1

Ketuk-ketuk Ramadan musim Ke 4~Shiela Rusly dan Datin Paduka Umie Aida

15:01 |
 20 Ogos 2011~Pasar Tani Putrajaya


Menerjah Umie Aida.Rindu tengok lakonan mantap Umie.

Hari ini Shiela yang masak dulu dan resipinya ialah;

SAMBAL JERING

Bahan-bahannya:

~Jering Tua-->kalau tak nak bau yang kuat.Tapi kalau nak bau yang kuat,pilihlah jering cambah.Jering cambah memerlukan masa 3 minggu untuk bercambah(tak tau ada jering ni).

 Jering tua tadi dibelah 2 atau 3 ikut suka-->Goreng

~Cili padi,bawang merah dan sedikit belacan bakar-->tumbuk

~Ikan bilis-->goreng garing (tunggu hingga sambal dah sejuk,barulah tabur ikan bilis ke atas sambal supaya tetap rangup)

~Cili kisar/cili kering yang ditumbuk

~Sedikit serbuk ikan bilis

~Garam & gula pasir

Cara-caranya :

~Tumis cili kisar,bahan tumbuk iaitu cili padi,bawang merah dan belacan tadi.

~Masukkan serbuk ikan bilis,garam dan gula pasir.

~Dah naik bau.masukkan jering dan gaul sebati,angkat.

Ice Blended Dragon Fruit

Cara-caranya :

~Masukkan ais,air gula,sedkit air masak,potongan Dragon Friut/buah naga,masukkan susu sejat Dairy Champ

~Kisarlah...so simple!!!

Inilah hasil resipi Siela Rusly kali ini;


 Yang pinky tulah Ice Blended Dragon Fruit..tak sempat nak snap,gara2 tergoda tengok :)

Taraaaa..ni atok kite punya favourite..kite?Tak retilah sebab rasa ada kelat2 sikit.Petai retilah.

Wah ramai pelanggan yang berhenti sekejap untuk tengok Shiela dan Umie masak!


Giliran Umie Aida pula dengan resipinya;



AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-bahannya :

~Seekor ayam-->buang kulit dan potong ikut suka korang

~Kentang-->potong

~Cili padi-->tumbuk

~Daun kunyit-->simpulkan

~Kunyit hidup-->tumbuk-->kalau warna kurang cantik,tambahkan sedikit serbuk kunyit

~Bawang merah-->tumbuk

~Sedikit ketumbar-->tumbuk

~Serai-->ketuk

~Santan,asam keping & sedikit garam

Cara-caranya :

~Panaskan periuk,masukkan ayam,dan semua bahan yang ditumbuk tadi.gaul sebati.

~Masukkan serai,letak sedkit air masak dan juga santan.

~Akhir sekali masukkan daun kunyit dan sedikit garam.



 Dari semalam dah rancang nak masak lauk ni.Bolehlah kite try guna ketumbar pulak,macam resipi Umie Aida.
Dapat hamper best betul!

Oklah selamat mencuba resipi yang memang ringkas tapi sedap.Assalammualaikum semua!!!


1 comment

20/8/11 15:21

ske tgk cte ni huhu

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...