0

Asma' 44~Ar-Raqib

00:08 |
Salam malam semua.Alhamdulillah kita semua dah di penghujung bulan Zulkaedah.Zulhijjah bakal menjelang dan semoga semua jemaah pulang dengan haji mabrur amin.Alhamdulillah terima kasih di atas peringatan dan pertanyaan dari seorang teman di kotak jerit;

Terima kasih ye sebab sudi ingatkan :)

Mari kita semua mulakan hari yang indah dengan berzikir.Zikir seterusnya ialah : 


MAHA MENGAWASI


AR-RAQIB,Mengawasi segala sesuatu,mengawal dan menjaga setiap amal perbuatan yang dilakukan hamba-NYA,Pelindung dan Penjaga.

1~Perlindungan dari kemungkaran
Jika anda merantau tapi bimbang anak anda akan melakukan maksiat(seperti berzina & sebagainya),baca Ya Raqib 7 kali.Insya Allah mereka tidak akan melakukannya & hendaklah anda meletakkan tangan anda di leher isteri ketika membaca ini.

2~Melindungi harta
Baca Ya Raqib 50 kali dengan niat agar Allah S.W.T.melindungi harta anda,dan insya Allah Dia adalah sebaik-baik Penjaga.

3~Menghindari keguguran
Jiak anda bimbang janin atau anak yang dikandung akan gugur,baca Ya Raqib 7 kali,insya Allah ia akan selamat.

4~Perlindungan untuk rumah dan keluarga
Baca Ya Raqib 7 kali setiap hari,insya Allah anak isteri & rumah anda akan terhindar dari sebarang bahaya.

Semoga dengan sentiasa berzikir,segala kekusutan akan terlerai amin.



Kredit Info:
  • Buku Asma Ul Husna 99 Nama Allah~Hassan Mia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...