6

Orang M.E.L.A.Y.U : Kais Sebulan Makan Seminggu

07:40 |
Salam semua.Alhamdulillah kita semua dikurniakan kesihatan oleh Allah S.W.T untuk mencari rezeki yang berkat dan halal setiap hari...setiap masa.Dengan tulang empat kerat,selagi hidup manusia perlu berusaha keras dan tidak berputus asa dalam mencari kesenangan hidup.Tetapi kenapa ye orang Melayu selalu terlibat dalam masalah kewangan?Tapi bukan semua...ramai orang Melayu yang bijak mengurus kewangan hingga dijadikan contoh.Dan ramai orang Melayu yang berjaya :)

Semakin maju dan moden sesebuah negara,rakyat semakin tertekan.Hidup seperti hamba wang.Takda wang,manusia akan dipandang rendah dan dipinggirkan.Ada wang,manusia akan disanjung tinggi dan hidup rasa selamat serta tahap keyakinan diri tinggi,untuk berdepan dengan masyarakat.

Sebab itulah...masyarakat menjadi kucar-kacir.Kes ragut,rompakan,samun hingga menyebabkan kematian...semua berpunca dari W.A.N.G!!!Apabila kehidupan semakin mencabar....mencari wang bukan setakat untuk memenuhi keperluan asas lagi.Tapi kehendak untuk hidup mewah dan senang memaksa semua manusia melakukan tindakan yang berpaksikan nafsu.


Orang Melayu sering dikaitkan dengan kegagalan mengurus kewangan dengan baik.Lihatlah antara yang muflis di kalangan belia,antara yang meminjam ceti/along rata2 ialah orang Melayu.Antara yang terlibat skim MLM pun banyak pengasasnya orang Melayu yang nak untung atas angin.Sampai bila orang Melayu hendak dipandang rendah oleh kaum lain?Sampai bila?

 Sekarang kite sedang baca buku ini.Banyak ilmu di dalamnya.

Keluaran PTS dan penulisnya seperti di buku tu.Antara yang kita semua patut tahu:

  • Apakah teknik mengurus kewangan peribadi agar wang sedikit mencukupi,wang banyak tidak habis?
  • Apakah rahsia individu berpendapatan sederhana tampil bergaya tanpa berhutang?
  • Bagaimanakah cara menguruskan pinjaman supaya ia tidak membebankan tapi memudahkan?
  • Apakah teknik meminimakan kos tetapi memaksimumkan kepuasan sewaktu bercuti dengan keluarga?
  • Mengapa kita perlukan pengurusan kewangan peribadi yang baik?

Walau siapa pun kita sama ada berjawatan tinggi ataupun sebaliknya,realiti sebenar bagi mendapatkan hidup yang sejahtera banyak bergantung kepada asas pengurusan kewangan peribadi yang berkesan.Tanpa pengurusan kewangan peribadi yang berkesan,hidup kita terdedah kepada pelbagai risiko yang dapat menggugat kesejahteraan keluarga.Oleh itu,pengurusan kewangan peribadi bukan lagi satu pilihan tetapi satu keutamaan yang perlu dikuasai.

Mengurus kewangan tanpa ilmu pengetahuan yang mencukupi dapat menjerumuskan kita ke lembah masalah kewangan yang berpanjangan.Oleh yang demikian,buku ini dapat membantu dalam memahami konsep pengurusan kewangan peribadi.


Nota Comel-->Owh sekarang bila bawa duit RM50 ke kedai/pasar nilainya macam bawa 50 SEN jer huhu.Nanti kite akan kongsikan buku' Rahsia Bisnes Orang Cina' pula ye :)



6 comments

4/11/11 12:49

betul tu sis...nilai wang skrg sgt kecik. selalu kalau beli 10 brg kat pasaraya je pun dah cecah seratus. apa2pun kita mesti bijak uruskan kewangan kita sendiri. jgnlah muda2 dah dibebani hutang yg menggunung kan... mintak2 dijauhkan semua tu...

4/11/11 15:34

@Izan Ishak

ye setuju tu...masa muda2 ni kenalah bijak berbelanja :)

4/11/11 17:39

mmg la...dulu kalau g kedai bwk 10hengget mcm2 bleh beli.skg ni pch 50 kejap je habis.. =.=*

6/11/11 06:11

setuju. RM50 dah mcm RM0.50. walaupun jauh beza, tapi itulah hakikat bila membeli. rasa mcm air je duit ni mengalir pergi

7/6/13 01:11

huhuhu~~ belum apa2 dah sangkut tengah bulan.. >.< hehe

8/6/13 23:02

@AiSyA LiEzAduit duit dimanakah kau duit he3..zaman la ni kena bijak berbelanja,kan...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...