1

Asma' 47~Al-Hakim

07:30 |

MAHA BIJAKSANA


AL-HAKIM,Yang Maha Cerdik lagi Maha Bijaksana.Memiliki kepintaran untuk mengatur dan membuat sesuatu.

1-->Dapat berfikir dengan baik
Baca Ya Hakim 300 kali sehari,insya Allah anda akan berfikir dengan lebih baik,memahami dan mengingati sesuatu perkara dengan lebih pantas.

2-->Menyelesaikan kerja
Allah S.W.T akan meyudahkan kerja anda jika anda membaca Ya Hakim 111 kali sehari secara berterusan.Ini amat baik jika kerja anda telah bermula dengan baik tetapi nampaknya tidak akan habis-habis.

3-->Dicintai orang
Untuk diri dicintai orang lain bacalah Ya Hakim 300 kali selepas Zohor,insya Allah anda akan mendapat apa yang diinginkan.

Kredit -->TV9

Salam pagi semua.Alhamdulillah semoga nama Allah AL-HAKIM dapat anda amalkan.Sesuai diamalkan tak kiralah anda seorang pelajar,pekerja dan suri rumah.Kehidupan memerlukan anda cepat berfikir dalam menghadapi pelbagai situasi.Semoga segala kesukaran anda masa itu dipermudahkan Allah...insya Allah.

Untuk dicintai oleh seseorang,saya berharap agar zikir ini digunakan untuk tujuan baik.Ingat...maksiat mendekatkan diri dengan zina.Tak salah berusaha untuk mendampingi seseorang yang disukai kerana kita di atas dunia dicipta berpasangan.Indahnya Islam kerana dengan berzikir dan berdoa selepas berusaha,insya Allah niat ikhlas anda akan dimakbulkan.Tak kira cepat atau lambat kerana Allah itu Maha Pendengar dan Maha Adil.



Kredit Info -->

  • Zikir Asma Ul Husna 99 Nama Allah-->Hassan Mia

1 comment

11/11/11 19:35

baiklah akan dipraktikkan. tq sharing caring!!

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...