0

Halaqah Di TV9~AYAT 1000 DINAR

00:29 |



AKAR TRADISI ILMU...TAK TENGOK RUGI!!!

Salam malam semua.Alhamdulillah hari ini dapat kite berkongsikan ilmu dari rancangan Halaqah.Tajuk malam ni memang semua tau dan selalu amalkan,termasuklah diri kite sendiri-->"Ayat 1000 Dinar".

 Kenapa surah ini dikenali sebagai Ayat 1000 dinar?

Ertinya;

 Subhanallah...sedap suara saudara Ahmad Tarmizi mengalunkan surah At-Talaaq(tapi kite tak sempat rekod)

 Pengacara Halaqah~Ustaz Mohd Erfino Johari


Panel Jemputan yang akan menguraikan maksud surah pada malam ini;Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang

1)Sebab turunnya ayat ini : 

Menurut banyak riwayat, sebab ayat seribu dinar diturunkan Allah adalah kerana peristiwa berkaitan seorang sahabat bernama Auf bin Malik al-Asyja’i yang mempunyai anak lelaki ditawan kaum Musyrikin.

Beliau mengadu perkara itu kepada Rasulullah SAW dan Baginda meminta Auf supaya bersabar sambil bersabda kepadanya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan memberi jalan keluar kepadamu.”

Baginda juga meminta supaya mereka suami isteri banyakkan sebut "La Hawla Wa La Quwwata illa Billah".Maka setiap hari pasangan itu membacanya.

Ternyata tidak lama selepas itu anaknya dilepaskan daripada tawanan pihak musuh dan dalam perjalanan dia terserempak seekor kambing kepunyaan musuh lalu dibawanya kambing itu kepada ayahnya.

Kemudian turunlah ayat yang bermaksud: “Siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka dan tidak terfikir sebelumnya.” (Hadis riwayat Ibnu Jarir)

Dalam ayat pertama,Allah menekankan tentang TALAK,hukum-hakam talak.

Takwa,tawakal-itulah janji Allah untuk bagi jalan keluar,bagi rezeki yang tidak disangka-sangka.

2)Kenapa dikenali dengan nama ayat 1000 Dinar...bukan 2000 Dinar?

Kisah saudagar yang beli ayat ini daripada Nabi Khidir dengan harga 1000 Dinar.Kapal yang dinaiki saudagar ini karam,semua penumpang kembali ke alam baqa cuma saudagar ini saja terselamat. 

3)Betulkah kalau beramal dengan ayat ini,akan dimurahkan rezeki?

Allah janji akan murahkan rezeki.Tapi bagaimana cara nak beramal?Ada orang faham tampal besar2 kat dinding di premis perniagaan...ada yang faham kena baca beribu kali sehari.Di office tampal besar2 ayat ini tapi pekerja tak tutup aurat,tak solat di office.Berimanlah sepenuhnya dengan al-Quran,bukan memilih-milih ayat yang hendak dibaca ataupun tidak,bukan macam nak shopping boleh pilih2.

Nak beramal dengan ayat 1000 Dinar,bertakwalah dalam kehidupan.Buat keputusan dalam hidup,hanyalah kerana Allah,kerana takwa dan tawakal.Kena juga ada ikhtiar.Barangsiapa yang berikhtiar dan bertawakal,itulah caranya beramal dengan surah ini.

Konsep-->Bukan ayat ini saja.Apa2 pun amalan yang hendak dilakukan,tanyalah guru2 yang berilmiah.Kita patut bersyukur kerana di Malaysia,banyak program agama dan majlis ilmu.Semoga dapat kita manfaatkan.

Ketika Nabi Muhammad S.A.W menegur penduduk Mekah yang sembah berhala,mereka kata dari dulu lagi buat macam ni(sembah berhala),dan sampai bila2 dah amalkan menyembah.Seperti amalan ayat 1000 Dinar,hafallah dari awal surah.Ni nak pilih2 pulak ayat,ini bukan shopping.Beramal sebenarnya sebagai petunjuk,pemimpin dalam tindak-tanduk kita.Beramallah dengan ilmu,beramallah dengan isi.

Istilah Copy & Paste-->Mana2 saja kita pergi,masuk kedai makan dan rumah,nampak ayat ini ditampal.

GANTUNG----->UNTUNG

Namun jika ada amalan tak jujur dalam perniagaan terus dibuat,ayat itu jadi tak bermaknalah.Akhirnya walaupun banyak duit,tapi balik rumah bergaduh dengan isteri,anak2 tak dengar cakap.Dapat banyak duit tapi hati pulak tak tenang.

Ingat!Kita buat dan amalkan kerana ALLAH S.W.T.

4)Pelan tindakan
Ada di antara kita,bila ada masalah barulah "Ya Allah".Bila ada gangguan barulah "Ya Allah".Kita jadikan Allah seperti pengawal pulak..ada masalah baru nak call!!!

video
P/S-->Maaf sebab lupa nak adjust volume masa rekod :|

Antara fadhilat surah ini:

~Mendapat jalan keluar dari segala kesukaran
~Mendapat perlindungan dari segala musibah seperti peperangan,kezaliman dan bencana alam.
~Allah akan menyampaikan segala hajat dan beri kemudahan dalam setiap urusan.

video
P/S-->Maaf sebab lupa nak adjust volume masa rekod :|

Nota Comel-->Alhamdulillah,Allah sayangkan hamba-NYA dan bersyukurlah kerana kita semua dapat mengamalkan ayat ini dan juga surah2 yang lain.Secara peribadi,kite juga mendapat pelbagai 'keajaiban' dari Allah.Allah memberi rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka.Segala kesusahan dan kesulitan hidup kite satu masa dulu,sekarang kite baru dapat menghirup kemanisannya.

Ya...Allah Maha Adil,Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.Dulu kite tertanya-tanya kenapa asyik kite je ditimpa musibah,kenapa orang lain senang je,apa yang dibuat semua berjaya.Tapi kenapa asyik kite je tak menjadi?Kenapa asyik kite je diuji.Owh betapa hina dan lemahnya iman kite masa tu.

Alhamdulillah....Allah Maha Mengetahui bila masa yang sesuai untuk diberikan rezeki kepada kite.Antara keajaiban yang kite adalah sepasang anak kembar!Bukankah itu janji Allah,setiap hamba-NYA lain rezekinya...tapi pasti ada!Marilah kita semua jangan lupakan Allah dan bagaimana untuk sentiasa mengingatinya?JANGAN TINGGALKAN SOLAT :)



**Ditaip dengan mengharap keredhaan Allah-->aLeaSaRa  12.24 pagi 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...