3

SEMANIS KURMA ~ A.N.A.K E.M.A.K Part 2

01:35 |
Sambungan dari [PART 1]

Ustazah-->Ketika Fazley nak kahwin,ada ke Datin tentukan ciri2 isteri untuk dipilih?

Datin-->Saya ajar 10 point.Manusia ni tak sempurna,kalau dapat 5 pun syukurlah.Saya kata pada Fazley  "Ibu sendiri pun tak sempurna".

Fazley-->Ya betul tu,saya ingat antara 5 point ibu beri;

1)Agama
2)Hormat
3)Terima adik-beradik
4)Mahu belajar~nak masuk dapur.Tak reti masak takpa,boleh belajar.
5)Lemah-lembut~tak kasar

Yang ke-10 baru ibu letak rupa.Itu tak penting asalkan sedap mata memandang.Bila dah tua,rupa tak penting.

Ustaz-->Nabi pun tetapkan dari rupa paras,harta benda,agama ialah nombor 1.

Fazley-->Kami duduk dengan ibu selama 3 tahun!Bukan tak nak pindah tapi saya beritahu isteri,tanggungjawab saya ialah jaga ibubapa dulu.Isteri pula jenis bertolak-ansur.Saya bersyukur kalau saya sibuk,dia yang akan SMS atau call ibu,jemput ibu kalau ibu nak ke mana2.Dia ambil alih tugas saya yang biasa saya buat.Selama duduk 3 tahun tu,kami belajar terima kesesuaian.

Caller-->Roslina,Perak : Saya ada anak lelaki 4 orang,tapi belum ada menantu.Bukan anak je kena solat Istikharah,ibu pun sama juga semoga diberi menantu yang ada ilmu agama.Sebagai mertua,berharap agar ada keserasian dengan kita.

Ustazah-->Ya betul tu.Kita selalu pesan kat anak je untuk solat,ibu pun kena buat.

Ustaz-->Ya serasi dengan ibu itu penting.

Fazley-->Bila dah kahwin bukan saja mengharap keselesaan dengan isteri.Kena juga tau adakah isteri boleh jaga hati emak,bapa dan adik-beradik?


Fazley-->Ya kami baru je pindah rumah dekat je AGAR BILA IBU BERSIN,BATUK...SAYA DENGAR!Tak nak duduk jauh susah saya nak jaga mereka.Takkan terbalas jasa ibu.Cium ibu 100 kali sehari pun takkan terbalas jasa,seperti mana ibu tatang penuh kasih sayang.

Ustazah-->Ada anak yang tergamak hantar ke rumah kebajikan orang tua!Adakah bila dah berkahwin,Fazley masih merujuk pada ibu?

Datin-->Tujuan dia cakap bukan nak saya buat keputusan.Dia hanya merujuk pada saya,keputusan dia buat.

Fazley-->Macam fesyen rambut saya ni pun,baru je buat sebab nanti ada pelancaran Album.Ini pun saya tanya isteri dah,tapi mesti juga tanya ibu,sebab rasa yakin.

Ustaz-->Samalah macam ustazah.Mesti nak pergi mana,ceramah mana....mesti nak call minta ibu doakan.Itu sebab bila dengar Fazley cerita,ustazah sebak sebab ustazah pun buat sama.

Ustazah-->Ya betul tu,sampai mak kata kalau tak call pun mak dah sentiasa doakan.

Ustaz-->Kami ni sama2 anak yatim,ayah takda,mak je ada.


Ustazah-->Bila jadi ketua keluarga,kena ada ketegasan.Bagaimana kepada lelaki di luar sana yang mengharap mak 100% pada mak hingga isteri kecil hati?

Fazley-->Dalam bentuk kelembutan mesti ada sifat kepimpinan.Isteri yang dah kahwin 5,6 tahun bila meletop,suami mulalah kata isteri moody.

PESANAN PADA SEMUA ISTERI?

Bersangka baik kepada suami & emak mertua.Kalau suami lebihkan emak,isteri patut bertanggapan "Owh bagus suami jaga emak,dapat ganjaran syurga".Pada ibu mertua pula "Owh ibu kan dah tua,usia semakin lanjut,buat baik sementara dia masih ada".Buat baik supaya nanti anak2 buat macam tu juga kepada kita.Layanlah ibu mertua seperti layan ibu sendiri.

Datin-->Saya bersyukur ada 2 menantu perempuan.Saya sebagai ibu mertua nak kasih sayang,jaga anak saya dengan betul & didik anak2nya dengan baik.Jangan minta banyak2 dari menantu.

Fazley-->Bila saya kahwin berharap isteri boleh rapat macam saya rapat dengan ibu.Syukur berkat doa ibu,isteri seperti dah ada acuan.Apa yang saya nak...bila saya sibuk...harap dia dapat bantu.Saya terkejut dia buat lebih dari yang saya minta.

Ustaz-->Berkat buat baik pada ibu,dapat isteri yang baik.

Kambing malas mandi,
Ayam asyik mengeram,
Rumahtangga pandai kemudi,
Kalau tidak pasti karam

BOLEH FAZLEY BERI IDEA & PANDANGAN NAK BAGI KASIH SAYANG PADA IBU & ISTERI?

Fazley-->Ada 3 langkah :

1) Perlu belajar mencintai kelemahannya ~ bukan kutuk atau benci
2)Perlu belajar hargai kelebihannya ~ tak salah memuji
3)Terima seadanya tanpa harap kesempurnaan

 Owhhhhh ^*
 Genggaman kasih ibu & anak.Memang tersentuh hati =.=

Datin-->Sebagai ibu kita tau kelemahan...kelebihan anak2.Kalau ada yang lemah kita puji kelebihan dia.Jangan cakap anak malas,kita puji dia "Owh rajinnya anak ibu hari ni".Beri penghargaan.

Ustaz-->Mereka rasa dihargai oleh ibu.

Datin-->Ada anak IQ lebih,ada kurang.Kita beri pujian.Katakanlah abang sulung pandai,bagi gesaan supaya adik yang lemah tu ada kejayaan,ada peningkatan.


RUMUSAN 

1)Peranan bapa ~ jangan lepas tangan,lelaki merupakan pemimpin.
2)Ibu boleh manjakan anak TAPI jangan terlalu manjakan hingga nak buat 1 pun keputusan...TAK BOLEH!
3)Anak kena pandai mainkan peranan antara ibu dan isteri.Ibarat menarik rambut dalam tepung.
4)Jangan bezakan layanan dengan anak2.Hingga anak lelaki kemas tempat tidur tak reti,basuh pinggan tak reti.Tapi didik anak perempuan pulak macam kuli!
5)Bijaksana dalam tunjuk ajar anak.Anak perempuan pendekatannya lain,anak lelaki lain.


Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.


2 DOA MALAM INI


Surah Ali-Imran ~ kebahagiaan rumahtangga...kesabaran

Surah Maryam ~ jadikan amalan,dapat anak yang soleh & solehah


ANDA BUAT ANDA DAPAT
HATI IKHLAS PASTI DIBALAS


Nota Comel-->Syukur kepada ALLAH S.W.T sebab memberi kite peluang untuk berkongsikan "ANAK EMAK" pada hari ini.Bagi rakan2 yang kali pertama ke sini,bolehlah klik di menu bar atas SEMANIS KURMA.Ada topik2 yang sempat kite kongsikan sebelum ini.

Alhamdulillah kite juga ditemukan jodoh dengan suami yang adil antara emak dan isterinya,ni.Mula2 nak kahwin saya risau sebab hubby anak bongsu dah tentu manja @ anak emak.Tapi bukan rupanya sebab suami dah biasa berdikari sejak kecil dan diasuh emak mertua dengan baik.Syukur pada Allah sebab selain mempunyai suami penyayang,kite juga turut menjadi menantu kesayangan :).Sebagai isteri & menantu,kenalah pandai membawa diri.

Ada keluarga terdekat yang suaminya ANAK EMAK!Memang kesianlah kerana dahlah bukan menantu pilihan,ibu mertua lak cerewet dan laser.Si suami pula anak emak,semua yang maknya masak,maknya buat ALL PERFECT.Hinggakan maruah si isteri sering diperlekehkan depan si emak,konon masak tak sesedap macam maknya,buat kerja rumah lembap tak macam maknya yang cekap...itu ini begitu begini ARGGGGGHHHHH!Perkahwinan mereka masih bertahan hingga sekarang dah cecah 23 tahun!!!

Sebab si isteri kuatkan iman,sering mengadu pada Allah.Dia berusaha jadi yang terbaik di mata suami tapi suami tak pernah hargai hingga memadukannya secara senyap2!!!Perkahwinan kedua itu tak tahan lama mungkin itu balasan Allah.Akhirnya si suami masih tetap bersama dengan isteri yang masak tak pandai...lembap tu tadi :)


P/S-->Korang pulak?Anak emak ke :)

3 comments

21/10/11 02:41

follow blog saya ni jugak jomwayangku.blogspot.com

tersentuh....

21/10/11 18:09

bwh2 la potong rmbut tu awk tu lelaki...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...