2

Asma' 48~Al-Wadud

00:38 |
 
MAHA PENCIPTA

Al-Wadud,Maha Penyayang.Memberi yang terbaik untuk hamba-NYA dan mengasihi mereka yang beriman.

1-Meninggalkan minum arak atau dosa besar
Jika ada yang telah terjerumus kepada meminum arak atau dosa besar lainnya,untuk mengembalikannya ke jalan yang benar,bacalah Ya Wadud 960 kali.Hembus ke dalam makanan atau minuman untuk ditelan dan insya Allah ia akan meninggalkan dosa-dosa itu.

2-Memperbaiki urusan dunia
Agar urusan dunia (juga urusan akhirat) dapat disempurnakan dengan baik,bacalah Ya Wadud 1000 kali setiap hari.

3-Isteri menjadi setia
Suami yang mengesyaki isterinya berlaku curang hendaklah membaca Ya Wadud 1000 kali dan menghembusnya ke dalam makanan yang dimakan bersama dengan isteri.Isteri akan mencintainya dan akan sentiasa setia kepadanya,insya Allah.

4-Musuh menjadi kawan
Baca Ya Wadud 1001 kali dan insya Allah musuh anda akan bertukar menjadi kawan.

5-Keluarga bahagia
Baca Ya Wadud 10,000 kali setiap malam,insya Allah keluarga anda akan aman bahagia dan anda akan disayangi orang disamping hajat akan ditunaikan.


Nota Comel-->Assalammualaikum semua.Sebagai umat Islam,kita patut bersyukur kerana dengan sentiasa menyebut nama-nama Allah,segala kekusutan akan terlerai dengan izin-NYA.Kenapa manusia suka menghampiri syirik dengan bertemu bomoh bila masalah rumahtangga melanda?Bukankah dengan solat,doa dan zikir dapat merapatkan lagi hubungan yang hampir musnah?Jagalah solat,sentiasalah berzikir dan insya Allah segala kesukaran akan dipermudahkan amin........

2 comments

15/11/11 23:57

ya wadud,insyaAllah akan dialun di mulut onie,terima kasih ye

16/11/11 06:49

@onie

alhamdulillah amalkan ye :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...