0

Asma' 54~Al-Qawiy

22:05 |

MAHA MEMILIKI KEKUATAN

AL-QAWIY,Yang Maha Gagah,memiliki kekuatan & kekuasaan yang tidak ada tolak bandingnya.Allah SWT boleh melakukan apa-apa yang dikehendakiNya.Cukup bagiNya berkata "Jadi" maka jadilah ia.

1-->Menjauhi penindasan
Jika anda ditimpa penyakit,lanjut usia atau ditindas orang,baca Ya Qawiy 111 kali,insya Allah bantuan Allah akan datang.

2-->Jika nyawa terancam
a)Jika ada orang yang ingin mempengapakan anda,bacalah Ya Qawiyyul Matin 100 kali,insya Allah anda akan terselamat.

b)Baca Ya Qawiy 300 kali selepas Asar,insya Allah anda akan terselamat daripada musuh.Ini wajar dibaca ketika dalam peperangan di mana musuh memang sedang mengancam nyawa anda.Boleh dibaca dalam kumpulan untuk menaikkan semangat tentera yang sedang bertempur.

3-->Tubuh yang kuat
Baca Ya Qawiyyul Matin 100 kali,insya Allah anda akan mendapat lebih kekuatan & stamina.Ini juga membantu apabila dibaca ketika berperang,tetapi boleh juga dibaca setiap hari jika anda merasa anda seorang yang terlalu lemah.


'Kuatkanlah' hati anda dengan sentiasa berzikir.Positifkan minda dengan sentiasa merenung kebesaran Allah SWT :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...