2

KEYWORDS~SEBAB SUAMI TIDAK SUKA ISTERI ADA HANDPHONE?

18:24 |
Alahai macam2 keywords sepanjang minggu ni.Keywords hari ni pulak...

SEBAB SUAMI TIDAK SUKA ISTERI ADA HANDPHONE?

Jom kite berikan jawapannya ....

  1. Gara2 handphone isteri mungkin terleka bergayut,hingga lupa ikan di kuali dah hangitttt.
  2. Suami stress sebab memanjang isteri bergosip di handphone.Tak cukup mesyuarat tingkap dah,kat handphone boleh sambung lagi bergosip.Suami di sebelah ibarat tunggul je...kesian.
  3. Asal buka je tudung saji,lauk sambal sardin.Esoknya pulak telur goreng berkicap.Lusa dan tulat "Alamak abang,sori ye Milah tak sempat masak.Terleka tadi Kak Shida 'call',kami sembang lama sangat".
  4. Langsung tak boleh berenggang dari handphone.Tengah masak pun bawa ke dapur,konon takut dapat 'call/sms' yang penting.
  5. Ringing Tone sekarang ni canggih-manggih pilih je nak K-Pop,Omputeh,lagu Jiwang,Hindi,Ghazal(erkkk ada ke sapa2 yang buat sebagai ringtone?)....maka bingitlah telinga si suami tiap kali handphone isteri berbunyi!Bayangkan kalau masa tu suami sedang baring beristirehat,ringtone tu best takpelah jugak.Kalau tak?Tak ke kesian suami tu asyik kena pekup telinga dengan bantal?Ishhh...ishhhh kesian.
  6. Hurmmm bahaya kalau isteri masuk toilet pun bawa handphone!Masa nilah suami kena cepat bertindak ye.Bukan bertindak nak selamatkan handphone mahal tu,dari terjatuh je lubang jamban!Tapi selamatkanlah cinta isteri anda!
  7. Sikit-sikit minta suami tolong 'top up' kan prepaid.Bagi yang pakai bil pulak,hujung bulan suami pening kepala berpinar mata tengok JUMLAH BIL SEMASA.Mau tak bising!
  8. Sikit2 'snap' foto sendiri sambil tersengih(opsss kite pun ngeee).Sikit2 'posing sana posing sini' dengan pelbagai gaya lalu foto yang diambil tadi,di 'upload' pula ke Facebook,Twitter,Blog dan sebagainya.Maka berbululah suami sebab bila selongkar handphone isteri,kurang/langsung takde foto suami tersayang yang comel.Hanya ada foto isteri je hehehhee....
  9. Hah sukahati koranglah nak tambah SEBAB apa suami tak suka isteri ada handphone ngeee ^^

Nota Comel-->Segala benda yang canggih ni perlu digunakan dengan tujuan yang baik.Handphone satu keperluan yang memudahkan lagi urusan para isteri dan ibu.Maka jadilah pengguna yang berhemah(chewahhh macam iklan pulak hehehe)



2 comments

20/11/11 19:23

banyak sebab tu.. ayoyo...

20/11/11 19:27

@Cik Asma BLuppy

hehhehe cer tambah cer tambah ^^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...