13

Dari Taiping Ke Salak Tinggi~Kereta Macam Semuttttt~Pemandu Naik Semputtttt~Tak Sempat Nak Kentutttttt!

01:40 |
Salam Hari Raya semuaaaaaa!Rindunya dah seminggu tinggalkan kejap gelaran BLOGGER.Seronoknya kali pertama beraya sebagai blogger...macam dah naik pangkat pulak rasanya.Hari Raya hurmmmm???Budak2 seronok pungut duit raya,mak budak pulak dah macam ATM bergerak rasanya.

Owh ye tahun ni giliran kami pulang ke Selama,Taiping kampung hubby.Seronoknya budak2 tak terkira sebab dah 3 tahun tak balik masa raya,maklumlah masa tu kami kerja shift di KLIA,kenalah bergilir-gilir cuti raya.Kampung kite kat Muar,Johor dekat je.Jadi bila balik ke Taiping memang berasaplah punggung duduk dalam kereta.Saja nak kongsikan apa yang berlaku sepanjang perjalanan pulang dari Taiping~Salak Tinggi,Sepang.

[KLIK UNTUK TUMBESARAN]

~Destinasi menuju ke KL sudah pastilah kenderaan macam semut,rapat2.Dahlah kereta banyak,bas lagi,MPV lagi,van lagi....hujan lebatlah pulak.Eh 'eh geramnya tengok tiba2 banyak pulak kereta baik yang kecil mahu pun yang besar,bertali arus menyalahgunakan lorong kecemasan.Amboiiii pemandu lain pun penat tau,masih sabar memandu perlahan-lahan.Boleh pulak pemandu yang tak reti bahasa gunakan lorong kecemasan semata-mata nak cepat.Dahlah tu,sesuka hati nak menyelit.

Bayangkanlah kalau ambulan nak cepat...kenderaan2 yang tak di tahap kecemasan ni pulak,menyekat laluan.Hah kan dah menyiksa pesakit!!!Sedih......sedih......Patutlah banyak kemalangan berlaku.Jalanraya dah bagus,kemudahan R&R dan bantuan Plus Ronda sentiasa ada,tapi selagi sikap pemandu yang tak berubah...tak kira perayaan apa sekali pun,stastistik kemalangan susah nak 'disifarkan'.
Di R&R baik di Sg Perak,R&R Tapah dan sebagainya...apalagi dah tentulah buah-buahan yang menjadi tumpuan.Ntahlah kalau ingat Perak,mesti ingat buah jambu.Bukan takde jual kat negeri lain tapi yang kat Perak ni...spesel mali.Ikutkan nak gak singgah berehat makan minum kat kedai2 makan yang disediakan,tapi mak aihhhhh...ramainya orang!Akhirnya tapau jelah rehat makan,dalam kereta...lagi sempoi!



Toilet memanjang penuhhhhhhh!Ada tu buat toilet macam kat rumah sendiri.Sesuka hati nak lepak lama alahai.Kesian kat budak2 yang tak tahan nak buang air kecil/besar.Ada tu tak reti nak flush!Kot ye pun flush tu rosak,kan boleh gunakan air paip,jirus hingga bersih.Tapi memang kite pujilah toilet di R&R bersih dan selesa.Terima kasih kepada kakak2 cleaner yang tak henti2 bersihkan toilet.Cuma pengguna je yang tak reti menjaga kebersihan!Bau kadang2 tak payah cakaplah...uwekkkkkkkk!!! 


Macam2 gelagat sepanjang di highway.Dahlah hujan,mestilah semua sejuk.Memang terkejut tengok 'atok' yang berhenti kencing kat tepi pokok.Kesian kat warga emas bila perjalanan panjang lagi,toilet pulak tak nampak bayang,kenderaan pulak macam semut...rapat2.Budak2 apatah lagi sikit2 nak terkencing.Memang masa ni menguji tahap kesabaran dan kecekapan seorang emak.Walaupun dah berhenti kencing di R&R sebelum tu,eh 'eh gara2 hujan dan air-cond,memanjang budak2 nak kencing!Minum air pun tak nak sebab takut nak kencing je.Nak berhenti kat lorong kecemasan memanglah hubby tak suka sebab bahaya,kereta laju2 dari belakang!

Masa ni memang benda alah ni kadang2 bergunalah,taraaaa..............

Akhir entri,kite nak ambil kesempatan untuk mengucapkan;



13 comments

4/9/11 02:16

yang penting semuanya selamat... selamat selepas bercuti raya......ngee... kak, blog ni syes lawa.. tambah lagi owner tu lawa.. :)

4/9/11 02:20

ye betul tu..semoga semua rkn blogger selamat pulang ke rumah masing2 dgn selamat!

owh mana selimut pink nak tutup muka.owh sis lulu yg comel ada2 je ^-*

4/9/11 07:39

semua pengalaman y ang pernah sy tempoh..setuju dgn lukisan awok

4/9/11 07:46

"Taqabbalallahu minna wa minkum solehal a`mal..."
Selamat hari raya n selamat selepas raya... mak aii...kreatifnya, suka2

4/9/11 10:11

haha.. kisah bercuti. jalan jem, tandas 'sibuk'. perjalanan yang macam2 ragam.. senyum bila baca entri ni. rindu nak balik kg.huhu

4/9/11 12:05

comey betol lukisan...huhuhu...

4/9/11 13:27

salam, biar lambat asal selamat...bykkan sabor.

6/9/11 15:11

wah!! cantiknya lukisan!!! kreatif aa!!! nanti mailah rumah kami beraya!

6/9/11 19:55

@merahitujambu

owh semua pun dh alami masa blk kg kan hehehe

6/9/11 19:56

@abuikhwan

alhamdulillah rindu dgn semua rkn blogger termasuk sahabat AI,semoga semua rkn2 slmt perjalanan pergi balik kg ^-*

6/9/11 19:56

@feza

owh sis tak dpt blk kg ye..takpe2 blk masa ry haji nti ye!

6/9/11 19:57

@Abhamz

slm kembali..ye betul tu!

6/9/11 19:57

@Huszaini

owh insya Allah dh dekat je tu rumah hehehehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...