5

Kenapa Masa Mengandung Mesti Pakai Baju Ketat dan Seksi Ye???

01:01 |
Salam semua.Minggu ni ramai yang ambil kesempatan bercuti dan juga buat persiapan terakhir untuk beli kelengkapan persekolahan anak-anak.Owh baru kite perasan ramai juga bakal-bakal ibu tahun ni.Cuti minggu ni memang banyak tempat yang kite ronda,sambil cuci mata dan beli keperluan rumah.Pergi ke IOI Mall,Puchong bertembung ibu-ibu mengandung.Pergi Giant,Tesco dan Mydin pun ramai juga yang sedang menghitung hari.Nampak sarat dah kandungan yang dibawa.

Cuma kan kebanyakan ibu-ibu mengandung semua fesyen lebih kurang sama.Sendat,ketat dan macam semput nak bernafas!!!Mula-mula kite tak perasan tapi bila hubby bersuara;

"Yang...dulu rasanya masa pregnant,yang pakai baju mengandung,kan?Tapi taklah ketat macam orang tu,kan?"

"Owh yelah,dah namanya baju mengandung...taklah ketat sangat.Longgar...selesa."

"Tapi kenapa perempuan tu pakai macam tu?Tak rasa ketat ke kat perut?Dan tak rasa segan ke pakai ketat sangat.Suami dia tak perasan ke bini dia pakai macam tu?"

"HURMMMMMM...???"



Kite pun malu bila hubby perasan.Terdapat banyak pilihan pakaian sesuai untuk wanita mengandung di pasaran.Memang kadang2 masa mengandung nilah nak bergaya,bosan bila pakai baju mengandung yang jenis 'dress',jubah dll.Tak kisahlah kalau perempuan tu 'free hair' dan nak pakai seksi masa mengandung seperti artis2 tempatan.

Tapi kebanyakan yang kite jumpa pakai ketat ni bertudung.Bayangkan,dahlah pakai t-shirt ketat hingga sendat kat bahagian perut,sampai boleh nampak pusat!Seluar pun ketat hingga nampak punggung dan baju yang dipilih pulak tak labuh,singkat.Maka nampaklah segala bentuk yang berlekuk-lekuk masa mengandung.Serius!Kite tak faham kenapa tak pilih pakaian yang sesuai masa mengandung.

Siapa kata masa mengandung tak bebas bergaya?Boleh apa?Pilih shirt disesuaikan dengan skirt yang bercerut getah/bertali di pinggang.Untuk nampak bergaya,boleh kenakan cardigan.

Boleh juga suai padankan blaus dengan seluar besar yang lembut

Pakai dress bertali dengan inner di dalam..kan comel juga


Masa mengandung,aurat perlu dijaga juga.Nak bergaya boleh,tapi kenalah sesuai dengan keadaan fizikal.Yang penting pakaian yang dipilih tak tebal,selesa dan tak ketat.Rasanya para suami pun boleh membantu isteri untuk memilih pakaian yang sesuai.Masa mengandung bukan setakat mulut dan perbuatan perlu dijaga..aurat pun sama :)




5 comments

betul2! comelnye mengandung kalau tutup labuh camtu.. hee

26/12/11 11:43

betul tu kak.....sy yang belum kawin ni kadang2 tengok rasa tebal muka plak...sbb segala bentuk nampak...lagi2 pusat tu hehe....

27/12/11 12:58

malu rasanya sis kalau org yg peknen tapi tak tutup aurat dgn betul. kalau yg mmg tak pakai tudung tu biasalah kan.

ini plak kalau yg bertudung, pakai pulak baju mengandung yang lengan atas siku, labuh baju bawah lutut sikit aje... huhu...

29/12/11 09:42

betul org mengandung pon dah pandai melaram..perlu pakai pakaian yang sesuai..

15/7/13 13:28

hehe... mmg seksi kut kalau pakai ketat2..heeh! xselesa je tgk..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...