23

Cuti Sekolah ~Musim Pasangan Bertunang Pun Ramai

22:54 |
Salam malam semua.Korang pun mesti tengok menimbun-nimbun rezeki pasangan yang bertunang masa cuti sekolah ni.Sepupu kite pun 2 orang bertunang.Kawan kat office pun excited bila buka je Fb "Kak Leya...kawan M tunanglah." Ramai betul kawan M yang bertunang dan ada yang dah selamat mendirikan rumahtangga.

Ni nak cerita.Memang canggih zaman la ni masa bertunang,dah macam nak kahwin je.Mekap pun tebal,baju berkain lace,siap ada pelamin lagi.Suka tengok masa nilah mak/pak andam mengeluarkan aura ke' kreatif 'an
dalam menghias mini pelamin dan melawakan si gadis manis.

Cuma pendapat kite masa bertunang tu biarlah mekap simple but nice....bersederhana dalam majlis bertunang sebab masa majlis kahwin,lagi banyak nak gunakan duit.Masa tu dah betul2 dua kaki melangkah ke alam perkahwinan.Bertunang ni ibarat baru selangkah kaki ke gerbang perkahwinan.Pelbagai perkara boleh berlaku(minta dijauhkan).Jadi bersederhana lebih baik.

Kenapa kite nak highlight MEKAP SIMPLE JE MASA BERTUNANG?Sebab ada 3 gadis manis yang nak kite kongsikan di sini:

1)Tertarik dengan majlis pertunangan sepupu kite Dania Abdul Rahman...simple je tapi nice ^^

Kredit To --> Dania

Tak mekap tebal pun.Baju pun simple tapi cukup indah untuk dijadikan memori manis sebelum bergelar SURI.Kite dulu tunang pun pakai kurung moden je warna silver,mekap sendiri je(maklumlah pandai mekap sebab pernah kerja di MAS & The Bodyshop) dan pakai selendang ala2 wanita melayu terakhir hehehehe.Tak boleh nak kongsikan foto sebab dulu free hair =.= Tapi ramai puji simple but nice lalalala.....


Inilah tunang Dania...Rafiq

Hantaran digubah indah.Masa kite tunang dulu,gubah sendiri je tengok macam2 majalah.Masa kahwin pulak,kite minta Aunt Nor(mak Dania) tolong gubahkan.

2)Tadi blogwalking baru tahu Maria Elena dah selamat bertunang dan dia pun mekap simple.

Kredit To--> Maria Elena

Tak perlu mekap tebal,tak perlu pakai bulu mata palsu 2 layered.Kecantikan asli lebih menarik bila tak lokek senyuman :).Owh memang cantik Maria hari tu.Korang pun dah tau kan baju tu kepunyaan mak dia.Baju bersanding yang dah berusia 28 tahun!!!

Comel kan diorang ni sesuai ^^

3)Satu lagi jumpa si cantik manis yang baru bertunang ni masa jalan2 dekat blog Hana Love Nest.Terbaca entri kawan Hana yang comel baru selamat bertunang......pun mekap simple.

Ika...comel macam sis Hana juga :)

Cute!
Inilah tunangnya Boboy

Kredit To--> Sis Hana & Sis Ika

Kalau dah mekap tebal masa tunang,nanti masa kahwin dan bersanding...tetamu dah tak rasa sesuatu yang istimewa masa tengok korang bermekap.Seeloknya masa tempoh bertunang ni mekap simple je untuk tutup wajah yang pucat.Biar masa kahwin nanti tetamu akan berkata "Perghhh cantiknya dia...lawa betullah mekap dia,naik betul seri muka dia"."Yelah kita mana pernah tengok dia mekap tebal,macam artis pulak aku tengok pengantin perempuan ni...comel".

Oklah selamat bertunang bagi yang dah bertunang dan bakal bertunang ya!

P/S-->Opsss minggu depan sepupu kite bertunang di Senawang...nanti kite kongsikan foto ya tadaaaaa......




23 comments

14/12/11 23:27

tq dik... haah mekap tunang biase simple2 je kan :)

14/12/11 23:47

@Anna Boleyn

sama2 ye sis Anna :)

15/12/11 00:01

betul la..zaman sekarang majlis bertunang macam majlis kawin tapi ye la sebab kebanyakan orang berada tu yang majlis macam tu..

15/12/11 00:19

@whitecappuccino

betul juga kalau boleh bertunang sekali seumur hidup macam kahwin juga.nak buat simple takut keluarga bising...nanti apa pulak anggapan keluarga pihak sebelah lelaki ye tak?

15/12/11 00:40

nice pictures

15/12/11 00:47

azzah dulu pun simple gak tapi cik abang tak datang masa tunang..mak tak bagi..

15/12/11 03:04

mereka semua comel2 lh..hehehe

sebaik2 pertunangan biarlah dirahsiakan..bila berkawen, sebar2kan..

15/12/11 08:38

@Azzah

ye sis Azzah seelok2 nya tunang lelaki tak yah dtg.masa kite tunang,hubby duk luar tgu dlm kereta.mmg family adik-beradik abah lgsg tak kenal dan tak pernah jumpa.

masa akad nikah kat masjid barulah diorg tgk bakal rupa hubby.sampai aunt ngan uncle kata "wah pandai betul sorokkan husband ya".

15/12/11 08:38

@Ca Cik Duyung

ya betul2 :)

15/12/11 09:07

a'aa lah.. mekap yg simple mcm dorg b3 ni mmg cantik..!! betoi tu, kecantikan akn lbh terserlah jika kita murah dgn senyuman.. :-)

hihih..lom bertunang..jd lom pkir..tp mmg toi, better simple aje kan..

15/12/11 09:40

@IntaNBerliaN

hye sis ye betul tu.kdg2 mak andam terpaksa mekap tebal sebab fikir faktor pencahayaan masa photographer nak ambil foto.tapi korang boleh betitahu apa yg korang nak.inikan majlis korang yg akan dijadikan memori indah :)

15/12/11 09:41

@nuyui a.k.a miss YUI

owh takpe boleh tgk cara kawan2 sis yg bertunang.nanti boleh gunakan idea tu masa sis bertunang nanti :)

15/12/11 15:24

akak betunang pun mekap sendiri..
mekap simple2 je..
lagipun tak de sapa nak tengok..
bakal mak mertua je yang masuk bilik sarung cincin..
orang lain tak tengok pun sebab akak malu..muahahahah

15/12/11 17:38

orang sekarang bertunang macam nak kenduri nikah kawen...
style zaman sekarang eh???

15/12/11 18:38

congratz dah loe...

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

16/12/11 12:48

bertunang solek simple, barulah naik seri masa hari kawin. kalo tak sama je..

dulu2 bertunang lelaki takleh ada sekali, bergambar jauh sekali. skrg, mesti kena ada.

perbezaan yg plg ketara adalah kalau dulu bertunang si lelaki mana ada nak amik2 gambar dgn si perempuan masa bertunang tp skrg dh lain kan??

18/12/11 01:52

@diana
wah mesti puas hati kan mekap sendiri..yelah masa nilah nak tjk kat bakal mak mertua kecantikan asli bakal menantunya wpun mekap simple je ngee ^^

18/12/11 01:52

@miloais milo

yelah...tu belum campur lagi dgn buat pre-wedding photo/video hurmmm....

18/12/11 01:54

@Ujie

yelah masa bertunang dah macam kawin...tapi kdg2 dah kehendak keluarga dan juga photographer...maka kenalah bergambar berdua ye tak..utk kenangan juga...

18/12/11 01:56

@THE LEKAT LEKIT STORY

yelah sis...rata2 foto kat Fb tu semua update tentang masa bertunang dan mmg tak sah kalau bakal tunag lelaki tak bergambar sama..kesian gak tgk si perempuan nampak segan dan kekok..kang kalau tolak ada pulak rombongan yg berbunyi ye tak?

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...