19

REVIEW FILEM BINI-BINIKU GANGSTER......ALAMANDA FULL HOUSE LAGI DAN LAGI DAN LAGI!!!

09:45 |
Se...lamat......pagi.....semua!Semalam hari ketiga di pawagam,kite dah tengok filem ni yang dikatakan bakal mengutip jutaan ringgitlah jugak.Jom layan apa yang kite kongsikan!

Tengok poster pun dah tau betapa hepinya Mr Herry(Sam) ada bini yang 'gangster' dalam diam.
Manja(Yana Samsudin)seorang isteri yang sangat sayangkan suaminya dan sanggup buat apa saja demi kebahagiaan suaminya.Bukan hanya suri rumah....dia juga mempunyai kedai bunga dan juga dialah 'ketua kawasan' yang sanggup berbuat apa saja demi mempertahankan haknya...walaupun terpaksa menggunakan parang sekalipun!Hinggalah dia dianugerahkan gelaran Kak Yong;dia sentiasa dikelilingi pengikut setianya yang tunggu 'call' je untuk bertindak.

Herry pula seorang yang penyayang,romantik,gigih bekerja tapi sering dibuli Mat Saja,officemate yang tau menganggu dan membulinya.Hinggakan makan malam Anniversary pun Herry tak dapat balik ke rumah sebab terpaksa siapkan tugas yang Mat Saja berikan.Tiap kali Herry pulang ke rumah dalam keadaan letih,Manja tau itu kerja Mat Saja dan dia yang marah suaminya dibuli,terus menyuruh pengikutnya untuk kerjakan Mat Saja.Tapi tiap kali budak suruhannya sampai,diorang terkejut sebab tengok2 Mat Saja dah 'kena'.Dah dua kali benda yang sama berlaku hinggakan mereka pelik orang suruhan siapa yang datang dulu?


Manja mula terasa kesunyian sebab rumah mereka tiada anak kecil.Manja yang mengalami masalah untuk mengandung,akhirnya cuba menjodohkan suaminya dengan sekretari baru suaminya,Reanna(Intan Ladyana).Herry pada mulanya terkejut dengan tindakan Manja yang tak berbincang dulu dengannya tapi akhirnya,Herry dalam sedih dia berkata "REZEKI TUHAN....REZEKI TUHAN!".

Sebelum itu Manja dikejutkan dengan kiriman kandid foto,gambar mesra Herry dan Reanna,yang diambil oleh Mat Saja.Tujuan Mat Saja supaya Manja mengamuk dan terputus hubungan Herry & Reanna,maka dapatlah dia pulak mengorat Reanna.Tapi Mat Saja hampa sebab Manja bukan je tak mengamuk marah,tapi tersenyum lebar!Pembantu Manja dah mencari serba sedikit maklumat tentang Reanna dan terbukti "Clean".Manja pun meminta Reanna untuk bersemuka dan setelah dia 'basuh' sikit peel Reanna yang menganggu suami orang,macam takde laki lain yang nak dicari,Reanna terkejut dilamar untuk menjadi madunya.Perkahwinan diorang walaupun direstui Manja,tapi dia gagal nak sembunyikan kesedihannya.


Maka bermulalah kehidupan dua madu duduk serumah.Satu hari waktu nak makan tengahari,Manja dan Reanna mendapat panggilan serentak!Apa yang terjadi?


Yehaaa madunya musuhnya..cam ne tu?Reanna merupakan adik Min Siam.Min Siam sering 'mengotorkan & mengacau' kawasan Manja.Jadi Reanna dikahwinkan dengan Herry untuk membalas dendam kepada Manja,yang berjaya mencederakan abangnya hingga terpaksa bertongkat.Owh suka tengok skill Yana semasa dia 'fight'..dengan baju uniformnya merah & hitam..memang macam amoi.Makin cantik dia sekarang ni.Tapi ramai gak penonton depan dan belakang kite yang sok sek sok sek cakap kenapa pilih Intan sebagai Reanna,sebab muka dia budak2 dan kaki terlalu kurus,bila 'fight' nampak macam kartun!Bajunya yang oren dan biru tu alahai tak nampak gangster langsung hurm....


Manja memang terkejut sangat kerana tersalah pilih madu..tak sangka itu adik musuhnya.Sering bergaduh baik di bilik tidur,di dapur hingga berselerak tepung dan kuali....namun bila Herry muncul je....diorang terus 'berlakon' macam takde apa berlaku.Hinggalah satu hari Herry yang tak tahan dengan peel bini-bininya,dia terus memberi motivasi siap dengan baca buku "Rahsia Bermadu" kalau tak silap kitelah tajuknya.Masa ni memang nak pecah panggung betullah...tiap kali Herry baca motivasi tu,bini2nya tersenyum berpelukan,tapi bila Herry pusing je ke depan,bini2nya kat belakang siap tarik rambut,tendang kaki,tampar mulut adeihhhh!


Satu hari Herry hilang hingga bini-bininya risau dan akibat salah sangka,Manja menyerbu dan bergaduhlah lagi dengan Reanna.Hinggalah muncul 'perempuan' yang tiba2 bikin gempar!Siapakah perempuan itu?Apa kaitannya dengan Herry dalam ini cerita?Apalagi jom serbu pawagam yang berdekatan anda.


Nota Comel-->Ada scene yang seakan-akan longgar....lakonan Yana &Sam oklah cuma watak Intan tu macam ala kadar je.Owh pasal ada gelaran Ayahanda,Kak Yong,dan kegiatan diorang sebagai penjaga kawasan tu...rasa2nya tak kan jadi isu,kan macam filem Shamsul Yusof tu?


Korang tau tak ada lagi filem yang bakal mengalirkan laju je duit korang?

TOYOL
Sure lawak bila Angah dan Along Raja Lawak bergabung!Korang dah tengok Ngangkung?Hah jom tengok karya terbaru ni pulak ye.

SONGLAP

Inilah pelakonnya...Sam lagi  dan owh sukalah lakonan Syafie ni jugak!

8 JAM
Yang pasti satu lagi filem yang akan pecah panggung.....penuh aksi dan asyik lawan aje!


Kredit kepada semua pemilik foto2 ni ya :)

19 comments

25/9/11 12:45

wa.. ak x tgk pun ag.. johny english best.. hahah

solat ke belom??
http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/6-jahanam-2.html

25/9/11 15:41

wahhh, mcam best je sis tgk filem ni... nak g tengok cepat2 la :)

26/9/11 16:13

dah tgk bini2 ku gangster semalam. okay laa... hehe...sahizi sem macam bese best!

;D

27/9/11 15:18

wahh, banyaknyaaa masa kawan sorang ni melayan movie...kita skang asik tak sempat la lalink...

29/9/11 11:09

serius besttttttt! Alaa.. kenapa tak cerita sampai habis? memang nak tengok cerita sam ni.. tunggu2.. sebab kelakar giler bila tengok review dia.. fuh!

Anonymous
29/9/11 12:18

Bagus posting tentang Blogger: The Simple Woman's Daybook - Post a Comment. Saya sangat terkesan dengan waktu dan usaha anda telah dimasukkan ke dalam menulis kisah ini . Aku akan memberikan Anda sebuah link di blog media sosial saya. Semua yang terbaik!

1/10/11 07:10

Terbaik la review yang diberikan. Kami pun ada jugak buat review filem bini-biniku gangster ni kat link ini:

http://www.kakiwayang.com/tahun-2011/review-filem-2011-bini-biniku-gangster-filem-komedi-aksi-yang-menghiburkan.html

6/10/11 22:25

sabtu ni nak gi tebus tiket wayang yang nuffnang bagi tu.... tengah konpius nak tengok citer ni ke, johny english ke, jet li .. adoyai..

9/10/11 03:01

toyol tu nmpak cm best je kan kak.....

9/10/11 17:24

@Cik Eka

hye sis eka!tulah macam nak tgk je tapi asyik tgk citer hantu je kang anak2 tak mau gi toilet sorg2 ngeeee

9/10/11 17:24

@padlie

owh jet li lah bro padlie,mesti sempoi wachaaaa!!!tapi kan johnny english pun best hehehehe

9/10/11 17:25

@KakiWayang

owh terima kasih sudi baca entri ni ye!!!

9/10/11 17:26

@Anonymous

tak kira sapa pun anda,terima kasih sudi singgah di sini ye :)

9/10/11 17:27

@Amni

hehhehe mana boleh review sampai habis(ikutkan mmg nak citer hahaha).tgk tau kat wayang ye!!!

9/10/11 17:27

@ida

owh my sis ida!alah stresslah buat akaun,pedih mata tgk nombor2.so jom tgk wayang ngeeee :)

9/10/11 17:28

@L

owh bro L tq ye rajin sggh kat sini.ok2 kite nak baca ur latest entri yehaaa!

9/10/11 17:29

@Miylo Meow

hah tengok jgn tak tgk tau sis!!

9/10/11 17:30

@

haha betul tu...syabas dh tgk dan skg filem tmptn!

14/10/11 03:57

best cite dye eheh
tpy xtgk wayang..
tgk download jeew heehehh

cite ny best sbb ade sam kot heehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...