6

Huwaaaaa Bos Dera Anyam Ketupat!!!

00:49 |
Girangnya hati datang bekerja
Senyum lebar semakin berseri
Tak sabar berkongsi kuih dibawa
Sambil bergaya di pagi hari

Tiba-tiba.........

Letihnya tangan tidak terperi
Belit sana belit sini
Sekejap jadi sate,sekejap jadi bawang
Itulah ia KETUPAT riben namanya





Hah ini bos dera suruh kite anyam ketupat.Nasib baik ketupat riben,buatnya disuruh buat ketupat nasi,mau kite MC seminggu!Dahlah officemate yang lain tak reti anyam,mau pengsan kite nak habiskan riben2 untuk jadikan ketupat.

Itupun banyak lagi tak siap hias,menunggu ketupat riben yang sekejap menjadi ketupat sate,sekejap ketupat bawang.Apa bezanya?Korang GOOGLE lah ye!Dah lama betul tak anyam ketupat.Ingat lagi masa sekolah menengah.Tiap kali balik bercuti raya di kampung,mesti atok dan uncle ajar anyam ketupat.Bila tersalah belit bin selit,uncle ketuk jari huwaaaa!!!Atok kata rugi kalau tak pandai anyam ketupat.Tambahan lagi kalau orang perempuan.


Mula2 memang kite bosan bin jemu,belit sanalah,belit sinilah,ntah apa2.Nak sangat makan ketupat,beli jelah yang dah siap masak.Tapi atok kata,hilang nikmatnya.Bila diri sendiri yang cari/beli daun kelapa,kemudian buang lidinya pulak,sesi menganyam,isi beras dan rebus...bila dah masak...hah baru tau betapa sedapnya ketupat dari air tangan sendiri.


Korang pulak amacam...pandai tak anyam ketupat?Rugi kalau tak belajar.Hah bagi anak dara yang belum kahwin tu,cubalah belajar.Manalah tau kot2 mak mertua saja nak uji menantu.Bolehlah tunjuk kepakaran menganyam ketupat ^-*

6 comments

7/9/11 01:09

heheehe
ketupat daun palas tawu la
ketupat nasi ni camx tawu jek
heeee
nice belog
nak follow sini la=]

7/9/11 08:18

betul kata atuk tu..rugi klu tk tahu anyam ketupat...warisan zaman berzaman

Pandainyer Alea buat
kalau ketupat palas tu boleh la
ketupat nih tak kemas momoy buat

7/9/11 13:28

@aimie amalina

hye slm perkenalan ye dan selamat hr raya!owh teringin nak cuba anyam ketupat palas!nampak comel je belit sana sini jadi segitiga

7/9/11 13:28

@abghani

yelah kan...nanti nak ajar adik ngan anak2 pulak hehehe

7/9/11 13:29

@.::: Princess MOMOY :::.

owh bestnya...sis momoy buatlah tutorial ajar anyam ketupat palas,teringin nak belajar hehehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...