17

REVIEW FILEM HANTU BONCENG VS RAYA TAK JADI VS JOHNNY ENGLISH REBORN.MANA LAGI BEST???

00:15 |

Salam semua owh rindunya nak blogwalking,entri pun tak update sebab sibuk bebenor open house berderet2 dari Jumaat hinggalah Ahad.Tapi dalam kesibukan makan makanan raya,sempat gak singgah ke Alamanda dan Mines,layan filem terkini di wayang.Antaranya;

HANTU BONCENG






Oklah mula2 start dah gelak.Tak rugi sokong filem Melayu tempatan.Tiket hari tu pun 'Selling Fast'.Walaupun adakalanya bosan asyik scene kat wad hospital.Tapi dah namanya filem ni mengisahkan dunia mat rempit,dah pastilah hospital 'destinasi wajib lepak' ye tak?Tak mau review panjang lebar sebab ramai blogger dah kongsikan.

Oklah filem ni boleh dikategorikan hiburan ringan untuk seisi keluarga.Ada diselitkan pengajaran.Bila hidup penuh maksiat,banyak dugaan yang akan datang untuk menguji keimanan.Pelbagai petua & nasihat nenek Amran(Zizan),telatah kawan baik Amran,Kunyit(boleh lawan Angah RL gak dia ni),kerenah kekasihnya Halimaton(Jue Aziz),halangan cinta dari abang Halimaton yang juga Mat Rempit dan pengedar dadah,serta 'kematian' Maya...gadis yang Amran terima sebagai 'hadiah'.




Kunyit..kelakar jugak dia ni.

Walaupun tau itu Juliana Evans,tapi cara 'dia' muncul tu kadang2 memang buatkan semua terkejut tau!Mekap mata dia tu alahai seram gak.Bagi korang yang belum tengok tu,tak rugilah keluarkan duit beli tiket.Tengok kat PC/laptop tak best hehehe.Rata2 yang keluar dari wayang semua nampak happy,ada yang kata berbaloi keluar duit.

RAYA TAK JADI 

(ke gelak tak jadi?)


Semangat raya pun dah kurang,tiba2 filem ni baru keluar?Tapi 'Selling Fast' jugak semalam di Alamanda.Ntahlah percaya tak semua penonton banyak diam dari gelak!Adegan dan dialog yang berulang-kali dilontarkan hingga muaklah pulak.Lakonan Johan yang seakan-akan banyak terikat dengan skrip.Lakonan Apek yang takde beza macam tengok filem2nya sebelum ni.Antara adegan yang boleh buat penonton ketawa ialah penyakit pelupa Bob(Johan) sebagai adik kepada Shuib(Apek),adegan baju melayu Bob dan Shuib yang sedondon dengan ibu,adiknya,dan juga seisi rumah!


Tapi kite kurang suka watak Hj Ehsan;Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja(Jalaluddin Hassan) yang menjadi mangsa penculikan.Over sangat adegan Hj Ehsan 'flashback' detik2 dia diculik.Sebab Hj Ehsan bayangkan dia seorang baby dan menghisap jari(kononnya sedang haus nak susu).Semakin laju Hj Ehsan hisap ibu jarinya,semakin ramai penonton yang sok..sek..sok..sek mula 'dirty minded'.Owh kemunculan Noreen Nor sebagai isteri Hj Ehsan memang menarik juga perhatian.

Adegan "Sate mee kari..." dan juga "Ku lempang budak ini..." itu je kot antara yang buat kitorang semua gelak.Ntahlah kenapa ye setiap filem keluaran Prof. Madya A. Razak  Mohaideen tak selalu dapat puaskan hati penonton?Kalau korang nak tengok...bolehlah....jom sokong filem tempatan.Masa habis je filem ni dan  keluar wayang,ramai yang mengeluh dan selamba cakap tak pandang kiri kanan,rasa rugi tengok filem ni.Habis duit macam tu je ingat kelakar sangat.Rasanya tak yahlah kot nak mengeluh,anggap jelah filem ni sekadar nak relakkan otak hurm......

JOHNNY ENGLISH REBORN

'Full House' GSC Alamanda hari ni

Alahai baru je start,semua dah pakat gelak besar.Takde lawak bodoh Mr Bean,adegan Johnny English yang bertapa di Tibet untuk hilangkan memori pahit di Mozambique,'mengegarkan' seketika panggung denagn gelak ketawa!Di sana dia cuba mengembalikan kekuatan fizikal dan juga minda.
Pelbagai adegan yang kelakar dan adakalanya ternampak juga bayangan Mr Bean.

Banyak adegan berlawan,kadang2 macam tengok James Bond pun ye!

Yang paling gamatkan wayang ialah kemunculan 'Vacuum Killer Machine" iaitu seorang makcik tua cina...pergh bila dengar je bunyi vakum,Johhny pasti dalam bahaya.Gara2 makcik tu,Johnny sering tersalah pukul wanita yang seakan2  makcik tu.Antara yang jadi mangsa ialah mak kepada ketua MI7(Gillian Anderson-ingat tak yang jadi Dana Scully X-Files tu?).

Ingat lagi tak?


Ada 3 filem kat atas ni yang korang boleh pilih nak tengok yang mana dulu.Nak yang betul2 gelak,nak senyum aje atau nak keras kaku mata di skrin...semua hak korang.Apa2 pun sentiasa sokong filem tempatan.Kalau bukan kita orang Malaysia yang sokong,sapa lagi?Tak kan nak orang Indon,Bangla,Myanmar penuhkan panggung kot :)

17 comments

19/9/11 12:30

teringin nak tengok johnny english :D

19/9/11 15:02

dah tengok hantu bonceng..memang berbaloi dan puas hati la..tak rugi keluar duit

19/9/11 15:29

@Syahirah Suhaili

owh cepat tgk tau best!!!

19/9/11 15:29

@kayrul-shah

ye betul tu setuju :)

19/9/11 16:00

Johnny English pLing best..!! hehe~

19/9/11 17:58

semnggu ni mkn free je lah yer??besnyer..hehe

19/9/11 18:04

antu bonceng dah tengok best juga! jonny english ngan raya tak tengok. huhu.

20/9/11 08:44

@haCks aYeiN

^^ best kan!

20/9/11 08:45

@chiLleD...!!

hehehe smpi tak yah masak dh kat umah ngeeee

20/9/11 08:45

@ini aku?

rugi rugi..cpt2 tgk tau!

20/9/11 14:57

nk tgk johny english :(

ngeee raya tak jadi tssk sgt mengecewakan! -.-'

Anonymous
21/9/11 00:18

Aku benar-benar dapat mengatakan bahwa saya belum pernah membaca informasi yang berguna begitu banyak tentang Blogger: The Simple Woman's Daybook - Post a Comment. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada webmaster dari blog ini .

21/9/11 10:39

xsabar nk tengok.. huhuhu

dah smyg belom??
http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/6-jahanam-1.html

22/9/11 16:53

tapi dengar cerita 2.6 juta jugak kan laku raya tak jadi tu.. hantu bonceng kawan cakap bosan.. tapi saya semau pun tak tengok.. hoho

22/9/11 17:32

@Amni

hantu bonceng mmg ada part yg bosan byk sgt scene kat hospital ngeeeee...

momoy nak tengok J. E reborn
tapi seat asyik full je sini

25/9/11 11:02

@.::: Princess MOMOY :::.

alah siannya sis momoy....owh gi awal2 pagi time shpg mall tu buka...jadilah org pertama yg Q utk beli tiket wyg ngeeee...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...