6

Alah Kenapa Sikit2 Nasi Minyak.Nanti dah besar,kitorang kahwin boleh tak kalau....

18:40 |
Musim cuti sekolah ni memang kenyang perut dengan undangan perkahwinan.Selain merapatkan silaturrahim dan mendoakan pengantin,sudah pastilah masa yang ditunggu ialah menikmati nasi pengantin.Sambil makan tak lupa juga berbual dengan keluarga pengantin dan tetamu/jiran.

Alhamdulillah hari ni pun baru balik dari kenduri kahwin jiran.Memang kite suka kalau disediakan 2 jenis nasi;nasi minyak dan nasi putih.Yelah tak semua lalu nak makan nasi minyak je memanjang.Sedap makan nasi putih dengan lauk kampung.Ada pulak ikan masin,ulam,sambal belacan perghhh tak pandang dah lauk2 nasi minyak.


Tadi anak kembar kite,Irfan & Irdiena tak mau makan nasi minyak.Diorang pilih nasi putih.Berselera makan nampak gayanya.Bila balik je rumah kedua kembar ni berborak dan kite terdengar;

Irfan-->Kenapa kalau kahwin je mesti buat nasi minyak,kan?

Irdiena-->Yelah kan.Agaknya masa mama dengan babah kahwin dulu pun buat nasi minyak juga,kot.

Irfan-->Irfan rasa kan nanti dah besar,kalau kahwin nak buat nasi goreng kampunglah sebab Irfan suka.

Irdiena-->Ada ke buat nasi kampung,kelakarlah.Diena nak buat spagheti ke,stik ke...

Irfan-->Mahallah tu,kahwin kat hotel bolehlah.Air pulak tak naklah sirap.Irfan nak buat sirap bandung soda...lagi best!
Irdiena-->Tak bestlah!Diena nak buat minuman yogurt,biar baik untuk perut semua orang!!!

Irfan-->Yarkkkk!!!

Macam2 telatah dan pendapat budak zaman sekarang ni,kan.Owh minggu lepas kite satu family dengan officemate beramai-ramai pergi ke Chenderiang,Perak kenduri kahwin anak sulung lelaki big bos.Memang sempoi.Dahlah kali pertama sampai ke Tapah dan Chenderiang,bos pulak buat menu yang sempoi.Jom layan...

 Pekan Chenderiang,memang selalu jadi pilihan lokasi drama.Memang tenang,cantik pemandangan.

Disambut pintu gerbang Ungu

Gadis penyambut tetamu

Menu bersama nasi beriani dan nasi putih.Ada kari kambing buatkan hubby makan tak toleh kiri kanan.

 Hah cendol pun ada.Bos nak tolong peniaga ni jadi bos tempah diorang satu hari suntuk.Memang sedap!

 Penghilang dahaga
 Mari..mari.Jemu makan nasi.Jom pekena ala warung!Budak bujang yang masak,ni tau!
 Kuew Tiow Goreng ada
 Mee Goreng juga ada
 Hah lepas makan bos suruh semua lepak makan ala2 dusun.Durian tu!
 Pilih...pilih dan belah sendiri.Seronok masa ni sebab tunggu 'turn' nak gunakan sebilah parang

 Pisang,manggis pun ada
Rambutan dan pulasan pun ada.Memang berpeluh tetamu dengan baju kurung dan melayu,sambil terkial-kial bersila makan buah hehehhe.
 Yarghhhh kitoranglah orang kuat bos di HQ KLIA la...la...la....

 Nampak tak tu!Mana boleh tahan.Lata Kijang dekat bebenor dari rumah bos,apalagi jom terjun!

 Sori tak 'clear' ngeee.
Oklah memang seronok betul kenduri kahwin kat rumah bos.Tunggu sorang lagi anak perempuan bos kahwin,boleh pergi lagi.Bos kata dia dah rancang masa anak perempuan kahwin,dia nak tempah peniaga buat apam balik dan teh tarik.Perghhh!!!!




6 comments

4/12/11 22:40

gelihati jugak baca perbualan twins ni ya..

5/12/11 00:17

syok sgt ni alea... dah macam bukan pergi kenduri kahwin... macam2 ada. izan pun suka kalau pegi kenduri kawen makan nasi putih n lauk2 kampung. makan tak pandang kiri kanan lgsg...

5/12/11 09:25

@whitecappuccino

:) tulah macam2 idea diorg ni...

5/12/11 09:25

@Izan Ishak

samalah kite ngeee ^^

sedap juga kalau kena mee goreng time kenduri kahwin
best!

6/12/11 22:16

@.::: Princess MOMOY :::.

betul tu sis momoy...lgsg tak pandang dah nasi minyak.best gak pekena mee goreng time kdri kahwin :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...