang tanya nak jadi model tak.Ibu memang banyak kali tak bagi.Tapi tulah,saya curi2 jadi model.Saya masuk pertandingan Dewi Remaja.Last2 ibu nampak sebab keluar majalah,ibu menangis sebab pakaian menjolok mata,dia malu.Ibu akhirnya pasrah sebab saya ni degil sangat2.Ibu selalu bangun malam2 berdoa agar saya tak menang pertandingan tu.Akhirnya memang betul saya kalah,pemenangnya ialah Juliana Banos.

Saya pun mula sebagai pelakon.Berlakon dengan Suhaimi Baba untuk telemovie di Astro.Paling naikkan nama saya ialah sitkom 'Spanar Jaya' di NTV7.Macam2 berlaku dalam dunia seni,banyak yang saya belajar.


Masih ingat lagi sewaktu saya mengerjakan umrah.Masa tu turun dari bas.Tergamam lihat Masjidil Haram.Saya terpaku sampai penumpang di belakang minta saya ketepi beri laluan.Saya jalan,sampai kat situ,saya nampak Kaabah dan turun mencurah-curah airmata.Tak henti2 menangis.Saya baca al-Fatihah pun menangis sampai orang sebelah menyebelah agaknya pelik,kenapalah budak ni.Saya berjanji nak menjadi muslim lebih baik.Alhamdulillah balik dari umrah,saya mula berubah.Masa tu saya tak nak tinggal solat 5 waktu.Bayangkan bacaan solat pun saya dah lupa,saya baca balik apa makna bacaan.Sekembali dari umrah,saya masuk balik kolej.Saya teringin nak sambung belajar.Masa tu banyak sangat tawaran berlakon,dapat pula dari pengarah hebat2.

'Say No' sebab saya nak belajar.Masa tu bulan Ramadan,saya rasa nak berhijab.Saya ambil satu kain pareo,lilit2 nak berhijab.Masa tu tengok kat cermin "Eh cantik juga aku berhijab".Saya perbaiki dulu solat,tapi masih rasa tak cukup.Nak tunjuk saya benar2 berubah,saya zahirkan melalui pakaian.Orang akan menilai melalui pakaian.Saya mahu dikenali sebagi wanita muslim.

Likeeeeee!

Yang paling menakutkan saya ialah apabila Allah memilih orang2 'serupa ini' maknanya ada orang tu memang buatlah apa pun kat dia,cakaplah macam mana pun kat dia,tetapi dinyatakan dalam al-Quran bahawa mereka akan buta,akan pekak,cakap baik macam manapun,mereka tak boleh dengar,dan mereka takkan faham dan  mereka takkan nampak benda yang baik2.Alhamdulillah kerana saya 'nampak',Allah tak biar saya lama terpesong dan terkapai-kapai.Saya berkawan ramai orang.Tapi ramai tertipu di dunia ini.Konon kebahagiaan di dunia pergi kelab malam,pergi minum arak,pergi enjoy,tengok konsert.Tapi bila dah habis semua tu,dah habis 'function',mereka tak gembira.Jadi mana kebahagiaan yang dicari,terpaksa cari dan cari.......

Saya masih ingat lagi,kalau ingat memang sedihlah.Saya mengambil keputusan nak keluar rumah.Saya kata pada ibu,saya nak bina hidup baru,saya mampu hidup berdikari,sayakan model.Ibu hanya mampu lihat di tepi tingkap sambil menitis airmata.Orang ramai kutuk kenapa anak ustazah macam tu perangai.Saya percaya sebab doa ibulah,saya berubah.Saya taklah kata saya baik sangat,tapi saya cuba berubah dari masa ke semasa.Setiap manusia boleh berubah.Orang yang paling gembira saya berubah,ibu sayalah.

Farawina-->kawan Wardina

Dia sangat friendly.Boleh bincang pelbagai perkara dengan dia.Saya ingat kata2 pensyarah saya,nak minat artis boleh,tapi doakan sama agar artis tu dapat hidayah.Saya memang selalu berdoa untuk Wardina.Masa tu belum kenal lagi.Saya gembira bila tengok dia dah pakai tudung.Saya harap dia kuat.Ini dugaan besar untuk dia.Dia idola dan boleh bantu 'teenagers to become better person'.Kalau orang berubah sikit pun,kita mesti support.

Irma Hasmie
Cantikkan dia dah tutup aurat...alhamdulillah
Saya suka tengok transformasi dia sekarang,di sebalik 'kesakitan' yang dia alami dulu.Kami banyak kongsi hal 'personal'.Saya turut tumpang gembira sebagai kawan dia.

Saya percaya bila nak dekatkan diri dengan Allah,kena berkawan dengan orang baik.Saya cukup bertuah dikelilingi kawan2 yang baik sangat.Bila ada niat nak berubah,maka Allah hantar orang2 baik untuk jadi kawan saya.Saya memang percaya,sekiranya nak jadi baik,Allah akan hantar orang2 baik untuk berkawan dengan kita.

Saya tak pernah menyesal dengan keputusan yang saya ambil,whatever happens,Allah give the best for me.Bacalah al-Quran,you feel very happy.

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125).

Allah Maha Berkuasa untuk mengurniakan petunjuk dan hidayah-Nya kepada yang dikehendaki-Nya. Hanya dengan petunjuk dan hidayah Allah saja dapat mengubah manusia dan kehidupannya dari kekufuran kepada keimanan, kemaksiatan kepada ketakwaan, kezaliman kepada keadilan, kegelapan kepada cahaya kebenaran dan kegelisahan kepada ketenangan jiwa.

Hidayah itu ialah petunjuk yang dikurniakan Allah kepada manusia untuk mencapai kesejahteraan serta kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Islam menganjurkan umatnya supaya sentiasa memohon hidayah petunjuk daripada Allah ke arah jalan yang benar.Oleh sebab itu, kita tidak boleh menyangka orang yang selalu melakukan kejahatan tidak akan mendapat hidayah Allah kerana hanya Allah yang berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa dikehendaki-Nya.

Kredit Mengenai Hidayah : 

15 comments

"Saya memang percaya,sekiranya nak jadi baik,Allah akan hantar orang2 baik untuk berkawan dengan kita."

Hmm..betulla ayat nie..sekarang baru saya faham kenapa :)

11/8/11 01:05

@Miss AnisSensuous

ye sis...kite pun dulu free hair.alhamdulillah bila niat nk berubah dan tutup aurat,kite dpt kawan2 yg baik wpun ada yg tak tutup aurat.Allah Maha Mengetahui

11/8/11 01:28

perkongsian yg amat menarik...walaupun tak sempat menonton di televisyen tapi, dapat baca kat sini...tq sahabat,

11/8/11 01:37

@abuikhwan

alhamdulillah sama2,semoga penghijrahan wardina dpt membuka pintu hati para blogger yg lain amin.....

11/8/11 11:05

iols jarang tengok tv ni
kisah ni ada disiarkan ke beb???

11/8/11 13:27

anak2 awk minat doodle rangers ek... hehehe

11/8/11 18:14

As'kum..

Terimakasih krn upload kisah wardina..

Minta izin share,saya akan back link ..jazakillah khairal jaza'..

maera pun tgk..tak pernah miss.. =)

17/8/11 09:41

aper name lagu kat akhir rancangan nier yerr.. suka lah lagu tu...

17/8/11 11:18

@Puan NoorMie

owh kite dah masukkan video klip penyanyi afgan di atas :)

17/8/11 11:19

@Khumaera Ismail aka Habibi Hamid

wah bestnya,tapi kite miss keesokan harinya tu selepas wardina

28/10/11 18:28

Salam Wardina.... terima kasih kerana blog awak ini....semoga Allah merahmati awak didunia dah akhirat...teruskan menulis ya...

29/10/11 18:34

@Ida Zaini

alhamdulillah insya Allah :)

3/6/13 21:19

kite tuke!!!
cerita ni..^^

4/6/13 00:08

@Gee GTGperghhh gee dah sampai sini hahaha...ye kak lea pun suka pengalaman wardina ni :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...