1

Tanda-tanda Isteri Bawa Tuah~Apa ye?

15:33 |
(Petikan dari majalah Mingguan Wanita)

Percayakah anda bahawa isteri yang cantik & budi pekertinya menambah keberkatan rezeki suami?Kalau para suami tahu bahawa datangnya rezeki itu amat dipengaruhi oleh kecantikan dalaman seorang isteri,pasti tiada suami yang kedekut di dunia ini.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya Dia ciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram dengannya...."
Surah al-Rum ayat 21

Di antara tanda2 isteri yang membawa tuah & ketenangan jiwa suami adalah:


1)PANDAI BERSYUKUR
Apakah hati isteri itu sentiasa bersyukur atau suka merungut?Jika yang paling banyak terlontar dari lidahnya adalah tak puas hati,suami mesti meneliti sejauh mana usahanya untuk memuaskan hati isteri.Jika memang isteri sentiasa memandang rendah pada suami walau sekuat daya suami berusaha,tidak mungkin ada sesuatupun yang boleh memuaskannya.Wanita sebegini telah dijangkiti penyakit kufur.Malang sungguh jika suami tidak dapat membimbing isterinya untuk banyak bersyukur.Kerana isteri yang bersyukur menjadi punca jatuhnya rezeki dari langit,bukankah Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Apabila kamu bersyukur,Aku pasti tambahkan rezeki kamu.Dan apabila kamu kufur,maka beringatlah sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih"

Isteri yang bersyukur saat suami banyak harta itu biasa,tapi apakah anda tetap bersyukur saat Allah SWT menguji dengan sedashyat-dashyat ujian?

2)AHLI IBADAT
Untung rugi suami bergantung tuah isteri yang baik hubungannya dengan Tuhannya.Siapakah yang boleh menghalang datangnya rezeki untuk orang yang dikasihi Allah SWT?Jika dalam kesusahan dia berdoa untuk dimudahkan,saat dimudahkan dengan limpahan kurnia bertambah khusyuk dan panjang doanya kerana takut disebabkan rezeki yang banyak itu hatinya menjadi lalai.Isteri yang solehah ini takut rezeki menjadi punca lupa diri lalu lupa kepada Allah.

Bukankah wang boleh melemaskan anggota badan untuk bangun bersujud?Ramai yang telah ditipu oleh waktu ketika memburu rezeki,akhirnya tak pernah sempat bertafakur,mengenang keindahan ayat2 Allah dalam Al-Quran apatah lagi mengenali keperibadian Rasulullah dalam hadis2 yang tak tersentuh di mata dan di jiwa.

Tuah itu mesti dirangsang dengan jiwa yang kaya.Jiwa yang dekat kepada Allah Yang Maha Kaya tidak pernah berasa susah,miskin dan gagal.Jiwa itu begitu bersemangat untuk bekerja dan bermanfaat untuk orang2 yang disayangi.

Isteri yang membawa tuah kepada suami sentiasa mengakhiri malamnya dengan doa2 indah untuk kekasihnya kerana dia yakin doa penuh cinta inilah yang paling mahu didengari Tuhannya.Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah SWT Maha Pemalu dan Pemurah,Dia malu jika seseorang hamba mengangkat tangannya kemudian Dia mengembalikannya dalam keadaan kosong,tidak mendapat apa2".(Hadis riwayat Imam Ahmad,Abu Daud,Tirmizi disahihkan oleh al-Albani)

3)PANDAI MENGAWAL DIRI
Isteri yang sentiasa tenang walau apa yang terjadi sungguh memberi kekuatan kepada suami.Jika suami lemah, dialah yang memotivasi untuk bangkit.Jika suami lalai,dia tidak sekali menghina dengan sindiran bahkan memberi jalan keluar.Apabila suami tak boleh dikawal,dia masih boleh mengawal diri sendiri.Walau bagaimanapun sesekali dia jatuh,tidak bermakna dia kalah bahkan kembali merancang untuk memperbaiki diri dan masa depan.Pandangannya jauh ke dasar hati,sentiasa bermuhasabah sibuk dengan aib sendiri.Peribadi yang positif sebegini pasti menukarkan energi positif kepada kekasihnya.

Sudah tentu suami amat bertuah didampingi isteri yang berkarakter kuat dengan 3 tanda kemuliaannya.Jangan ditanya dari mana datangnya tuah,tengoklah pada isteri di sebelah kemudian,syukurilah!



Kredit Untuk :


1 comment

23/8/11 21:17

Hye...

dudel raya kamu dah siapppp

^___^ meh ler sini

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...