8

Ketuk-ketuk Ramadan musim Ke 4~Shiela Rusly dan Linda Onn

14:23 |
 17 Ogos 2011~Kota Kemuning,Shah Alam

 Shiela menerjah Linda di depan Restoran Citarasa Linda Onn


Hari ni Linda yang nak masak dulu dan resipinya bukan nasi ayam,bukan juga asam pedas,tapi........

IKAN MASAK GERANG ASAM
(Shiela kata owh ingatkan Ikan Masak Gersang ^_* )


Bahan-bahannya:

~Ikan merah yang dipotong lebar ikut suka-->Goreng garing dengan garam & kunyit
~Bawang putih -->dihiris
~Bawang besar -->dipotong bulat
Belacan & air asam jawa-->ramas sekali (lebihkan air kalau nak banyak kuah)
~Cili padi-->pecahkan
~Cili kisar
~2 biji Cili merah -->hiris panjang
~1 biji cili hijau -->hiris panjang

Caranya:

~Panaskan minyak dalam periuk,masukkan cili kisar,tumis
~Masukkan pula bawang putih dan bawang besar
~Kemudian masukkan cili merah,cili hijau,cili padi
~Air asam jawa campur belacan,nak lagi kuah letak air masak
~Dah mendidih masukkan ikan dan sedikit garam,biarkan seketika,angkat



Giliran Shiela Rusly pula bersama resipinya;
 Nasi Kuning dan Ikan Tongkol

Nasi kuning merupakan juadah orang Sabah,dan cara masaknya lebih kurang macam masak nasi lemak.

Bahan-bahannya:

Ikan Tongkol

~Ikan tongkol (puith/hitam) -->goreng dengan garam & kunyit
~Serai -->ketuk
~Bawang putih dan bawang besar -->hiris
~Belacan -->bakar
~Cili kisar
~Serbuk ikan bilis
~Bunga lawang
~Gula melaka -->hiris
~Cili padi -->pecahkan

Caranya :

~Tumis minyak,masukkan bunga lawang,serai,bawang besar dan bawang putih
~Masukkan juga cili padi,cili kisar,belacan bakar,
~Juga sedikit garam,gula melaka/gula pasir
~Akhir sekali masukkan ikan tongkol

Nasi Kuning

Bahan-bahannya:

~Beras - >basuh
~Serai -->Ketuk
~Bawang besar dan bawang putih -->Hiris
~Serbuk kunyit -->sebagai pewarna
~Daun pandan
~Susu sejat Dairy Champ -->menggantikan santan


Caranya :

~Panaskan minyak dalam kuali atau terus dalam rice cooker
~Masukkan serai,bawang putih dan bawang besar,tumis hingga naik bau
~Masukkan beras,air,daun pandan,sedikit kunyit,susu Dairy Champ,kacau
~Taburkan sedkit garam,biarkan nasi masak


 Taraaaaa.....

Linda Onn dapat hamper dan duit raya

Antara soalan panas dari Shiela:

1) Kenapa Linda masih single.Adakah terlalu memilih/sukar dapat pasangan/serik?
Linda = SERIK

Linda pula menyoal Shiela:

1) Kenapa orang suka tanya bila nak kahwin ye?
Shiela = Yelah kalau orang tu muda tak yah tanya,tapi kalau dah tua orang akan sibuk tanya.

2) Lagi satu kenapa bila orang tu dah kahwin,tanya pula bila nak dapat anak?
Shiela = Yelah dah fitrah wanita melahirkan zuriat

3)Bila dah dapat anak sorang,tanya pula bila nak dapat yang ke-2?
Shiela = Yelah mana cukup sorang

4)Kenapa abang Jinggo tak kahwin 2?
Shiela = Sebab kak Shiela dah bagi dia 2 anaklah!

8 comments

17/8/11 14:53

iols tak penah berkesempatan tengok rancangan ni...
pukul berapa siaranya nok???

17/8/11 14:59

@miloais

hye!owh pukul 12.30 tgri di RTM1 ^-*

17/8/11 15:01

wah..ade klas memasak la kt cni..tapi org laki msti x nengoknya rancangan ni kn..haha

17/8/11 15:06

@sifu im

huishhh sapa kata?lelaki tgk kalau shiela jemput retis yg hottttt hehehe

17/8/11 15:25

Suke tengok rancangan ni. Tapi thn ni dpt tgk sekali je. HUHUHU...best2.

ketuk2 ramadhan ..suka2

17/8/11 15:57

@Ainul Hayat

alah sian dia.takpe2 sggh sini baca ktk2 rmdn,anggap je macam tgk tv hehehe

17/8/11 15:58

@Qaseh dalia adelia

hye sis comel!samalah.wah sis qaseh kenalah try resipi2 tu ye

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...