4

Apa??Takde mood nak kerja?Meh kite piattttt telinga tu ngrrrrr!!!

10:28 |
Asal masuk je hari Isnin...semua pakat kata;


  1. Alamak tak puaslah cuti.
  2. Alah...malasnya kena bangun pagi2...tak puaslah tidur.
  3. Hurm...baru ingat nak ajak Mek Senah gi tengok Real Steel kat Midvalley.
  4. Bosannya!Nak kena menghadap 'paper work' menimbun kat office.Kalau boleh update Fb ke Blog ke,takpelah jugak.
  5. Tensionlah bos asyik suruh buat tu buat ni...gaji dahlah ciput.
  6. Ni yang malas ni dah pakai smart/cantik...tapi kena naik bas...naik ERL....malas himpit2 dengan orang ramai...habis kedut baju tau!

Hah korang...itulah antara alasan yang selalu diberikan bila tibanya hari Isnin.Kenapa ye kita semua sering tak bersyukur?Punyalah ramai yang 'jobless'di luar sana?Mereka sentiasa berharap agar dapat bekerja untuk memulakan hidup yang baru.Gaji tak banyak tak apa asalkan dapat penuhi keperluan yang asas.

Ramai yang bekerja selesa ditemani kedinginan air-cond,mempunyai jawatan yang bagus,gaji yang lumayan berbanding;


atau 


atau 

atau

atau

atau


atau

 


Marilah semua bersyukur dengan rezeki dan kesihatan yang Allah berikan.Sekurang-kurangnya kita semua dapat selesa bekerja dalam negara yang aman sentosa tanpa peperangan.Di Malaysia peluang pekerjaan ada.Walaupun kerja yang ditawarkan tak 'ngam' langsung dengan kursus yang korang belajar,cuma buat sementara waktu,carilah ilmu dan pengalaman.Kata orang rembat mana yang ada depan mata janji ianya halal :)



Nota Prihatin-->Tiap-tiap hari ada je yang datang minta kerja kat office kite ni.Muda2 lagi baru lepasan U.Bila tengok resume wowwwww...tapi mereka masih takde kerja!Bos cuma boleh bantu berikan resume dan info diorang kat KLIA tapi yang lain2,bergantung pada kekosongan di Engineering MAS.Ada beberapa pemohon yang merayu nak sangat kerja tak kiralah gaji kecil pun.Sebab dah malu dengan orang kampung dan mak abah sebab belajar tinggi2 tapi masih belum kerja alahai........

4 comments

24/10/11 14:56

btol tu kak..skunk nie susah nk dpt keje..kami y still blaja nie pon x tau lag kehidupan akn dtg cmne..huhuhu..

24/10/11 15:20

@conangirlz

insya Allah ada rezeki adik nanti...yg penting masa study ni buat yg terbaik ye :)

24/10/11 19:56

eka pon selalu jugak kadang2 mengeluh dengan kerja kak..

tapi bila fikir balik ramai yg tak koje kat luar sana tu..opis eka pun hari2 ade dtg mnx keje..tapi ape nak buat..kekosongan takde....beku

25/10/11 22:51

@Cik Eka

yurp betul tu sis eka!dlm kita semua tak sukalah...bosanlah dgn keja skrg...berapa ramai kat luar sana yg teringin nak ada di tempat kita sekarang :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...