2

Asma 50~Al-Ba'its

21:36 |

MAHA MEMBANGKITKAN

AL-BA'ITS,Yang menjadi asas kehidupan,yang memati & menghidupkan yang mati.Dia akan memanggil semula para Rasul & menghidupkan semula yang mati di hari Kiamat.Dia memberi keamanan kepada ummah di kala bencana menimpa.

1-->Mendapat mimpi baik
Baca Ya Ba'its 101 kali sambil meletakkan tangan di atas perut sebelum tidur.Insya Allah anda akan bermimpi yang baik-baik.

2-->Memenangi hati orang atasan
Sambil meletakkan tangan di dada & membaca Ya Ba'its 70 kali sebelum menemui ketua pemerintah atau seumpamanya,insya Allah anda akan mendapati mereka berkenan dengan apa yang anda kemukakan.

3-->Mendapat ilmu/cahaya kebenaran
Sebelum tidur letak tangan di dada & baca Ya Ba'its 100 kali,insya Allah anda akan mendapat ilmu & jiwa anda akan diterangi cahaya kebenaran.

4-->Mengagungkan kekuasaan Allah
Sentiasalah membaca Ya Ba'its & anda akan dipenuhi ilmu tentang kebesaran Allah.Sifat taqwa anda akan bertambah & ini amat penting kerana ketaqwaan adalah asas aqidah Islam.

NOTA :

Selain dari Asma ul Husna,banyak lagi tasbih yang boleh diamalkan.Surah Al-Fatihah atau ummul Quran adalah salah satu darinya.Baca Al-Fatihah 41 kali ketika waktu sembahyang subuh(di antara solat sunat dengan solat fardhu Subuh).Dinyatakan bahawa anda akan dikurniakan beberapa nikmat di antaranya;

  1. Dapat menyembuhkan penyakit & sentiasa sihat
  2. Bebas dari hutang & menjadi kaya
  3. Hidup akan aman & bahagia
  4. Dapat menewaskan musuh
  5. Mencapai kedudukan tinggi & kekal di situ
  6. Menjadi orang yang berpengaruh

Sebagai umat Islam,kita semua perlu bersyukur kerana terlalu banyak 'khasiat tersembunyi' bila membaca surah-surah Al-Quran.Selain menambahkan pahala,jiwa akan tenang dan otak akan bijak berfikir dalam membuat sesuatu keputusan,insya Allah.




Kredit Info-->

  • Buku Zikir Asma ul Husna 99 Nama Allah~Hassan Mia



2 comments

12/12/11 22:01

Allah Membantu

http://ceritasukadukasaya.blogspot.com/2011/12/jangan-bersedih-allah-bersama-kita.html

singgah sini jom . sambil follow :)

12/12/11 22:29

@Watin Wardah

trma kasih baca entri ini :) kite otwww...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...