0

SEMANIS KURMA ~ A.N.A.K E.M.A.K Part 1

00:05 |
Pagi-pagi makan nasi lemak
Tajuk malam ini ANAK EMAK


Anak2 amanah dari Allah S.W.T,sumber kebahagiaan rumahtangga.Ada orang kata anak emak,ada yang kata anak bapa.Apa maksud anak emak?Dah biasa kan kita dengar?Mesti ramai malam ni kata,kita semua kan anak emak,kita sayang emak kita.


Nabi Muhammad S.A.W bersabda bahawa "Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu".Anak emak biasanya ditujukan kepada lelaki,anak manja dan bergantung pada mak,nak buat kerja tak reti.Ada yang bagus,bertanggungjawab pada isteri.Anak emak ni ada yang negatif ada yang positif.Orang yang anak emak lebih kepada sifat penyayang,pengasih,berbudi bahasa,ambil berat,pandai hormat antara satu sama lain.Para wanita di luar sana memang for sure berkenan anak emak sebab loving & caring sebagai suami.Ada yang bagus ada yang tersilap pilih.Yang negatifnya ialah asyik minta pendapat emak.Ada isteri yang kecil hati,makan hati seolah-olah isteri takde peranan dalam rumahtangga,hingga rasa merimaskan.

2 perkara sebab kenapa adanya anak emak;

1)Bapanya jarang2 ada di rumah,ada masalah nak tanya pendapat .Itu sebab semua tanya emak.Dah bapa asyik outstation cari rezeki.Maklah sebagai emak,maklah sebagai bapa.

2)Memiliki bapa yang garang,bukan pengasih,kurang cakap.Anak rasa selamat bercakap dengan emak yang penuh dengan lemah lembut.


PENDAPAT PENONTON

Wanita-->Anak emak ini cenderung kepada lelaki
Wanita-->Lelaki mak lebih sayang sebab lelaki boleh diharap dari segi jaga kita kat rumah,keselamatan
Lelaki-->Isteri banyak kecil hati sebab sayang sangat ibu
Lelaki-->Terlalu lama tinggal dengan ibu,itu yang rapat
Wanita-->Dalam Islam pun kata bila dah kahwin,tanggungjawab berat kat ibu dulu,baru bini.Kenalah ada give & take,isteri kena faham.

ADAKAH ANDA ANAK EMAK?

Ciri-cirinya ialah rapat dengan ibu,bergantung pada ibu untuk buat keputusan.Hinggakan nak cari isteri yang sama ciri macam ibu.Ada yang terlalu lebihkan emak hinggakan isteri makan hati.

PANEL JEMPUTAN



Fazley-->Saya adik beradik 4 orang,kami semua rapat dengan ibu.Tapi mungkin sebab saya artis jadi orang semua nampak dan ingat saya anak emak.Saya selalu kalau melintas jalan mesti pegang emak tangan kanan,pegang isteri tangan kiri.Orang kata saya rapat dengan ibu sebab ibu jenis penyabar,susah nak marah,rotan jarang eh ke tak pernah kena rotan?Paling pun ibu ketuk peha.Tak pernah kena tarik telinga.Saya ingat pesan ibu,kalau ibu menitis airmata,Allah akan tulis sampai bila2.

Ustaz-->Harap ibu menitis airmata sebab gembiralah,bukan sebab sedih.

Datin-->Saya ada 2 anak lelaki,2 anak perempuan.Kebetulan dia anak sulung dan dia artis,orang ingat saya lebihkan dia.


Ustazah->Ada perempuan tak nak pilih mommy's boy.Takut sebab sikit2 mak,sikit2 mak.Isteri,Azren kenapa  berminat dengan Fazley?


Fazley-->Kami bercinta jarak jauh sebab dia di UK.Kami unik sebab bercinta singkat!Dia pernah kata "Are you mommy's boy".Masa tu saya mengelabahlah jugak tiba2 dia tanya takut dia tak suka.Dia kata dia suka sebab dia memang nak cari anak emak.Dia kata kalau lelaki jaga emak sebaik mana,macam itulah dia akan jaga isterinya.Dengan mak kasih sayang,dengan isteri pun kasih sayang.

Ustazah-->Ada suami yang sayang sebelah pihak je.Kenalah macam Fazley kata "Lintas jalan kanan ibu,kiri isteri.Ada yang kanan ibu,kirinya lenggang.

Datin-->Bila saya dapat Azren,saya bersyukur berkat saya solat Istikharah.Dia lebih manja dengan saya hingga saya terlupa itu menantu,macam anak sendiri.

Ustazah-->Ya,itu berkat doa dan solat ibu,dapat jodoh baik.

Ustaz-->Sifat yang ada pada ibu,akan ada pada anak.

Fazley-->Saya baru dapat anak ke-3,baru habis pantang.Kitorang nak jadikan anak mama atau mommy's boy,cuba usaha,biar bahagia.

Ustaz-->Apa ibu bagi benda yang baik akan berterusan pada anak2.

BETUL KE ANAK EMAK TAK RETI BUAT KERJA?Asyik2 emak je yang masak,emak yang gosokkan baju macam isteri takda kat rumah!

Datin-->Saya & suami ada peranan masing2.Suami dari segi pelajaran.Saya dari segi agama & disiplin.Mereka tau bezakan dan pegang tanggungjawab.

Fazley-->Ya ibu memang dari kecil titik beratkan tentang tanggungjawab.Kalau ibu sedang di dapur,saya akan masuk dapur tolong masak.Kalau ibu sedang menyapu,saya tolong sapu.Saya juga akan tolong cuci toilet.Ya hingga sekarang.Saya juga pantang tengok ibu pegang barang berat,saya lepaskan barang saya pegang dan tolong ibu dulu.

Caller-->Mamu Hanifah,Pulau Pinang-->Mak dah didik anak elok.Kenalah sayang emak sebab takda emak,takdelah kita kat dunia.

"Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra katanya: “Seorang lelaki datang kepada Nabi saw lalu berkata: “Siapa yang paling berhak untuk aku melakukan ihsan dalam persahabatan dengannya?” Nabi saw menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Bapa kamu.”

Nabi Muhammad S.A.W juga berpesan kepada kita,hendaklah berlaku adil terhadap anak2 mu.Baik dari segi kasih sayang & pendidikan.Anak lelaki ke anak perempuan ke,kena sama rata,jangan pilih kasih.

NASIHAT FAZLEY KEPADA SUAMI YANG NEGATIF?YANG SUKA BANDING2 KAN ISTERI DENGAN EMAK.

Fazley-->Saya sering cakap masa motivasi,isteri ni insan yang jiwa sentiasa terluka,mudah tersentuh.Rasulullah bersabda bahawa Allah itu senang sikap yang lembut.Konsep perhubungan perlu ada lemah-lembut.

Datin-->Peranan ibu penting,dari kecil dah biasa tegur anak2.Bila anak dah kahwin,saya kata "Ibu akan tegur kalau benda tu berulang 3 kali.Rumahtangga hak masing2,saya tak campur,sebagai penasihat aje.

Ustazah-->Tak boleh terlalu campur tangan,pantau dari jauh.Itu lebih penting.Masa baru kahwin bini dah biasa ke Fazley ni anak emak?

Fazley-->Dia nampak kekerapan kami,Bila saya bangun je pagi saya akan cari ibu dulu.Hinggakan nak pergi 7E yang sekangkang kera dari rumah pun,saya akan cium tangan ibu.Dia memang sedikit terkejut sebab tak sangka serapat itu.Dia kata dia bersyukur asalkan jaga dia elok2 & jaga ibu.

Sedap sungguh mee rebus,
Tambah lagi sampai 3 kali,
Sayang ibu memang bagus,
Tapi jangan sampai abaikan isteri


Nota Comel-->Bersambung........tunggu ya!!!




Menaip dengan mengharap keredhaan ALLAH S.W.T ~ aLeaSaRa : 11.00 - 12.00 malam 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...