11

Ketuk-ketuk Ramadan musim Ke 4~Shiela Rusly dan Gambit Saifullah

14:15 |
 Ahad 14 Ogos 2011 
Pasar Tani Kota Kemuning,Shah Alam

Artis jemputan-->Gambit Saifullah



 Bahan-bahan untuk resipi yang akan dimasak oleh Shiela Rusly

Sos Berserta Tauhu Bakar-->I Likeeeeeee

Bahan-bahan:

~Cili kisar
~Gula merah
~Bawang putih-->tumbuk
~Gula pasir
~Air asam jawa
~Sedikit garam

Kuah sos:

~Panaskan kuali dan masukkan cili kisar,sedikit air.
~Masukkan bawang putih,gula pasir,gula merah,sedikit garam.
~Masukkan pula air asam jawa,biarkan kuah mendidih hingga kuah pekat,angkat.

Tauhu Bakar:

~Tauhu kering yang dibakar(warna kuning tu)
~Tauge-->dicelur@disiram dengan air panas
~Carrot,sengkuang,timun-->dihiris halus(ikut suka)
~Sedikit bijan-->digoreng tanpa minyak
~Kacang tanah-->goreng tanpa minyak,tumbuk kasar(ikut suka)
~Udang-->direbus

Cara-caranya:

~Tauhu dipotong sama ada segitiga atau separuh-->belah tengah(untuk masukkan bahan inti)
~Masukkanlah timun,sengkuang,carrot,udang
~Tuangkan sos ke atasnya dan tabur sedikit bijan dan kacang tumbuk tadi

Yummy yummy...makan 2 biji dah kenyang tau!

Giliran Gambit pula dengan resipinya;
 Spaghetti Kala Jingga

 Bahan-bahan :

~Minyak zaitun
~Bawang merah dan putih-->cincang halus
~Lada kering-->Dihiris(saiz ikut suka...adeih korang faham tak ni ngeeee)
~Stok ikan bilis
~Capsicum-->warna traffic light tu--->merah,kuning,hijau-->dicincang
~Spaghetti-->direbus
~Susu Sejat Dairy Champ-->ganti santan
~Udang-->buang kulit
~Sotong-->potong saiz ikut suka
~Carrot-->cincang

Cara-caranya:

~Panaskan minyak zaitun,tumis bawang2 tadi,masukkan pula lada kering
~Masukkan udang,kemudian sotong.Biarkan empuk
~Masukkan stok ikan bilis,kemudian capsicum traffic light
~Carrot pulak
~Letak sedkit air ikut suka,jangan banyak sebab nanti nak letak susu
~Masukkan pula susu Dairy Champ
~Sedikit garam
~Hah barulah masukkan spaghetti,gaul sebati,jangan lama,angkat



Taraaa.......



11 comments

dear, u nih memang bayk idea la buat entry
fave momoy tu, tauhu dan popia basah wajib ada

14/8/11 14:59

jom kita...masak...;d

14/8/11 15:20

@Run Away

jom jom...mana tauhu bakar..spaghetti dah rebus ke belum ye :)

14/8/11 15:20

@.::: Princess MOMOY :::.

popia basah?i like tooooo...hurm nak kena cari kat bazar ni jap gi

14/8/11 20:47

ye ke 2 biji dah kenyang??haha

15/8/11 18:54

ibu suka tgok ketuk2 ramadhan ni tau..masakan dia mudah...

15/8/11 20:10

@H.J

hehe cover sebenarnya...4 biji cukup kot ngeeeee...

15/8/11 20:10

@merahitujambu

mmg mudah,campak2 je dah jadi lauk hehe

15/8/11 21:14

sambil masak sambil tanya soalan panas hehe

16/8/11 08:42

@HAZWAN17

owh ttg video kliplah,ttg asal usul nama gambitlah hehehe

16/8/11 09:53

wa.......... sedap^^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...