3

Rancangan Bersamamu TV3~Jamal Abdillah & Radhi OAG di Rumah Pengasih

23:16 |



Di antara penghuni di Rumah Pengasih yang sudi berkongsi kisah silam;

 Encik Jamaludin-->Saya dan isteri semakin rapat di sini,duduk di Rumah Pengasih,timbul kasih sayang.Dulu kat luar saya seakan lupa ada isteri,ingat dadah aje.

Isteri Jamaludin,Puan Rozita-->Tentulah rindu pada keluarga,tapi rasanya selesa di sini.Lagipun ada yang ambil berat,ada yang tengok kita 'lain' ke tak.Syukur dengan kemahiran menjahit,dapat buat perbelanjaan untuk menyambut kelahiran bayi tak lama lagi.


Saya hisap dadah dari usia 14 tahun lagi.Masa tu tak fikir apa.Isteri pertama lakukan pemeriksaan dan dia bebas HIV.Dia suruh saya periksa dan saya disahkan HIV positif.Kami tak berpisah,duduk sebumbung cuma berlainan bilik.Hubungan kami baik.2 tahun kemudian kami berpisah.Kahwin dengan isteri kedua,saya tak beritahu saya ada HIV.2 tahun lepas tu dia dapat tahu dan kami berpisah.Kahwin kali ketiga,isteri boleh menerima saya yang ada HIV.

Usia dah 43 tahun saya masih lagi tak berubah masa tu.Hinggalah saya terpanggil untuk datang ke Rumah Pengasih.Saya tau di sini boleh pulihkan pelbagai masalah akibat dadah,arak,dan sebagainya.

 Jamal Abdillah

Pengalaman raya?Yang boleh saya katakan banyak kenangan pahit di hari raya.Perkara paling disesali dalam hidup?Arwah ibu menanti saya balik selama 6 tahun dan saya.......tak pernah pulang!Itu memori tak boleh lupa.............

 Radhi OAG

Inilah kali pertama raya yang betul2 saya rasa sedalam-dalamnya.Selama ini saya rasa raya sekadar tradisi.Di Rumah Pengasih,ditekankan 'spiritual' antaranya solat 5 waktu.Syukur sepanjang di sini,saya tak pernah tinggal solat.Doa agar dapat jaga solat walaupun di luar.Bila solat dan puasa ni,perasaan tu lain sangat.

 Pengacara Irin Putri

Ambillah iktibar di sebalik pengalaman mereka ini.Seperti di kampung hubby saya masa dalam tahun 90 an,anak2 muda takda hiburan seperti panggung wayang,bowling,futsal apatah lagi kemudahan Cyber Cafe.Jadi ramai anak2 muda yang suka lepak sambil hisap ganja.Bagi mereka sekadar nak mencuba.nanti berhentilah..kiranya ringan-ringan je.

Sedangkan mereka tau betapa ramai yang kecundang dek penangan DADAH!Syukur hubby diberi didikan agama yang kuat dan nyaris terjebak dek kawan2.Baru2 ni pulang beraya di kampung,alhamdulillah ramai kawan2 hubby yang dah jadi 'orang'.Ada yang jadi polis,ada yang jadi ustaz,ada yang jadi cikgu.Berkat sokongan,nasihat yang tak putus2 dari keluarga mereka.

Tapi masih ada lagi kawan yang keluar masuk pusat serenti berkali-kali,hingga bercerai dengan anak bini.Jika ada keluarga korang yang terlibat dengan gejala dadah,cubalah hantar ke Rumah Pengasih.Jangan pula diherdik,dihina,dipulaukan mereka.Masa ini peranan keluarga dan masyarakat amat penting!

Harap Jamal akan kuat mental dan emosi,bebas terus dari pengaruh dadah.Suka sangat lagu yang dinyanyikan lunak merdu.

Begitu juga dengan Radhi,usianya yang masih muda perlu aktif membantu belia supaya bebaskan diri dari pengaruh dadah.

3 comments

8/9/11 08:44

jamal tetap diminati

8/9/11 16:51

kejayaan yang diharapkan...
hari ini lebih baik daripada semalam.

19/4/15 22:14

Maaf bertanya , boleh saya tahu tak rumah pengasih ni kat mana ?

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...