8

Sejuk Mata Memandang

23:32 |


(berjaya juga lukis doodle yearghhhh)

Salam semua.Tadi kite dan keluarga berbuka di Dengkil,Sepang.Sebelum sampai ke tempat dituju,kereta terpaksa diperlahankan kerana traffic jam akibat pasar malam.Masa kereta bergerak perlahan,kite ternampak sekumpulan anak2 gadis yang berpurdah.Mereka ni pelajar Maahad Tahfiz yang berdekatan.Subhanallah,di sekeliling mereka ada pula gadis yang pakaian berimejkan sendat bin sumbat.Ketawa mengilai-ngilai sambil mata ralit memandang pemuda2 yang lalu-lalang.

Terasa tenang melihat gadis2 yang berpurdah tadi,tersenyum simpul dan adakalanya,ketawa akibat usikan rakan.Manisnya bila mereka menutup mulut bila ketawa.Gadis yang berpakaian seksa tu pulak menjeling sinis ke arah gadis berpurdah tadi.Kite nak kongsikan petikan dari buku motivasi Prof Izzi;

JANGAN ASYIK HENDAK BERSERONOK

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main.Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan,jika mereka mengetahui"
(Surah al-'Ankabut 29:64)

Dalam kehidupan yang sentiasa sibuk ini,kadang2 terdapat antara kita yang hanya suka berseronok tanpa mengira tanggungjawab terhadap diri,keluarga,masyarakat,negara dan agama.Sebenarnya,kehidupan kita di dunia ini hanyalah alat untuk ke akhirat.Kita sebenarnya dalam suatu perjalanan;bukannya dari KL ke JB tetapi kita dari alam roh ke alam rahim.Kemudian kita berpindah ke alam dunia dan selepas ini kita akan berpindah pula ke alam kubur sebelum kita akhirnya ke alam akhirat yang kekal buat selamanya.

Ingatlah,dunia hanya sementara.
Ia suatu persinggahan,seumpama tempat 
berteduh sementara hujan berhenti

Jadi sediakan bekalan yang mencukupi untuk perjalanan selepas hujan berhenti kelak.Dengan lain perkataan,jangan lupa untuk tegakkan solat,puasa,zakat,tunaikan haji dan lain2 dalam kehidupan seharian.



Kredit Info :
  • Buku Motivasi Renung-renungkan & Selamat Beramal~Prof Izzi

8 comments

16/8/11 23:48

betol2..suke nengok org berpurdah...huhu

17/8/11 00:13

@SoLy SoLicious

hye sis soly yg comel!samalah kite pun :)

17/8/11 02:07

wahh..ni kali tame ak nengok dodol solehah..hehe

17/8/11 11:21

@sifu im

owh ^-^ doodle kite tu dah macam apa je peliklah tgk hehehe

5/7/13 13:17

mmg beza habis la akk antara dorang tu.. ekkekke..cm lngit ngn bumi je :) sejuk je mata tgk org berpurdah :)

5/7/13 15:15

@AiSyA LiEzAye betul tu AL..suka tengok diorang masa tu ^^

18/7/13 20:07

salam kak lea.. saya buka pose sambil tengok blog akk hehehe.. saya x sempat lagi balas komen kat pondok.. hehe.. busy.. wakakaakaa..

sebenarnye .. hmmmm.. hahaha.. okay.. saya masih lagi onn off.. pakai ni.. uhuk2.. hahaha..

inshaAllah akan pakai terus kalau ade sokongan dari pihak berwajib.. wakakaak..^^

18/7/13 22:18

@Gee GTGwsalam gee....wah patutlah blog kak lea tiba2 harum je ada bau makanan rupanya he3..

alhamdulillah..hhahahahaha dari pihak berwajib ngeee...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...