8

Motivasi | Bukan Kerana Tuah

18:47 |
Korang pernah tak berada dalam situasi:

~!"Kau takpelah Fiza.Apa kau buat semua menjadi.Kau ni memang bertuah,kan?"


(Mesyuarat tingkap)
~"Korang nak tau?Dia tu naik pangkat sebab kaki kipas bos,tau!Mentang2lah cantik...body mantap bos sayanglah tu!Patutlah tak sampai 2 tahun,dah naik pangkat.Cepat betul,kita ni hempas-pulas kerja bos tak pandang pun!"


~"Alah kau ni...dah memang Fiza tu rajin,selalu datang awal,buat kerja bagus.Patutlah.Itu rezeki dia.Dah memang dia bertuah!"


(Di rumah Fiza)

~"Mak,Fiza rasa bersyukur dinaikkan pangkat hari ni.Alhamdulillah berkat doa mak dan semua ini Fiza takkan merasa kalau Allah tak izinkan.Tapi Fiza terkilan ada kawan sepejabat yang bergosip dan mengata Fiza.Bukan Fiza tak tau diaorang tuduh Fiza kaki bodek boslah,Fiza ngorat boslah.Sikit2 perli kata Fiza ni bertuah!Padahal Fiza usaha sendiri semua kerja...Fiza tak suka tangguh2 kerja,Fiza rajin bertanya benda yang Fiza tak tau.Fiza sedihlah mak......."


~"Alhamdulillah anak mak dah naik ke satu tahap lagi.Bagus.Alah pedulikan cakap2 orang.Anggap itu sebagai satu motivasi untuk tingkatkan lagi usaha Fiza di office.Manusia memang suka tengok orang jatuh dan susah hati tengok orang naik dan berjaya.Fiza dah berusaha,tawakal dan redha.Allah sentiasa di sisi hamba-Nya yang ikhlas dan amanah"


Bolehkah kita percaya kepada tuah?
Tahukah anda kepercayaan itu mendorong kepada perbuatan tahyul?

Jika anda telah berusaha dan berlatih serta
mempunyai pengetahuan secukupnya terhadap
apa yang anda lakukan,maka kenapa harus
anda fikirkan kejayaan itu sebagai tuah?

Sebaliknya,anda harus yakin anda berjaya
 kerana kemampuan diri anda sendiri.Jika anda
yakin berjaya kerana kualiti sendiri,Insya Allah
akan mudah anda ulangi kejayaan itu

Tetapi jika anda percaya anda berjaya kerana
tuah yang datang bergolek atau ada faktor lain,
anda akan sukar berjaya lagi.


INGAT,TUAH TIDAK DATANG BERKALI-KALI!


Kredit Info-->Petikan daripada buku M.E.P.S Concept~Datin Paduka Dr.Hajah Sharifah Mazlina

8 comments

14/11/11 04:15

iya saya setuju sangat.... kejayaan tidak datang bergolek2... bila kita berusaha sebaik yang mungkin, Insya Allah kejayaan itu milik kita..

tapi bila dah berjaya, cabaran yang kita hadapi adalah rakan2 sekerja plak. Mula lah nak mengata menggosip macam2 kan... lagi teruk ada yang menjatuhkan sesama.. huhu

14/11/11 08:49

@Gen2Merah

terima kasih ye sudi beri komen yg padat dan bernas hehehe.

dah mmg sikap manusia...iri hati itu bgs kalau berusaha utk tgktkan lagi prestasi kerja bukannya menindas org lain :)

14/11/11 09:27

rezeki ALLAH...siapa yang tahu...org je kadang2 dengki kt kita

mmm nice entry :)

14/11/11 16:58

ish mulut org kan..kalau ada yg baik berlaku ye..mcm2 org nk cakap.tapi asal kita sendiri tau yg kita dh berusaha sebaiknya nk capai apa yg dpt kita dpt capai sekarang dh ckup baik..mulut org lama2 nnt berhenti la.huhu

14/11/11 20:14

@merahitujambu

ye betul tu.patutnya sama2 tmpg gembira dan jadikan dia contoh utk kita lagi bgs satu hari nanti :)

14/11/11 20:14

@Bulan Syurga Firdaus

terima kasih ye :)

14/11/11 20:16

@アヌムちゃん

ye betul tu...sama2 renungkan :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...