2

10 Muharam ~ Menyapu/mengusap kepala anak yatim...memori yang tak mungkin akan dilupakan

21:58 |
Menyapu/mengusap kepala anak yatim--> Fadilatnya = Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.


Assalamualaikum semua.Alhamdulillah Allah masih beri kita semua,peluang untuk bernafas di bulan Muharam yang mulia ini.Dari doa Akhir dan Awal Tahun,hinggalah ke amalan sunat yang dilakukan pada 10 Muharam,semua umat Islam ikhlas melakukannya demi mencari keredhaan Allah SWT.

Nak cerita officemate kite yang baru,K namanya seorang anak yatim piatu.Dari kecil dia hidup bersama sedara-mara dan setelah remaja,dia berdikari hinggalah berjaya mengenggam segulung ijazah.Kebetulan dia berkawan rapat dengan anak perempuan bos,dan alhamdulillah.Bos ambil dia sebagai anak angkat dan beri dia peluang bekerja.


Masa nak solat,kami bercerita tentang pahala mengusap rambut anak yatim.Maka K pun teringat memorinya semasa darjah 5.

Dia pelik masa dia datang je sekolah pada 10 Muharam,kawan sekelas tiba2 berikan duit.Katanya mak diaorang yang beri.Datang kawan yang lain pun turut bagi duit tapi siap beritahu nak pegang rambut K sebab mak suruh.Kawan2 lain pun pelik dan tanya kenapa pulak kena pegang rambut K?Bila dah tau semua pakat nak pegang tapi???K pakai tudung!

Ntah macam mana ada sorang kawan yang tarik tudung K!Maka bergilir-gilirlah diorang pegang dan usap rambut K adeihhhhh!!!Masa K cerita,kite ketawa je sebab kelakar bila tengok K menggayakan cara rambutnya diusap oleh kawan-kawannya dulu.

Kite?Sambil pegang rambutnya kite mendoakan yang terbaik untuk K.Semoga hidupnya dilindungi Allah,dipertemukan jodoh yang terbaik dan dimurahkan rezeki.Semoga dia dilindungi daripada orang yang berniat jahat amin.......



2 comments

myraGurlzz
19/12/11 14:07

hihihi..kite pn same2 pengang rmbut k
huhuhu..teruja wt..1st time..
=)

20/12/11 08:31

@myraGurlzz

owh adik mira comel :)

hah cepat update entri nanti blh akk promote tau ^^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...