1

Mingguan Wanita~Jiwa Nana&Tasha Makin Kuat Selepas KEHILANGAN.

07:41 |
Assalammualaikum semua.Minat nak tahu cerita terbaru Nana & Tasya?Jom scroll ke bawah :)

Baru je beli MW keluaran 11-17 November.Makin cantik diorang ni kan?

Sama2 kehilangan orang yang tersayang

Nana-->Dulu bila arwah Faizal Yusup masih ada,saya masih perlukan sokongan darinya untuk membantu membentuk keperibadian permata hati mereka;Mohd Rayyan Nakhaie.Kalau dulu waktu ada ayahnya,bila Rayyan nakal saya boleh menghubunginya.Sekarang semua terletak di tangan saya bagaimana hendak membentuk dirinya.

Imej seksi?

Niat di hati untuk mengubah penampilan diri telah terdetik lama.Dalam pencarian itulah dirinya telah dihadiahkan sebuah majalah berkonsep Islam terbitan Kumpulan Media Karangkraf ketika menghadiri sebuah majlis.Dari situlah dia terbaca satu artikel yang benar2 telah memberi kekuatan untuk mengenakan hijab.Sekaligus mengubah persepsinya terhadap kehidupannya kini.

Sepatutnya saya lakukannya daripada dulu lagi,namun perubahan diri saya alami sedikit demi sedikit.Syukur penampilan ini menjadikan diri saya lebih mudah,selesa malah selamat sentiasa.Perkembangan terbaru,Nana giat mempromosikan single keduanya berjudul Semakin Jelas selain sedang merancang untuk membuka sebuah kedai dobi bagi mencari rezeki lebih buat diri dan permata hatinya.


Tasya-->Ibu kepada 2 orang anak ini mengakui setiap hari terkenangkan arwah suami,Achik Spin.Apabila sendirian air mata pasti akan mengalir.Bila terpandang anak2 dan terfikir mereka tidak berayah seperti orang lain,saya tersentuh hati.Kadangkala terfikir kenapalah saya yang kena lalui semua ini.Tapi bila fikir kembali setiap yang hidup pasti akan pergi,lama-kelamaan saya pasrah dengan apa yang Allah aturkan.Ada kalanya saya rindu,dalam masa yang sama sedih dengan apa yang terjadi.


Kehilangan anak dan suami dalam tempoh yang singkat menjadikan dirinya wanita tabah.Apatah lagi sampai ke saat ini ayah dan ibu mentuanya sentiasa memberi sokongan untuk meneruskan kehidupan agar menjadi lebih baik lagi.Saya tak boleh menyalahkan takdir.Sebab itulah saya banyakkan istighfar agar jiwa saya lebih kuat lagi.Saya redha melaluinya.Saya sentiasa berusaha untuk membesarkan mereka dan memberikan pendidikan yang sempurna untuk anak2 saya.Tasya mengakui tidak pernah lupa menziarahi kubur suaminya setiap hari Jumaat.Sekarang demi mencari rezeki,dia mengusahakan busana muslimah online bersama adik sepupu.

Semoga anak ini membesar menjadi anak yang solehah,berjaya dunia dan akhirat :)


Nota Comel-->Kite antara peminat lakonan arwah Faizal dan juga lagu arwah Achik.Al-Fatihah untuk mereka.Kisah Nana & Tasya banyak pengajaran.Boleh dijadikan pembangkit semangat bagi mereka di luar sana yang semakin lemah nak teruskan hidup.Ingat!Kita sentiasa saja menganggap Allah uji terlalu berat dan sikit2 kenapa kita aje diduga?Sedangkan lihatlah masih ramai lagi yang diuji lebih berat.Diuji kehilangan orang tersayang...diuji kesakitan,diuji kehilangan kerja dan sebagainya?Maknanya Allah sayangkan hamba-NYA dan dengan ujian itu,kita semua akan lebih mendekatkan diri kepada-NYA dan jom sama2 muhasabah diri :)

1 comment

17/11/11 18:35

betul laaa...kalau baca kisah2 camni, baru kita nak renung diri n rasa bersyukur, kalau tak banyak jer nak ngomel huhuhu

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...