6

WHI TV3~ "Tutup buku lama...Buka buku baru".

14:34 |

Assalammualaikum semua!Alhamdulillah berlalu sudah Hari Raya Aidiladha tapi pengorbanan perlu sentiasa dilakukan dengan niat untuk mendapatkan keredhaan ALLAH S.W.T.Tengahari tadi setelah sekian lama tak dapat tengok WHI sebab kerja...seronoknya apatah lagi topik hari ini menarik.


Di antara panel jemputan yang terdiri dari selebriti yang telah TUTUP BUKA LAMA...BUKA BUKU BARU :)

Semua dah tahu detik2 penghijrahan dan hidayah yang diterimanya.

IRMA-->Sebagai pelakon,dia bersyukur kerana masih menerima tawaran yang tak putus2.Dia bersyukur para produksi bukan seperti dulu yang kolot.Mereka respek Irma,sebagai wanita muslimah dan tak boleh buat 'scene' pegang2..peluk2.Ya dulu dia ada melakukan 'scene' seperti itu dan dia tak nak patah-balik(lalu mengucapkan istighfar).Irma memang memilih skrip dan jalan cerita.Dia juga meminta rehat 15 minit untuk solat dan menanggalkan/mengenakan mekap semula.

Irma aktif berdakwah secara halus di laman Twitter.Media memainkan pengaruh yang sangat tinggi.Selebriti selalu jadi ikon dan ikutan.Dia bersyukur ada peminatnya yang nak bretudung juga.Dia bersyukur kerana dapat berdakwah secara tak langsung.


Sebagai salah seorang peminatnya...kite bersyukur lihat perubahan imej Nora.Jom baca luahan rasanya;

NORA-->Saya kecewa kerana masyarakat menganggap artis yang menutup aurat sebab 'trend'.Saya pun harap artis dan selebriti janganlah melakukannya sebab 'trend'.Bukan hijab kepala saja tapi hijab hati sekali.


Saya sebagai ibu terfikir bagaimana nak didik anak kalau diri saya pun tak betul.Kalau solat masih tak betul,tak cukup..bagaimana nak ajar anak solat?Pernah satu hari anak tanya "Mama,orang tak pakai tudung tu dosa ye?"Masa tu saya bagi pelbagai alasan "Jangan 'judge' orang melalui pakai tudung ke tak,itu semua kerja Allah".Anak saya pun dah start pakai tudung.Kadang3 ada juga dia nak lepas tudung,maklumlah budak2 lagi.Tapi saya tak paksa.Kita kena cari cara nak didik anak2.



AKMA AF3-->Alhamdulillah saya tak rasa putus rezeki.Sekarang ini saya sedang mengusahakan bisnes online dengan menjual home made chocolate.Alhamdulillah saya terima banyak tempahan sempena musim kahwin ni.




RUMUSAN-->



IRMA --> Saya pun bukanlah yang terbaik.Harap dapat kongsi pengalaman,doakan untuk kami dan artis2 lain yang dah berhijab.Semua nak jadi lebih baik,jangan nak cari kesalahan orang.Kena 'support' artis yang boleh menjadi ikutan orang ramai.


NORA --> Allah akan sentiasa membuka pintu taubat,kita kena jadi manusia lebih baik dari semalam.


AKMA --> Ya....tegurlah saya insya Allah saya boleh terima dengan seadanya.


Semoga pengacara yang kite suka ni;Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan mendapat hidayah untuk berhijab :)


NOTA COMEL--> Alhamdulillah semoga kawan2 blogger yang masih belum bertudung..bolehlah mula bertukar imej.Jangan berhijab setakat tutup di kepala,tapi hati juga.Buangkan sifat2 yang negatif,dekatkan diri dengan MAHA PENCIPTA,bertaubatlah selagi usia masih ada.Masa takkan menunggu kerana ajal dan maut tiada siapa pun dapat meramalnya.Yang sudah berhijab pula,marilah sama2 perbaiki lagi segala amalan,perbaiki komunikasi dengan Allah,keluarga,pasangan,jiran dan masyarakat :)

6 comments

7/11/11 15:27

eh siti nordiana pun dah bertudung kan..td ada tunjuk dekat whi...

7/11/11 16:00

@suRe HeBoH

ye betul tu kite je tak sempat snap ngeee ^^

7/11/11 16:36

Nak hijabkan hati tu yang susah.

7/11/11 17:48

@Scarlett O'Hara

ye betul tu...kita semua hamba-NYA yg lemah :|

7/11/11 20:08

yep....seharus nyer...;d

16/11/11 09:20

suke lah entry nih :)

alhamdulillah.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...