0

Asma'55~Al-Matin

22:26 |

MAHA SEMPURNA KEKUATANNYA

AL-MATIN,Pencipta Yang Maha Berkuasa.Memiliki segala kekuatan & ketangkasan.Maha Sempurna KekuatanNya tanpa bergantung kepada sesiapa.

1-->Dapat menyusukan bayi
Ibu-ibu yang tidak banyak susu hendaklah membaca Ya Matin 70 kali & menghembus ke dalam air untuk diminum,insya Allah susunya akan menjadi banyak.Lakukan ini setiap hari.

Nota : Saya harap kawan-kawan yang bergelar ibu,dapat berusaha untuk menyusukan bayi.Selain sokongan suami dan keluarga,pemakanan seimbang,rehat yang cukup,mudah-mudahan dengan berzikir Ya Matin,dipermudahkan urusan anda menyusukan bayi :)

2-->Mengembalikan kekuatan
Mereka yang sedang berjuang di medan perang hendaklah membaca Ya Matin banyak kali & ini akan membantu mengembalikan tenaga & kekuatan,insya Allah.Lakukannya setiap hari.

3-->Memperoleh akhlak baik
Baca Ya Matin 99 kali selepas solat Maghrib insya Allah,anda akan menjadi seorang yang sangat penyantun.

4-->Menghindari zina
Baca Ya Matin 10 kali & hembus kepada anak lelaki atau anak perempuan,insya Allah mereka akan dijauhi dari melakukan zina.

Nota : Memang salah satu zikir yang patut menjadi amalan untuk setiap keluarga.Kehidupan yang terlalu moden di dunia maju,menuntut anak-anak bergaul dengan kawan yang pelbagai karakter.Mudah-mudahan anak-anak kita dipertemukan jodoh yang terbaik dan dikelilingi kawan-kawan yang elok pekertinya.



Kredit Info-->

  • Buku Zikir Asma ul Husna 99 Nama Allah~Hassan Mia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...