3

Asma' 46~Al-Wasi'

07:33 |
Salam hari Jumaat.Semoga hari ini lebih ceria dari semalam.Semoga hari ini nikmat kehidupan yang Allah berikan dapat dipergunakan sebaiknya dengan sentiasa mengingati Allah,melakukan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.


Alhamdulillah sekali lagi diberi kesempatan untuk saya kongsikan zikir yang seterusnya;



MAHA LUAS PEMBERIANNYA


AL-WASI',berkuasa mencipta segala sesuatu dan membesarkannya.Amat luas keupayaan-Nya.Rahmat-Nya meliputi segala makhluk dan ilmu-Nya tidak ada batasan.Maha Sempurna Dia.


1~Urusan dunia dan akhirat
Baca Ya Wasi' 177 kali setiap hari,insya Allah hati dan urusan anda di rumah akan mendapat berkat


2~Menyelesaikan masalah kewangan
Mereka yang mempunyai masalah kewangan yang serius hendaklah membaca Ya Wasi' beberapa kali sehari,insya Allah jalan untuk mendapatkan urusan yang menyalurkan wang akan datang dengan banyak.

3~Menghindari akibat cemburu
Mukmin yang membaca Ya Wasi' 128 kali sehari akan dilindungi dari kebimbangan dan irihati.


Alhamdulillah saya turut mengamalkan zikir Ya Wasi'.Apabila kita berusaha,bertawakal dan redha....insya Allah dengan diiringi doa serta zikir...segalanya dipermudahkan Allah.Janganlah kita semua seperti 'Smile' merah di atas tu.Hidup perlu diteruskan walau berat manapun dugaan dan ujian yang Allah berikan.Ceriakan hidup seperti 'Smile' kuning dan seperti Ustazah Siti Nor Bahyah selalu berkata;

ANDA BUAT ANDA DAPAT


3 comments

28/10/11 10:56

terima kasih kak..

akan dipraktikkan..

hati selalu cemburu kadang2..hehehe

15/7/13 23:37

As salam..terima kasih..amat bagus skali..mohon saya sharekan ilmu agama ni ye..moga bertambah pahala..Insya Allah. .

20/7/13 02:25

@Amelia Akmarwsalam..alhamdulillah silakan jom berzikir ramai2 ^^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...