4

Asma' 45 ~ Al-Mujib

00:36 |
Salam sekali lagi.Kali ini sama-sama kita membasahkan bibir dan menenangkan jiwa dengan zikir seterusnya iaitu;


MAHA MENGABULKAN



AL-MUJIB,Yang Maha Mengabulkan.Allah S.W.T memenuhi permintaan yang diajukan kepada-NYA.

1~Menyelesaikan masalah berat
Jika berlaku masalah yang amat berat untuk dihadapi,baca Ya Mujib 521 kali selepas solat Isyak & kemudian baca Fatihah,insya Allah anda akan mendapat penyelesaiannya.

2~Doa dimakbulkan
a)Baca Ya Mujib banyak kali & berdoa kepada Allah.Pastikan doa anda khusus tentang satu-satu perkara.Sama juga jika anda membaca Ya Mujib 55 kali sehari setiap solat Subuh,insya Allah doa anda akan termakbul dengan mudah.

b)Baca Ya Mujib 1000 kali,insya Allah doa anda akan diperkenankan.


" Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. " ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha...."
Nota Ikhlas-->Satu hari mak saya ada SMS bait-bait indah ini di kala saya diuji Allah.Alhamdulillah bila baca je SMS ni saya menangis...menangis tiba2 tersenyum.Ya saya hamba-NYA yang lemah dan tak kuat diuji.

Tapi saya terus tersedar dari lamunan dan bangkit!Ya!Saya perlu menoleh ke belakang,masih ada orang lain yang ditimpa dugaan lagi berat.Alhamdulillah episod hujan petir dah berlalu....alhamdulillah pelangi mula menunjukkan warna dalam kehidupan saya :)




Kredit Info:
  • Zikir Asma Ul Husna 99 Nama Allah~Hassan Mia


4 comments

26/10/11 01:23

"Dalam perkara agama lihatlah org yg lebih tinggi drp kita, manakala dlm perkara dunia lihatlah org yang lebih rendah drp kita..."Fikir-fikirkanlah.

26/10/11 06:06

tq:) ..bgus2:)

26/10/11 07:13

@ade2mama

alhamdulillah :)

26/10/11 07:17

@abuikhwan

ye bagus peringatan tu sahabat :)

kurang persediaan utk akhirat?maka dekatilah dan bergaullah dgn glgn cerdik pandai agama.kurang di dunia?semua itu hanyalah syurga sementara...tak apa kalau hdp tak sesempurna dan sekaya org lain...kerana syurga yg abadi menunggu di 'sana' utk hamba-Nya yg sabar,redha dan sentiasa bertawakal :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...