6

Gelagat Pekerja Perempuan Di Hari Jumaat

23:08 |

Best betul hari Jumaat.Masa ni staff perempuan ambil kesempatan untuk window shopping!Bos pun suka tanya "Hah korang keluar shopping tak hari ni?Senaraikan nak beli barang apa,saya bagi duit".Bos kite ni sempoi.Selain beli alat tulis,dia bagi duit untuk beli stok makanan dan minuman,tak kiralah untuk sarapan atau minum petang.Sampai je Tesco tak sabar nak penuhkan troli,tapi perut lapar...nanti hilang fokus nak shopping ngeee ^^.Jom makan dulu!


Paling best masa 'lunch'.Masa nilah masing-masing nak cuba menu baru.Nak pilih menu je dekat 15 minit.Pusing kiri pusing kanan tengok orang lain makan apa.Dah sampai makanan atas meja pulak;

~"Eh Lijah...kau makan apa tu.Macam best je"


~"Owh aku order Mee Rebus Telungkup Telur.Eh...rasalah,Limah.Kau lak Leha,makan apa tu?"


~"Aku order Nasi Bantal Peluk...rasalah."


Masing-masing mula menjadi ala-ala juri Master Chef..komen oh ni sedap...oh yang itu tak sedap...hahhahaha.Hanya orang perempuan je yang suka bab kongsi-mengongsi dan cuba-mencuba makanan ni.Orang lelaki dia peduli apa member sebelah makan menu apa pun..janji halal.


Burpppp alhamdulillah.Perut dah kenyang barulah boleh window shopping!Kadang-kadang kalau bos tak pesan beli apa-apa,kitorang pun takde apa barang pun nak beli.Seronok dapat tengok fesyen baru..produk kesihatan dan mekap terbaru :).Owh tak boleh lama-lama...kena balik office cepat...solat Zohor tak boleh tinggal tau  :)

Opss sebelum nak akhiri entri ni.Satu benda yang kite perasan tiap kali Jumaat.Tak kiralah kat hypermarket ke..kedai makan biasa je ke.Bukan ke hari Jumaat kaum lelaki muslimin berduyun-duyun untuk tidak ketinggalan solat Jumaat?

Jangan tinggalkan solat Jumaat 3 kali berturut-turut melainkan uzur.Umat Islam di negara lain sanggup berperang semata-mata nak pertahankan hak untuk solat Jumaat!

Tapi...inilah senario yang kerap kitorang nampak.Lelaki selamba je makan tengahari waktu orang lain dah ada kat masjid.Ada juga pasangan bercinta yang ambil kesempatan nak dating waktu lunch yang panjang ni alahai.Dahlah dah habis makan sedap je sedut rokok.Azan berbunyi tapi buat tak kisah je...memanglah telinga teballllllll!


Sekian...assalammualaikum :)


6 comments

12/11/11 23:27

kak..comel lah baju kartun tengah2 yang gambar first..hehehe

a ah hari jumaat rehat panjang eka selalu balik rumah jer kak..makan mak masak..hehehe

kak,header dah barulah..comel

12/11/11 23:36

@Cik Eka

owh baju tu akak pun suka sebab corak sutera ngeee ^^

untunglah sis dpt blk umah jap..akk kdg2 tapau je.kalau bos suruh shppg baru kitorg keluar :)

owh tqvm ye sis..dah png tak tau nak buat header apalagi hehhehe...hah tempek je macam tu.

12/11/11 23:38

lelaki sekarang dah macam kurang malu bila tak solat jumaat..btw,comey jer doodlenya..:)

12/11/11 23:43

@Azzah

yelah sis Azzah...tapi mungkin juga masa tu diaorg mmg betul2 tak sempat kot???

owh tgn keras dah lama tak lukis.kite tak blh lwn doodle sis Azzah dan kwn2 lain :)korg mmg kreatif dan terbaek!!!

13/11/11 00:08

hehehe..kalau nak lepak kat opis boleh jugak..sebab boss buat opis macam rumah sebab rumah wife dia jauh...so pantry pun mcam rumah sendiri..macam2 ada..macam2 makanan ada..kalo lapo boleh je goreng masak apa2..hehehe

okeylah header kak..comel..hehe

13/11/11 00:23

@Cik Eka

owh bestnya lapar je tak yah gi kedai dah hehehe :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...