2

Gara-gara anak buat hal di Facebook,dua jiran a.k.a mak budak BERGADUH adeihhhh!!!

10:52 |
Salam pagi.Fuhhhhhh....erk hari ni bukanlah nak gosip2 tapi sebagai peringatan untuk semua juga.Kesnya berlaku petang semalam.Tersebutlah kisah adeishhhhhhh.....

Petang yang sunyi dengan bunyi hujan yang turun,memang buatkan jiwa tenang.Apatah lagi masa tu kite sedang khusyuk menghadap blog sambil cecah biskut Ping Pong ke dalam Nescafe 3 In 1 (erk  ni pun nak citer ke hahaha).

Masa tu ada terdengar bunyi sayup-sayup je kat luar orang berborak.Oklah tu mungkin jiran2.Tapi suara tu makin lama makin kuat..........


TIBA-TIBA.......

~"Kau nak cakaplah ni yang aku tak reti jaga anak!"---->Jiran G

~"Aku tak cakap macam tu,tapi dah anak kau tulis macam tu kat Facebook,mak mana yang tak marah!"---->Jiran K


Perghhh memang pedaslah kata2 yang seterusnya.Tak mau cerita kat sini dah jadi umpat-mengumpat lak,kan?

Masa tu pulak alahai hubby baru balik kerja...maka terpaksalah kite buka pintu.Nampak Jiran G dengan anak lelakinya depan pintu rumah Jiran K.Dah nampak kite buka pintu pun,diorang masaih tak malu bergaduh lagi dan lagi.Suami Jiran K akhirnya menenangkan keadaan dengan memaksa bini dan anak gadisnya masuk dalam rumah.Tapi anak gadisnya memberontak nak keluar macam nak tampar2 muka anak bujang Jiran G tadi.

Suami Jiran K memujuk dengan nada yang perlahan sebab segan jiran2 mula perasan adegan gaduh ni.Dan suami mengambil langkah meminta maaf mewakili keluarganya kepada Jiran G tadi.Namun masih terdengar suara anak gadisnya menjerit-jerit tak puas hati dalam rumah.Malam tadi pasar malam area rumah kitorang.Hurm dahlah Jiran G ni pengerusi tetap MESYUARAT TINGKAP..maka sekonyong-konyong kawan2 nya ikut dia pergi pasar malam sambil bergosiplah tu alahai!

Hubby pulak dah nak masuk rumah,tertinggal handphonelah pulak dalam kereta.Elok je masa dia ambil dan nak patah balik masuk rumah,suami Jiran K tadi datang.Dia kata anak bujang Jiran G tadi ni ada update status yang seakan-akan memburukkan anak gadisnya.Anak gadisnya bengang lalu bergaduhlah pulak dalam FB.Mak budak bujang ni pulak masuk campur hal anak2.

Hurmmmm....itulah bagus sangat ke Fb ni hinggakan mak-mak pun terpaksa masuk campur.Kemudahan yang ada selalu disalahgunakan.Ia bukan medium untuk mencaci dan menceritakan keaiban orang lain.Banyak kelebihan guna FB ni dengan boleh berinteraksi kembali dengan kawan2 lama,melebarkan perniagaan demi mencari rezeki dan sebagainya.

Kerana tulisan...sebuah keluarga yang bahagia boleh malu!Kerana tulisan,jiran2 bergaduh.Owh lupa nak beritahu,anak gadis dan anak bujang tu baru je Form 5!Dan kedua-dua jiran tu berdepan rumah......maka nanti sorang keluar ikut pintu depan,sorang keluar ikut pintu belakang...ye tak ngeeeee.....


Tak kira Fb ke blog ke...yang penting.....

Jangan sesekali iri hati;
Apatah lagi bongkak diri;
Berkongsi isi hati berkongsi diari;
Jangan sampai aibkan diri.

Dunia maya dunia yang indah;
Jika bijak jari menari;
Usah gaduh usah bertelagah;
Kita semua sama di sini.




Nota Comel--->Hubby kite bersyukur kite ni bukan jenis suka lepak2 dipetang hari a.k.a mesyuarat tingkap.Balik je kerja terus kite terperap kat rumah.Sebab dari menambah dosa,baik kite menambah pahala dengan menjalankan tugas sebagai isteri dan mama di rumah.Dah tu kite kan SUPERMAMA hehehhe...

2 comments

23/10/11 12:32

ni la dikatakan...salah guna IT...orang nak merapatkan hubungan..diaorang guna untuk memutuskan persahabatan....adoila

23/10/11 12:50

@Rizziela

hye sis!ye betul tu...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...