12

Rancangan Ini Kisahku Di TV9~Perubahan Artis Catriana Ross

23:49 |
Salam semua.Tak sabar rasanya nak kongsikan entri ini sempena bulan yang mulia.Bukan setakat berpuasa menunaikan perintah Allah S.W.T tapi bulan ini diharap dapat membuka pintu hati mereka yang masih belum menutup aurat.Mula2 biasakanlah diri pakai baju labuh,then baju kurung,perlahan-lahan pakai selendang,akhirnya mana tau akan menutup aurat dengan tudung.Jom baca segala PERUBAHAN CATRIANA ROSS yang kite sendiri salin nota laju2 khas untuk korang semua!

[P/S-->Kite snap foto laju2 masa keluar kat tv,so harap maaf ye kalau kualiti kurang memuaskan chewah......]


Rabu 03 Ogos 2011
Inilah Catriona Bahrain Ross(Cat)~Kite suka sangat lakonan dia dalam drama Mek Salmah Dari Scotland
Kelakar drama ni.
Perubahan imej yang menutup aurat setelah mendapat hidayah dari Allah S.W.T

Saya dulu masa jadi artis cukup suka pakai 'hair extension'.Yelah nak bergaya tak payah penat2 nak tukar 'wig'.Satu hari mak saya datang ke KL,masa tu mak tegur,boleh ke nak solat pakai 'hair extension'.Saya kata bolehlah,mak kata itukan dikira bangkai sebab dari rambut ntah sapa2.Tapi saya tipu mak,kononnya itu dibuat dari sintetik!

Masa dulu dunia saya penuh dengan aktiviti hiburan,tau jelah jadi artis.Dijemput ke sana ke sini.Saya akan jadi orang pertama kata 'Yes' tiap kali kawan jemput pergi celebrate birthday party kat club.Saya tak suka kalau dapat jemputan birthday party yang dibuat di rumah.Saya rasa stylo,hidup macam tu.
Inilah keadaan kereta Cat yang rosak teruk
Kuasa Allah saya ditimpa kemalangan pada tahun 2007!Memang teruk kecederaan yang dialami hinggakan doktor mengatakan peluang saya untuk berjalan seperti biasa...tipis!Kalau saya sembuh pun,mungkin jalan tempang ataupun bertongkat.Doktor kata dalam 6 bulan,saya boleh berjalan.Tapi kalau kahwin tak boleh dapat anak!Tetapi itukan kuasa Allah.Lepas nikah alhamdulillah saya mengandung tak lama kemudian.
Satu hari tu,kawan2 baik minta temankan diorang cari tudung kat satu butik di KL.Dekat satu jam saya teman diaorang dan bosan.Apalah nak pilih tudung pun susah.Yang beza cuma warna,harga dan design,tak kan itupun ambil masa yang lama nak pilih?Dalam masa bosan tu tiba2 saya terpandang satu tudung yang cantik.Saya ambil,pakai dan tengok depan cermin.Tiba2 ada satu perasaan yang syahdu sangat,sebak macam masa kita dengar takbir raya.Saya tak tau nak explain kat kawan2 apa saya rasa.Saya pandang pada sorang kawan dan kata saya terasa nak pakai tudung.

Balik dari butik masa tengah drive,saya nangis sorang2.Sampai je rumah,saya bongkar semua laci dan almari cari tudung,tak jumpa!Sebak sangat macam mana ada darah Melayu,agama Islam tapi takda tudung!Esoknya saya nak keluar,saya call kawan nak pinjam tudung,rasa telanjang je nak keluar tanpa tudung.Saya cuma ada selendang,baik tak yah pakai.

Eleenor~(sahabat baik)

Eleenor-->Ye betul adalah dalam 1 jam Cat tunggu kitorang,tengok dia macam boring.Masa dia tiba2 kata nak pakai tudung saya gelak je,ingat dia main2.Ada sorang kawan tu kata,pakai jelah tahun depan.Sorang lagi pulak cakap ni nak dekat puasa,pakailah masa puasa.

Saya memang terkejut dia nak tudung.Saya kata dengan Cat,esok datang rumah(padahal saya rancang nak bawa dia gi butik dan hadiahkan tudung).Dia pilih tudung dan pakai,sayalah orang pertama yang tengok perubahan dia.

Dari segi attitude dan gaya percakapan pun memang ada perbezaan.Dulu kalau dia tak puashati,dia sound direct.Sabar tu sikit je ada kat dia.Sejak dah bertudung ni,dia berubah perwatakan,boleh pulak sabar.Dia memang tegas,kalau A...A lah kata dia,jangan jadi B.


Mak selalu ingatkan bila nak solat,dah solat ke belum.Bagi saya,saya dah kawin dan dah ada anak,taulah saya.Masa tu ntahlah pandai je saya menjawab setiap apa yang mak kata.Mak kata ada suami ke,ada anak ke mak akan tanya sampai mak mati.Mak tak nak nanti kat kubur malaikat tanya,kenapa tak ajar anak solat.

Masa kat kampung dulu,mak selalu pesan jangan pakai  blaus kecil2,jangan pakai jeans.Saya kata alah still ok,still young.Saya tak naklah bermuka2,pakai tudung,pakai jubah tetapi realitinya saya tak macam tu.Dahlah saya dari Kota Bharu,pakai lak tudung,nampak sangat macam kampung.Saya nak nampak stylo.Tapi itu dulu,sekarang i'm proud to be wearing jubah,kurung.Kerana apa yang kita pakai cerminkan peribadi.

Teringat balik zaman sekolah,nenek sentiasa masuk bilik untuk kejut sahur/solat Subuh.Tiap kali cakap tak nak bangun,nenek akan renjis air.Kadang2 sapu muka dengan air.Pernah juga nenek simbah air ke muka!Teruknya saya masa tu,saya bangun dan tarik tangan nenek sampai pintu.Saya kata janganlah kacau hidup saya,masuk bilik nak simbah2 air pulak.Pada saya kan biadap kalau masuk bilik orang dan simbah air?Sebenarnya sayalah yang paling biadap dan biadap dengan Tuhan!

Saya nak ucapkan terima kasih kepada ibu,rakan2 baik yang sentiasa support dan call untuk check saya ok ke tak.Diorang takut saya kembali ke cara dulu.Terima kasih pada sokongan,nasihat dan dorongan semua peminat saya,yang rajin e-mel,FB dan Twitter.Saya nak kongsikan satu potongan hadis yang sangat memberi makna dalam hidup saya.Hadis ni  bagi mereka yang tak lalai,mereka akan faham......


ANDAI BURUK DAGING ITU
BURUKLAH SELURUH JASADNYA
ANDAI BAIK DAGING ITU
MAKA BAIKLAH SELURUH JASADNYA

DAN KETAHUILAH BAHAWA SEKEPING DAGING ITU
ADALAH HATI.BAIK HATI KITA,BAIKLAH
SELURUH JASAD KITA.



Nota Comel-->Selagi hayat dikandung badan,sama2lah kita semua perbaiki amalan.Ajal tak mengira tua atau muda.Semoga ini dapat dijadikan iktibar bagi semua yang meminjam nyawa yang diberi sementara oleh Allah S.W.T.







12 comments

4/8/11 00:06

wow..sangat menginsafkan :') terima kasih sudi berkongsi ^^

4/8/11 00:47

@nanad

hye sis nanad!!!tq sudi baca dan komen ye.sama ^-*

4/8/11 01:20

Allah merancang dengan cara yang tidak kita sangka....

4/8/11 01:31

@gedek!

tq ye bro sudi sggh dan komen..byk kejadian di sekeliling kita semua yg menginsafkan sama ada dari kalangan keluarga,kwn2 dan juga selebriti.

4/8/11 05:12

akak..nak share boleh tak??? eka terharu baca kisah dia..huhuhu


eka sendiri dulu on off tapi skang Alhamdulilah nak bertudung sepenuhnya

4/8/11 08:37

@Cik Eka

boleh je sis eka!hurm samalah dulu pun akak on off ngehhhh...

4/8/11 11:27

mama ada tengok juga semalam...mmg menginsafkan...tunggu pula episod hari ni..artis lelaki kan

5/8/11 11:32

sgt tersentuh dgn cite dia... moge2 dia jd seorg muslimah yg baik..

thanks jgk kongsi cite ni psl ia bagai menginsafkan zr huhu . dr drjah 6 abah suh pakai tudung, tp until form 3 dok pakai kuor uumh pehtu bukak kt tgh jalan ..balik pakai balik, lepas kenal dgn kwn2 yg pakai tudung(form 4)..alhamdulillah smp le hari ni

5/8/11 11:32

*** salam kenalan dr fazilzurakil

5/8/11 23:54

sy dh prnh tgk pengakuan cat dkt rancangan dato fadzilah..memang buat sy tersentuh hati..cat menangis..

syukur alhamdulillah..semoga cat dan kita smua sntiasa istiqamah..

6/8/11 00:54

@[sutera kasih]

alhamdulillah tv9 sudi buat rcgn ni.mmg sebak dgr pengakuan cat sebab semua manusia pernah lalai,mudah2an cahaya keimanan kekal dlm jiwa kita semua amin.

Anonymous
10/12/11 17:32

Allah Hu Akhbar.... Tahniah... Teruskan untuk mencapai matlamat kenapa kita berada di bumi Allah S.W.T ini....

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...