6

Buletin Utama TV3~Ikan Buntal Kalau Tak Kena Cara,Boleh Mati Akibat Racunnya

12:37 |
Salam semua!Sapa yang tengok Buletin Utama malam tadi 22 Oktober 2011,mesti terasa nak makan je ikan buntal tu,kan?Kite?Owh tengok ikan buntal pun tak pernah,apatah lagi nak makan.

Comelnya...bulat!

Kaum Bajau yang tinggal di daerah Semporna,Sabah memang handal menyiang ikan buntal.Isi ikan buntal digunakan dalam Sagol : iaitu masakan tradisional.


Sagol/Ѕenagol -->  bermaksud mencampur adukkan.Sagol/Ѕenagol juga mempunyai makna Kata Nama iaitu 'benda yang dicampuradukkan'. Secara khusus ia merujuk kepada sejenis masakan tradisional yang menggunakan isi ikan (biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal, secara umumnya ikan yang mempunyai hati yang besar) yang dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit

Untuk membuat sagol, ikan yu, pari atau buntal dicelur dahulu sehingga mudah membersihkan 'langnges' iaitu lapisan kasar pada kulit yu dan pari, atau 'iting' iaitu 'duri' pada ikan buntal. Mencelur (masak separuh masak) ini juga dilakukan untuk memudahkan isi ikan dihancurkan dan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis. Ada dua jenis masakan sagol/Ѕsenagol iaitu sagol/Ѕenagol kering (tiada kuah) dan sagol/Ѕenagol basah (berkuah).

Untuk mendapatkan rasa sebenar sagol/senagol, biasanya tidak menggunakan minyak makan tetapi menggunakan minyak hati ikan yang disagol itu, iaitu sama ada minyak hati ikan pari, atau minyak hati ikan yu atau minyak hati ikan buntal.

SAGOL

Semalam di Buletin Utama,ditunjukkan anak gadis Bajau yang belajar menyiang dan memasak ikan buntal dari ayahnya.Kalau tersilap proses menyiang,sesiapa yang makan boleh mati keracunan.Ikan buntal atau puffer fish mempunyai racun semula jadi iaitu tetradoxin (TTX) yang terdapat dalam hati, ovari dan usus ikan tersebut.Isi perut dan insang perlu dibuang.Kemudian,direbus isi dan hati ikan dengan parutan kunyit hidup.Berdebar-debar tengok wartawan TV3 masa makan ikan buntal tu ngeee......


Seorang pakcik tu cerita,baru ni seorang ahli keluarganya maut akibat ikan buntal.Dia makan masa berbuka puasa dan 2 jam selepas itu,dia pening,mulut berbuih-buih dan akhirnya meninggal.Antara tanda-tanda terkena keracunan ialah;

  • kebas di mulut, lidah, muka, hujung tangan dan kaki 
  • muntah
  • cirit-birit 
  • sakit perut
  • pening
  • sukar bercakap 
  • kelumpuhan
  • mulut berbuih-buih

Jika mengesyaki korang atau ahli keluarga keracunan,cuba minum kisaran biji buah betik.Kemudian cepat-cepat mendapatkan rawatan di klinik/hospital berdekatan.


Owh kite suka tengok ikan buntal yang comel ni---->Mrs Puff guru memandu Spongebob hahahaha....

6 comments

24/10/11 07:29

jgn crik pasl la nk mkn ikan tu heeh..dorg xde da power mkn..kte ny..
lalall

silap2..konon2 nk rse pengalaman la..silap gye nsib xbaek,,tu ha pngalaman kain kapan hehehe..
but thank you:) pengetahuan yg berguna..xla pas ny x sye la nk cube2 makn ikan tu heh

24/10/11 08:40

@ade2mama

hehehe kite pun tak maulah makan...mgkn itu ikan terakhir kat muka bumi ni utk kite makan kalau dah darurat sgt ngeeee

24/10/11 14:16

hehe, ikan buntal yg comel :P

24/10/11 15:20

@^^eKaTiKaH^^

hehehehe comel dilihat bukan dimakan ngeeee

24/10/11 19:58

penah baca dlm mastika dulu2..

hehehe..takut lah makan ikana nie..eiii bukan ape..takut racun dia tu....

25/10/11 22:49

@Cik Eka

hurmmm yelah kan...ramai yg tak berapa terliur nak try ikan ni yehaaa!

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...