1

ADIKARYA LAZIZAH Di TV9~Drama Raya Paling Best &SEDIH !!!

23:23 |




Lagu tema yang memainkan peranan mengalirkan airmata huwaaaaa!

Salam semua blogger :).Dah lama rasanya tak nangis tapi malam ni tiba2 nangis sebab drama ni...........


Baru lepas tengok..memang sedih.Mengisahkan pengorbanan seorang bekas perempuan joget,Lazizah(Normah Damanhuri).....yang bertemu jodoh dengan perajurit.Suaminya yang telah menyelamatkannya dari lelaki gatal,ialah suami yang seorang penyayang dan sering memuji kecantikan dirinya dan hati budinya.

Orang kampung tak habis2 mengutuk dan memerli Lazizah walaupun dia bukan lagi perempuan joget.Dikurniakan 3 orang anak perempuan yang dilakonkan Lisdawati,Memey dan Amanda Misbun.Mempunyai seorang anak angkat,Naim yang sering menjadi mangsa dera semasa kecilnya.

Kesibukan anak2 memaksa ibu yang kerinduan,untuk menjengok anak di bandar.Namun masing2 memberi 1001 alasan.Lisdawati yang terlalu takutkan suami dan ibu mertua,Memey seorang peguam handal dan terkenal yang mengamalkan hidup moden,Amanda yang selalu didera dan dipukul suami yang selalu meminta duit........
Derita si ibu yang sering dihina,diperli anak2.Dendam dan malu si anak2 kerana dari kecil hingga ke besar,orang2 kampung dan sekeliling tak habis2 menghina sebab ibu mereka perempuan joget.Itu sebabnya mereka tak nak lagi pulang menjengok ibu di kampung.
 Namun takdir Allah,dibalas awal di dunia...semua kerana derhakanya seorang anak.
Amanda dipukul suami hingga dia keguguran
Kerana mabuk semasa memandu,Memey terlanggar seorang lelaki dan menjadi kes polis.
Akhirnya dia dipecat oleh bos walau hebat manapun dia sebagai peguam terkenal.Bosnya yang 'orang putih' fasih berbahasa melayu ni....rasa malu.Kerana Memey mengatakan perempuan tua yang datang ke office baru2 ni adalah orang gajinya..padahal itu ibunya!Bosnya yang dari kecil kehilangan ibu,sedih sebab tak berpeluang bercakap dengan ibu sendiri.Dia pinta agar Memey cepat sebelum terlambat.

Derita kerana suami yang disanjung hendak berkahwin lain.Dengan perempuan muda,anak orang kaya dan seksi.
Si suami berkata walaupun dia malu ibu mertuanya perempuan joget,tapi dia tak seteruk bininya,yang tak mengaku itu mak sendiri.
Mak mertua yang terlalu banyak menghasut Lisdawati untuk membenci maknya sendiri.
Terkejut kerana si ibu meninggalkan secebis nota nasihat untuk anak2,di sejadah agar anak jangan lupakan Allah
Nota yang terselit di dapur,meminta agar untuk dapatkanlah redha Allah dan ibu bapa,agar rumahtangga aman bahagia.

 Memori dan kerinduan yang mendalam terhadap arwah suami
 Masanya sudah tiba..................
'Hadirnya' suami melebarkan senyuman dan ketenangan si isteri untuk menghadap Ilahi

 Kepulangan anak2 yang telah mendapat keampunan si ibu yang tenang di sana
 Keinsafan yang tak terhingga
Suapan nasi dari tangan si ibu....itulah kenangan yang 'paling mahal'
Naim...anak angkat yang dianggap anaknya sendiri.Yang sedih tak sempat melihat mak memakai kurung raya buat kali terakhir.Owh comelnya Naim ni...tak silap dia ni pelakon dalam filem 'Pisau Cukur'.
 Tertanya2 buku apakah ini?
Dol Mat..seorang wartawan yang dari dulu tak putus asa meminta Lazizah,bekas isteri parajurit dan perempuan joget...untuk berkongsi luahan hati melalui puisi.Rupanya hasil tulisan puisinya itulah rezeki membesarkan anak2.Yang selama ini disangka anak2 mereka dibesarkan dengan duit haram.Terkilan rasa hati Dol Mat kerana dia ingin beraya dengan Lazizah dan menyerahkan.................
4 keping cek hasil puisi si ibu kepada 4 orang anak2nya
Kasih ibu hingga ke syurga.Biarlah sedih dan terluka,namun kemaaafan seorang ibu sentiasa diungkap di bibir.Kerana tidak mahu hidup anak2 derita kerana derhaka.
Ambillah iktibar...semoga kita semua menjadi anak2 yang soleh dan solehah.Semoga semua arwah ibu2 ditempatkan di antara golongan hamba-Nya yang beriman amin..............

TAHNIAH kepada TV9 dan penerbit drama ini;



Nak SHARE? Beritahu ye :)

1 comment

19/11/13 15:15

awak snap gamba sambil layan cerita ni ke..? rajin :) membuatkan sy nak cari cte ni..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...