1

Irfan Mukhriz Abdul Malek ~Si Budak Pintar Di MHI TV3

09:29 |
Assalamualaikum semua.Saya Aleasara mengucapkan GOOD MORNING MALAYSIA!Pagi tadi semasa bersiap-siap untuk ke pejabat,sempatlah tengok MHI di TV3.Menariknya hari ini dijemput budak pintar yang keletah -->Irfan Mukhriz Abdul Malek.Dia ditemani kedua ibu bapanya yang tersayang.

Mula-mula malu nak bercakap masa ditanya oleh pengacara MHI (huhu lupalah namanya)

Comel kan?Berusia 5 tahun dan hampir sebaya dengan anak kite yang kecil....
Bercita-cita nak jadi pereka kereta bila dah besar nanti


Bapanya mula perasan kepintaran Irfan sewaktu usianya setahun.Semasa itu Irfan ternampak swimming pool,dan dia bertanya "Apa itu?".Setahun kemudiannya bila Irfan ternampak swimming pool,dia terus beritahu bapanya "itu swimming pool".

Irfan dari kecil suka membelek majalah Motor Traders dan sudah pandai membezakan logo Lamborghini dengan Ferrari(selalu orang dewasa pun terkeliru).


Ibunya berkata takda pengambilan makanan yang istimewa.Cuma dia sentiasa memberi minyak ikan dan juga vitamin.Irfan juga seperti kanak-kanak lain yang turut gemarkan KFC dan sebagainya.

Aktivitinya di rumah yang suka bermain puzzle selain melukis dan mewarna


Inilah hasil lukisannya 6 bulan lepas.Irfan cukup suka menonton Disney Channel & Junior.Menggemari watak Handy Manny dan Shaun The Sheep.

Inilah doodle sebenar

Di set MHI-->sedang berfikir nak lukis apa ye?Inilah Handy Manny!


video
Dah pandai baca surah al-Fatihah.Selain itu Irfan juga dah boleh membaca Surah al-Baqarah ayat 1-5.


Nota Comel-->Anak kite Muhd Danish Raziq tahun depan berusia 5 tahun.Dia dari usia 4 tahun dah pandai lipat baju dia sendiri,siap simpan dalam almari dan pandai asingkan kat mana nak simpan baju tidur,baju duduk rumah dan baju jalan.Ingatan?Ya memang kuat..kite pun kadang2 terlupa kat mana beli baju dia,kat mana beli permainan dia...tapi dia ingat!Budak-budak kan macam 'Sponge'.Alhamdulillah Danish pun dah boleh baca al-Fatihah.

Nak tengok Danish lipat baju [di sini]

Satu lagi yang ketara,bila kite dah berjanji nak lukiskan dia Power Rangers ke,Angry Bird ke...bila terlupa...esoknya dia membebel dan mulalah berkata dengan becoknya "Mama tak sayang Danish ke...kenapa mama janji nak lukis tapi tak lukis juga?"-->Mamanya?Muka dah terkulat-kulat malu hehehehehe ^^

Nak tengok Danish dan keletahnya [di sini]

Minatnya dari usia 3 tahun MELUKIS!Kite tak kisah berhabis duit belikan pelbagai pensel warna,buku warna dan juga kertas A4.Kite percaya dengan melukis dan mewarna,otak anak akan lebih aktif dan kreatif.Sampai cikgu di taska memuji sebab Danish mewarna tak comot dan kemas seperti budak dah darjah 1.

Danish masuk taska baru je awal tahun ni sewaktu usianya baru nak cecah 4 tahun.Disebabkan kite dan hubby bekerja,maka terpaksa hantar dia ke Fun School sekali dengan nursery.Kite percaya ramai lagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak seperti Irfan.Bakal ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak sedari dalam kandungan lagi.Terdapat pelbagai tip dan kaedah yang boleh dipelajari sama ada di majalah keibubapaan dan juga di internet.

Sekarang kanak-kanak ramai yang pintar dan bijak.Anak-anak kita semua perlu bersaing untuk masa depan yang cemerlang.Maka sewaktu usia mereka kecil hingga ke sekolah rendah,dekatkanlah diri dengan anak-anak di rumah.Sentiasa turut serta dengan apa je aktiviti dan hobi mereka.Jadi ibu bapa a.k.a kawan dalam masa yang sama ^^

Tak nak komen pun tak apa.Tekan LIKE pun boleh ngee ^*

1 comment

21/12/11 10:16

tak tgk td...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...