9

Relaks Di Petang Ahad~Nona TV3 vs Safiyya TV9

18:49 |
Salam semua.Hari Ahad memanglah ditunggu-tunggu oleh isteri dan mak budak.Sebab masa nilah kitorang nak rehat sambil menonton tv.Nona dan Saffiya memang antara rancangan yang kite 'follow'.Tapi sejak dua menjak ni dah kurang layan Nona.Hurm kenapa ye?


Memang tak dinafikan sejak adanya rancangan Nona ni,banyak info yang berguna untuk golongan wanita.Fesyen, Kecantikan, Rahsia Lelaki, Masakan, Koleksi Kegemaran, Perkahwinan dan satu segmen interaktif iaitu ‘Video Pilihan’ menarik minat penonton untuk terus setia di depan TV.


Vanida Imran akan bertukarrrrr.....

Menjadiiiii.....Fara Fauzana & Neelofa weeewiittt!!!

Selain info kesihatan,kecantikan,petua,fesyen terbaru di pasaran,komestik,kerjaya....Nona juga tak lupa fokus pada golongan yang kurang bernasib baik.Tetapi pengacaranya kerap bertukar ganti.Seakan-akan Nona dah hilang taringnya dan terpaksa mengunakan populariti selebriti untuk mendapatkan rating yang tinggi.

Selepas Vanida Imran,giliran Fara Fauzana & Neelofa pula untuk memikul tanggungjawab menceriakan lagi Nona TV3.Tapi sampai bila?Bagi kite bukan salah pengacaranya...tapi isi kandungan Nona sendiri.Penonton sudah jelak dengan tontonan perkahwinan yang mewah bin glamour,isu2 yang ingin dikupas Nona telah terlebih dulu disiarkan di rancangan wanita yang lain.Jadi apa yang bestnya tengok Nona?

VS


Ya,Safiyya mungkin tak se'gah' nama Nona tapi semakin ramai penonton yang bertukar selera dengan terpaku di depan TV9 setiap Ahad 6.00 petang.Kite di antara para blogger yang minat Safiyya.Walaupun cara penyampaian pengacaranya simple,tapi suka tengok cara dia bercakap dan pilihan pakaian pun sederhana.

Kebetulan pengacaranya bertudung maka sejuk je mata memandang.Seksi bukan faktor untuk menarik minat penonton.Tetapi ada juga penerbit Safiyya terlepas pandang.Kadang2 wartawan yang menjadi 'model terjun' menggayakan pakaian muslimah tu,berpakaian agak sendat,tudung nampak leher dan hurmmm ntahlah.Mungkin memang tengah 'in' kot fesyen berhijab macam tu.Mesti sendat dan padat :)


Nur Liyana Kamar Hisham


Rina Salleh (Juara Gadis Melayu 3) turut menjadi pengacara.Tapi sekarang selalu Liyana je sorang.

Apa ada dengan Saffiya?Owh topik yang dipilih seperti biasa ada fesyen muslimah,tips kecantikan dan solekan,santai dan makan2,personaliti,hobi,berita dan juga isu yang sedang hangat diperkatakan.Sebagai blogger,rasa tumpang gembira sebab turut diketengahkan segmen Blog Safiyya.


Setiap minggu akan ada blogger yang terpilih.Blogger ni semuanya buat Business Online.Ini turut membantu meningkatkan lagi pendapatan mereka.Setiap kali ada je blog yang menarik,bila kite singgah je blog diorang,perghhh mendadak naik 'Followers' :) Semoga perniagaan mereka ini mendapat sambutan :)Hari ni blog yang menjadi pilihan ialah www.beadmeplease.my(dulu blogspot mungkin sebab dah tukar tu yang lambat sikit nak loading kot) dan tuan empunya blog ialah Zaza Zahari.Owh suka sangat2 manikkkk!


Fesyen muslimah dan gaya tudung/shawl dah tentu jadi perhatian penonton.Kiranya dalam Saffiya takdelah ditunjukkan semua barang yang 'Branded' je.Ada juga ditunjukkan jenama yang mampu milik.Sekurang-kurangnya ada idea untuk mix & match pakaian.Dah tentu nampak mahal,kan?

Nota Comel-->Apa-apa pun tahniahlah kepada Penerbit Nona & Penerbit Saffiya.Sekurang-kurangnya ada rancangan yang tak jemu-jemu memberi hanya yang terbaik untuk golongan wanita.

9 comments

20/11/11 19:22

rancangan nona best. kalu segmen perkahwinan tu tak pernah tinggal.
huhu

20/11/11 19:28

@Cik Asma BLuppy

owh yelah kan dpt byk idea masa tgk tu ^^

20/11/11 20:09

Assalamualaikum,
nice entry..bkn skdr tgk, namun berfikir..bgos..

20/11/11 20:45

dlm nona tu yg kawen sume nak gah2 saje., tgk la yg kawen tu org ada2.. mmg la mampu sgt., kite org biasa2 saje., x mmpu nok buek beso2 gituw huhu. bersederhana lebih baik insyaallah..

Anonymous
21/11/11 02:27

Saya terkesan membaca seperti cerita yang kuat tentang Blogger: The Simple Woman's Day Book - Post a Comment. Saya akan posting link di situs kupon saya untuk posting blog ini . Aku akan kembali untuk membaca lebih.

21/11/11 02:51

kenapa ak xpenh tgk? hahhaha

jom bacer kejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/belajar-dari-alam.html

21/11/11 08:48

@Srikandi permata

Waalaikumussalam....ye betul tu sambil menonton blh tmbhkan ilmu :)

21/11/11 08:50

@Chuu Muqhlis

mmg pernah penonton beri komen kat blog dan juga suratkhabar.perkahwinan org biasa tapi bertema,kan lagi bagus dari tjk yg mewah2 je.

perkahwinan di luar bdr lagi meriah sebab naik tandu...naik kereta lembu...naik beca...macam2 tema yg kreatif dr pengantin di luar bandar blh ditonjolkan dlm nona ^^

21/11/11 08:51

@L

owhhh ok kite otwww jom semua!!!

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...